Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 23 Januari 2014

Ulasan Filem: I, Frankenstein



Kisah Adam Frankenstein - manusia ciptaan manusia. Dalam cerita ni, Adam dijadikan sebagai bukti bukan hanya Tuhan pencipta manusia. Manusia juga telah berjaya mencipta manusia pada abad 1700++ (sorry kalau abad tu salah). Adam manusia yang tiada roh dan tak boleh mati. Hidup selamanya sampailah ke zaman moden. Hidupnya diburu iblis atau roh jahat untuk dijadikan bahan ujikaji eksperimen mereka untuk menghidupkan manusia yang telah mati.

Ceritanya menarik, cuma pergolakan yang berlaku hanya di kawasan gereja dan gudang iblis/roh jahat. Pusing-pusing kat situ aje. Apa yang pasti, filem ini seolah tak ada waktu siang. Seperti ketika di zaman itu matahari sudah lenyap. Mungkin aku tak mengikuti novelnya, sebab tu aku tak tahu kenapa matahari tak muncul dalan cerita ni.

Watak yang ada hanyalah watak di antara 'malaikat' dan roh jahat aje yang banyak. Watak manusia hanya ada 2 orang dan yang lain sekadar watak tambahan di kelab malam dan polis yang mati kena bunuh. Itu sahaja. Aku ingat adanya saintis perempuan tu akan ada konflik cinta. Tapi, ending dia, saintis tu terselamat dek di selamatkan oleh permaisuri 'malaikat' - aku pun lupa nama dia apa, then... habis.. aku tak pastilah kalau ada sambungan untuk cerita ni.

Sebuah jurnal perubatan milik Frankestien (bapak Adam), menjadi perebutan di antara puak 'malaikat' dan puak iblis yang bertopengkan manusia. Dalam cerita ni manusia macam golongan yang dah pupus. Golongan iblis aje yang banyak. Maybe sebab iblis telah merasuk setiap tubuh manusia yang ada kut? Dan salah satu tujuan iblis tu nak menjayakan misi menghidupan semula manusia yang dah mati adalah kerana mahu melepaskan roh jahat yang tersekat di neraka untuk diserap ke dalam tubuh manusia yang mati dan dihidupkan semula. Lebih kurang macam tu. Nak jadikan puak iblis lebih ramai dan menguasai dunia.

Semasa babak perlawanan di antara puak iblis dan 'malaikat' tu memang menarik. CGI dan segela effect dia nampak ohsem! Cuma masa tertempuran di anatara 'malaikat' dan iblis yang memaparkan effect api yang benyak menampakan sedikit cacat - yang mana kelihatan agak jelas yang penggambaran dilakukan di sebalik screen hijau. Nampak perbezaannya dan kerealannya hilang 15%. Tapi, kalau sekali imbas tak perasan pun.

Pada mereka yang dah mengkuti novel grafik cerita ini maybe lebih jelas dengan jalan ceritanya jika di bandingkan dengan aku yang tak pernah nak mengikuti novel grafik dia. Tup-tup terus aje nengok movie dia. Ending dia macam eh... dah habis dah. Sebab filem ni tak lama. Cuma 1 jam 35 minit termasuk montaj dan title credit. Standard filem melayu gitu.

Apa-apa pun, ada jugalah pegajarannya walaupun tak banyak. Dari 5 bintang aku bagi 2.5 bintang.


Mantap