Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 22 Januari 2014

Koleksi Juara Lagu SITI NURHALIZA - Vol. 1


Kulit Album Sebenar

Sempena Juara Lagu yang bakal berlangsung hujung minggu ni, tiba-tiba aku ala-ala macam baik hati gitu nak upload full video koleksi terbaik Juara Lagu Siti Nurhaliza dari tahun 1996 - 2001 kalau tak silaplah. Ni hikmah duk mengemas bilik terjumpa balik VCD koleksi video ni. Masa nak beli VCD ni, mengumpul duit belanja uols! Sanggup tak makan kat sekolah gara-gara nak beli VCD ni. Walaupun hanya berharga RM21.90, tapi pada student sekolah menengah masa tu, memang terasa mahal ya amat! Original okey!

Jadi, secara eksklusifnya RUDIZONE upload versi full VCD Koleksi Juara Lagu Siti Nurhaliza ini. Maaflah kalau tak clear, ya lah, format VCD, faham-fahamlah kan? Tengok balik VCD, Siti Nurhaliza masih kelihatan muda remaja dan kurus sangat! Cantik seperti sekarang. Hope, you all enjoy dengan video ini. 

Kandungan Video:

1. Jerat Percintaan ( Juara lagu 1996, Juara Kategori Balada & Persembahan Terbaik)

2. Aku Cinta Padamu (Juara Kategori Balada & Persembahan Terbaik)

3. Cindai (Juara Lagu & Juara Kategori Etnik Kreatif)

4. Purnama Merindu ( Juara Kategori Balada)

5. Satu Cinta Dua Jiwa ( Finalis Juara Lagu 1999)

6. Hati Kama ( Juara Lagu & Juara Kategori Irama Malaysia)

7. Kau Kekasihku ( Juara Kategori Balada)

8. Nian Di Hati ( Finalis Juara Lagu 2000)

9. Balqis (Juara Lagu & Juara Kategori Pop Etnik)

10. Engkau Bagaikan Permata (Juara Kategori Pop Rock)

11. Percayalah (Finalis Juara Lagu 2001)

12. Ya Maulai (Persembahan Terbaik)






Mantap