Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 10 Disember 2013

Siti Nurhaliza Turun Padang Bantu Mangsa Banjir


Banjir yang melanda Pahang sejak beberapa minggu lepas merupakan ujian yang sangat besar kepada penduduk negeri tersebut. Banyak kereta, rumah, barangan berharga dan macam-macam lagi yang musnah dalam bencana alam ini. Abang Nara ingin mengucapkan takziah kepada mereka yang mengalami kerugian. Bertabahlah, sesungguhnya ujian Allah itu diberikan kepada mereka yang mampu menerimanya.



Selaku anak kelahiran Pahang, Siti Nurhaliza telah pun turun padang untuk membantu mangsa-mangsa banjir di sana. Di bawah nama Yayasan Nur Jiwa dan SimplySiti, Siti sendiri menyingsing lengan dan mengagihkan barang keperluan kepada mereka yang memerlukan. Datuk K juga turut sama turun padang membantu isterinya itu.


Aku tabik hormat kepada Siti Nurhaliza atas inisatifnya yang sangat-sangat awesome ini. Lagi beberapa keping gambar Siti Nurhaliza membantu mangsa banjir dengan membaca artikel ini sepenuhnya.




Sumber asli: http://beautifulnara.com/15-gambar-siti-nurhaliza-turun-padang-bantu-mangsa-banjir/


p/s: Diharap tak adalah peminat yang anti Siti Nurhaliza mempertikaikan kabaikan penyanyi ini untuk menyumbangkan sumbangannya. Dah sah-sah dia selebriti, for sure wartawa sentiasa mengejar dia di mana jua dia berada. Sikap seperti inilah yang kita harus contohi. Kepada syarikat korporat di luar sana. Apa kata buat sumbangan macam ni. Dari sponsor retis kahwin juta-juta baik duit tu agihkan kepada mangsa banjir ada jugak bekalan dunia akhirat. Ehhh.. out of topic! Hahahhaa... jagan marah ek ZSRCW....

Mantap