Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 9 Disember 2013

Ulasan Filem: Kolumpo




FILEM ni bagi aku, sebuah filem berat dalam suasana sedikit santai. Boleh ke ayat gitu? Ada tiga kisah ala-ala filem SEPI. Setiap watak dalam 3 cerita ni ada terselit-selit di setiap kisah. Cuma cerita pertama bagi aku agak berat. Mungkin kalau kisah pertama kisah Hafidd dan ending dia kisah pasal Gienna, maybe lagi okey kut. Sbb Kisah Rahul agak memeningkan pada awalnya sebab kecelaruan dan pertindanan bahasa yang berbeza. Plot yang membuatkan kita perlu baca subtitle memang akan melarikan sedikit feel cerita. 

Tapi aku tak kata idea aku tu bernas. Mungkin pengarah cuba menyampaikan sesuatu yang berat dulu barulah yang ringan. Ibarat hidup ni. Bersusah-susah dahulu barulah bersenang-senang kemudian. Sejujurnya kisah Gienna (kisah kedua) yang melarikan diri dari emaknya kerana bosan diutarakan dengan soalan 'bila nak kahwin' dan sering di cadangkan calon suami oleh emaknya benar-benar buat aku terkesan. Menitis air mata aku tatkala melihat babak-babak air kisah Gienna dan Nek Wok.

Kisah pertama, kisah pendatang asing yang ditindas oleh bangsanya sendiri di negara ini. Aku tak berapa nak faham awalnya untuk kisah pertama ni. Kisah Rahul ni macam perlu bermain dengan fikirkan. Soffi Jikan bagi aku agak berlebihan semasa mengutarakan dialog berintonasi 'Indon'nya. Seolah dia cuba menyebut sebuatan dengan slaga Indonesianya dengan tahap penghayatan yang tinggi. Intonasi yang terlalu berlebihan tu membuatkan lakonannya nampak sedikit plastik. Aku rasa orang Indonesia dengar pun tak faham kut. Hahaha.. Walaupun ending dia agak terpinga-pinga, kita boleh tahu apa yang cuba penulis skrip cuba sampaikan melalui kisah Rahul itu.

Kisah ketiga prihal Hafidd yang sekilas pandang persis Johan Ashari, cuma gigi dia aje yang membezakan wajah mereka. Seorang lelaki kaki bangku, tak pandai menukang dan tak ada awek sebab takut tak dapat kawal nafsu. Pengakuan yang begitu jujuran dan ikhlas bagi aku. Antara ketiga-tiga kisah yang dipaparkan. Aku lebih terkesan dengan kisah nombor dua, iaitu kisah Gienna, dan kisah ketiga pula seolah banyak persamaan dengan kisah hidup aku. Hampir 40% jugalah. Realiti yang sangat unik diperkisahkan bila seorang gadis sanggup membantu manusia yang tidak dia kenal.

Pada yang suka filem aksi dan thriller, filem ni bukan pilihan terbaik. Hendak menonton filem ni, anda perlu dalam keadaan santai dan tenang. Pastikan anda tidak dalam keadaan bercelaru atau marah. Takut korang bakar panggung sebab tak faham mesej yang terserat yang cuba disampaikan melalui filem ini.

Dari 5 bintang aku kasi 3.9 bintang untuk filem ini...


Mantap