Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 27 Oktober 2013

Xesion Tube kena serang!


Tajuk macam gempak aje, kan? Haaa.. kepada sesiapa yang gamar menonton movie, drama, telemovie dan sebagainyalah secara online, mungkin tahu tentang laman web ini http://xesiontube.net/   dan aku adalah salah seorang penggemar laman webnya. Tapi biasanya aku tengok pun filem-filem atau drama-drama Melayu aje, mana filem luar negara yang aku rasa CGI dia best memang aku download versi yang Bluray.. clear habis!

Sedih tak dengar? Hahaha... Bukan tak nak menyokong filem/drama Melayu. Ada jugak yang aku download. Tu pun drama atau filem yang aku betul-betul suka macam Benci vs Cinta tu. Memang kelakar habis. So, mana yang aku rasa malas nak download sebab cerita entah hape2, dan akan memberatkan PC atau memenuhkan space hard disk aku. Aku akan tengok kat web site ni aje.

Satu usaha yang baik sebenarnya untuk laman web ni. Tapi aku tak pasti sama ada ianya sah di sisi undang hak cipa atau tidak sebab di setiap movie atau drama tu biasanya ada hak eksklusif tersendiri. Penyiaran di khalayak ramai atau untuk tontonan orang ramai tak dibenarkan.

Mula-mula dulu aku bangga lah juga dengan web ni sebab bagi tonton on9 secara percuma kepada pelawatnya. Iklan pun sekadar benner-benner aje. Nak sumbang klik, tak nak sumbang tak yah klik. Tapi sejak web ni semakin femes, semakin banyak link iklan dia. Nak buka web dia pun akan secara automatik auto popup iklan tu akan ada dan menyemakan window kita. So ada rasa rimas. Kemudian merak upgrade kan lagi sistem iklan mereka yang mana setiap kali klik apa2 aje link kat web dia orang akan keluar pelbagai popup iklan lagi. Mana2 yang tengok via Tab, Ipad dan sebagainya memang menggangu sungguh kosentrasi korang nak tonton sebab nak tutup iklan yang melimpah ruah tu susah. Leceh. Kalau tengok kat lappy atau PC kira okeylah...

Apa-apa pun benda percuma kita kena paserah kut, untuk semua tu. Yalah, dia orang yang nak upload video tu pun kena bayar sever, web hosting dia tu pun bukan percuma, kan? So, kalau rasa nak tengok free tu berkorban lah sikit, klik ajela iklan yang ada. Manalah tahu dapat membantu diaorg upload cerita yang best2 lagi. Tapi, aku tak pastilah kita yang klik iklan tu dan membantu mereka tu kira bersubahat atau tak. Tepuk dada tanyalah selera dan hati anda okey?

Nemun, baru-baru ini, Xesion Tube telah mencipta satu web untuk penonton premium mereka yang mana ada bayaran khas dikenakan untuk menonton video2nya. Untuk premium, kualiti videonya adalah HD, Tak ada iklan dan terbaiklah serba serbi. Malangnya, untuk pengguna sever internet yang lembab macam siput, HD tu semua tak guna. tetap mampu tengok kualiti 360kps jek...




Sebenarnya aku tak pasti apa hukumannya dari segi syarak atau undang-undang duniawi dengan mengambil keuntungan dari hasil kerja orang lain. Yalah, aku yang tahu serba sedikit dunia penyiaran ni, kalau producer drama dia dapat payment sekali jek. TV dah beli habis kat situ. Suka hati TV nak siar berapa bayak kali pun atau jual kepada stesen luar negara. Mereka akan ambik keuntungan dari slot iklan masa tayang citer yang di beli tu.

Tapi kalau web ni cane plak? Hanya bermodalkan modal yang kecil tak sampai puluhan ribu, dia orang leh dapat income berlipat kali ganda dari penonton. Cane tuh? Tapi aku tak naklah salahkan atau menghukum. Semua ni bagi aku hak masing-masing. Kalau rasa nak tengok free, pasrahlah ada iklan kan? Sama macam konsep TV tu. Kalau tak nak iklan langgan siaran berbayar yang mana tetap ada iklan jugak. Hahaha... Hal apa hukum admin web ni buat bayaran tu, itu hal dia...  kita sebagai penonton kalau rasa nak tengok ikut aje syarat yang ada. Kalau tak nak tengok atau tak nak bayar diam-diam sudah... hahhaa kan?

Cuma, hal premium ini telah mencetus kemarahan seorang penonton setia web ni kut melalu chat room dia org. Tak caya tengok ni,


Acane tu? Nampak marah sungguh chatter tu pada admin laman web ni. Siap menghamburkan kata-kata kesat lagi pada admin. Dunia ni bukan semudah yang disangka. Mana ada benda free kan? Masuk toilet pun kena bayar. Biasalah tu, mula-mula free tu macam pengenalan lah. So, bila web ni dah femes, haruslah paserah segala iklan nak ada. Bukan banner aje... kiri kanan atas bawah complete iklan dia.. kekadang semak jugak nak nengok sesuatu movie tu. Ya lah benda free kenalah pasrah ajekan?

Cumanya, pihak admin web ni kalau nak kenakan apa-apa bayaran, pastikan dah dapat kebenaran pada penyiar rasmi sesebuah drama/filem tulah. Takut, nanti, penonton dah buat payment untuk tempoh yang sepatutnya, tetiba web kena banned atau owner kena berkas. So, apa jadi dengan hak si pembayar tu untuk tempoh yang sepatutnya? Dah jadi kes penipuan pulak. Kena fikirkan jugak hal tu. Kalau semuanya dah sah, mungkin okey kut nak  buat premium2 ni macam kat tonton.com.my tu. Ni sebagai nasihat dan pemaklumkan aje. Hope tak ada lah admin dari Xesion Tube tu terasa ke apa... apa-apa pun aku puji usaha korang buat laman web tonton online free mcm ni. Terutama tuk aku yang tak langgan Astro ni. Hehehe.. good luck!



Mantap