Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 22 Januari 2014

Koleksi Juara Lagu SITI NURHALIZA - Vol. 2


Kulit Album Sebenar

Masih mood Anugerah Juara lagu gitu. Kalau sebelum ni aku dah upload Koleksi Juara Lagu Siti Nurhaliza Vol. 1. Kali ni aku upload pulak video Koleksi Juara Lagu Siti Nurhaliza Vol. 2. Dua persembahan terbaik yang paling gempak iaitu untuk lagu Nirmala dan Ku Milikmu terselit di dalam VCD ini. Meletop tak? Ala-ala persembahan terakhir DCT sebelum beliau buat keputusan untuk stop menyertai pertandingan Juara Lagu gitu.

Walau bagaimana pun, aku tak upload full videolah. Aku cut bahagian persembahan DCT masa kat AJL dan persembahan semi final aje. Ada bonus track MTV Lagu Rindu, Bukan Cinta Biasa, Seindah Biasa dan Dialah Di Hati. MTV lagu-lagu tu aku cut sebab dah melambak kat YouTube. Kalau nak tengok search aje kat YouTube okey? 

Untuk VCD ini tidak hanya memaparkan persembahan DCT di malam Final AJL, turut diselitkan persembahan DCT di persembahan Semi Final yang mana ada lagu yang tak berjaya menarik hati juri untuk untuk ke Final. So, tak semua lagu yang DCT bawak masuk final okey? Ada jugak yang kecundang sebab lumrah pertandingan. Apa-apa pun selamat menonton!

Kandungan Lagu:

1. Ku Milikmu (Persembahan Terbaik AJL 2003)

2. Badarsila (Semi Final 2003)

3. Bicara Manis Menghiris Kalbu ( Finalis AJL 2002)

4. Nirmala (Juara Kategori Pop Etnik & Persembahan Terbaik)

5. Indah Percintaan (Semi Final 2002)

6. Bisikan Asmara (Finalis AJL 1998)

7. Wajah Kekasih (Finalis AJL 1998)

8. Joget Berhibur (Semi Final 1998)





Mantap