Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 29 November 2013

Official Montage adaptasi CUCUR BAWANG & KOPI 'O'


SELPAS hampir dua bulan menjalani penggambar untuk adaptasi novel ku CUCUR BAWANG & KOPI 'O' bermula Julai lalu, akhirnya sesi penggambaran dan editing telah selamat disiapkan. Sekarang dalam proses menunggu tarikh dan masa untuk ditayangkan. Seperti yang sedia maklum, adaptasi ini akan di siarkan di siaran RTM (Radia Televisyen Malaysia). Dengar khabarnya akan bersiaran di channel TVi. Sama-samalah kita nantikannya tidak lama sahaja lagi.

Syukuralhamdulillah dan terima kasih ALLAH kerana telah merealisasikan salah satu impian ku sebelum ini. Sebagai penulis aku tetap teruja mahu menonton idea cerita aku yang asalnya dalam betuk cetakan dan perkataan diterjemahkan dalam bentuk visual oleh Dr. Nora Hendon Faiezah selaku penulis skrip dan Faizal Ariff sebagai pengarahnya.

Sebagai penulis aku tak menegaskan untuk pengarah dan penulis skrip meniru lonjong-lonjong dialog dan plot cerita di dalam novel untuk diterjemahkan dalam bentuk visual kerana aku tahu tak akan sama 100% cerita dalam novel untuk diterjemahkan dalam bentuk visual. Sebab itu mana-mana drama adaptasi penulis novel hanya akan digelar sebagai pemberi Idea Asal. Jadi, itu bermakna idea asal mungkin akan berubah mengikut sutuasi, waktu dan masa sesebuah drama itu ditayangkan.

Adeh, aku dah melalut plak dah ni. Apa-apa pun posting kali ni aku show off official montage untuk adapasi novel aku ni yang diambil dari Facebook Faizal Ariff selaku pengarah untuk adaptasi drama ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat untuk menjayakan adaptasi novel ini. Senarai pelakon, penerbit, penulis skrip, produksi dan pengarah anda boleh tengok sendiri di video di bawah. 

Mode: teruja nak tengok full dramanya!





Mantap