Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 11 November 2013

Kehebatan Plastic Surgery di Korea





Aku yakin, ramai yang menganggap isu Plastic Surgery ni dah klise dan berzaman orang dah buat kat blog-blog yang hado. Tapi, kat blog aku belum ada. So, aku nak meng-update versi aku gitu. Duliklah! Wahhh.. memang tak dinafikan pembedahan plastik untuk kecantikan wajah di Korea memang berjaya dan hebat. Kalau you all tak percaya cuba you all nengok gambar sebelum dan selepas di atas tu. meletop tak?

Masa belum pembedahan. mata tu kalau boleh 1/3 je boleh bukak. Bibir tu dengan bibir cawan macam lebih kurang aje. Sekali lepas pembedahan.. baaam boom kaboom! Meletup uols! terus jadi wajah rebutan si gadis-gadis dan 'hadek2'..... hebat kan? terasa macam nak aje g korea buat pembedahan ni. Tapi iols tahu, bukan sekejap nak tunggu hasilnya tu. mesti lama kan? Takkan iols nak berbulan-bulan duduk Korea kut? mahunya lupa daratan nanti. hahaha.. balik 100% berubah.. dah mak abah tak kenal. Haru biru dibuatnya nanti.

So, selain gambar jejantan di atas yg memang femes di Google Image, aku nak upload lagi beberapa pic kes
sebelum dan selepas pembedahan plastik yang begitu berjaya di Korea. Baik yang lelaki, baik yang perempuan semua pun adjust muka kasi meletup.










Cane, hebat tak teknologi pembedahan plastik di Korea? Dari wajah macam tembikai susu.. tup2 terus jadi jambu air... hebat kan? Masa belum bedah ngeri tengok, sekali lepas bedah. wow!!! tulang dagu siap ada yang boleh kikis tu. Sungguh Ohsem dan hebat.

Sebenarnya, ada hikmah setiap kejadian tu. Aku tak tahu apa kesan jangka panjang pembedahan ni. kalau dah tua nanti aku rasa mesti wajahnya akan lebih buruk dan mengerikan dari wajah asalnya. Salah satu keburukan yang tengah hangat sekarang ni adalah... bila seorang isteri di cerai dan didenda RM300K++ disebabkan lahirkan anak suaminya yang ni berupa hodoh. Rupanya, wajah asal si isteri hodoh dan telah menjalani pembedahan plastik. Pembedahan plastik tak boleh diwarisi dek non... so, sebelum nak buat apa-apa pembedahan kosmestik fikirlan kesan jangka panjangnya dulu ya? Hehehe... sian...

Bersyukur itu lebih baik dari segalanya....



Mantap