Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 21 Januari 2014

Ulasan Filem: Lone Survivor




Lama rasanya aku tak buat review filem. Maklumlah busy dengan macam-macam kerja sekarang (gitu) ni. Bagi mereka yang tak minat filem kisah benar, patriotik atau semangat setia kawan, anda tidak di galakan untuk menonton filem ini. Sebab filem ni, tak banyak CGI dan kesan-kesan khas dia. Lebih banyak berlokasikan di kawasan pergunungan batu di Afganistan. Ayat yang lebih tepat, kisah satu kumpulan dari Operasi Sayap Merah yang telah terpisah dari kumpulan mereka disebabkan terputusnya alat telekomunikasi mereka dalam menentang kumpulan Taliban.

Pasa 30 minit hingga 45 minit yang pertama bagi aku agak mengantukan. Aku menguap beberapa kali sampaikan menitis air mata aku (disebabkan menguap bukan disebabkan jalan cerita). Namun, bila kumpulan Seal Team 10 ni mula diserang oleh kumpulan Taliban, bermulalah suspensnya. Aksi stuntman dalam cerita (mungkin tak guna stuntmen dan pelakon itu sendiri yang melakonkan wataknya sepenuhnya) dalam babak setiap ahli Seal Team 10 ni jatuh bergulingan di curam batu memang nampak real. Semasa mereka kena tembak dan ketakutan memang aku dapat rasa. Lenguh-lenguh setiap sendi di tubuh aku semasa menonton filem ni bila membayangkan kesakitan akibat kecederaan yang mereka alami. Ada jugak babak sedih bila ketua mereka sanggup mengorbankan diri untuk mendapatkan bantuan segera dari pengkalan mereka. :'(

Dari 5 orang, yang hidup dan selamat cuma seorang. Kalau semua mati, peliklah kan? Siapa pulak yang menceritakan kisah ni untuk difilemkan andai semua mati. Elemen setia kawan, semangat perjuangan dan semangat keamanan amat kuat melalui filem ini. Aku nak ulas lebih pasal teknikal dan teknik visual yang digunakan dalam filem ni pun aku tak berapa mahir dalam bab2 tu. So, aku ulaslah bab semangat yang ada.

Dari 5 bintang aku kasi 3 bintang.






Mantap