Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 2 Disember 2013

HASRUDI JAWAWI di dalam SINAR HARIAN 2 Disember 2013



HASRUDI JAWAWI dilahirkan pada 3 April 1986 di Kampung Parit Yusof, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Parit Sulong dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sulaiman. Setelah tamat tingkatan lima, beliau sertai Program Latihan Khidmat Negara pada 2004.

Beliau mula berjinak-jinak dalam bidang penulisan sejak di bangku sekolah menengah lagi. Berliau bertekad untuk hasilkan novel sendiri  selepas tamat pengajian tinggi pada 2007. Novel pertama beliau bertajuk Tangisan Berdarah (2008), Kau Kuseru (2009) dan novel ketiga, Cucur Bawang Kopi O, meledak di pasaran 2010 diikuti Ops Zulaikha... dan Cinta Awek & Pakwe.

Beliau berpendapat, dunia penulisan novel di negara ini mula berkembang pesat sejak tahun 2000. Selain menambah pendapatan sampingan, ada penulis menjadikan bidang penulisan ini sebagai pekerjaan tetap yang boleh memberi pendapatan yang lumayan jika hasil karya diterima dan disukai pembaca. menulis bukan senang, tetapi tidak juga susah. Andai ada usaha, ada semangat, dan punya daya pemikiran yang kreatif, insya-ALLAH, semuanya boleh.

Kredit:
Keratan daripada akhbar SINAR HARIAN bertarikh 2 Disember 2013. Terima kasih kepada Nurfee Novels atas sumbangan foto di atas.



Mantap