Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 30 Januari 2014

Ulasan Filem: ROBOCOP



ROBOCOP, bukan filem aksi semata-mata, ada elemen kasih sayang antara suami dan isteri dan antara ayah dan anak yang buat aku tersentuh dan hampir menitiskan air mata tatkala menonton filem ini. Effect CGI dan kesan khas yang gempak menambah kemenarikan untuk filem ni.

Walau bagaimana pun sejam yang pertama agak mengantukan. Banyak babak flash back yang buat aku pening dan confuse kekadang. Selain tu, banyak plot bercakap. Namun, kalau anda skip babak-babak banyak cakap tu, nescaya korang akan bertambah pening sebab tak faham cerita. So, kena tengok gak babak-babak yang buat aku menguap beberapa kali pada 60 minit yang pertama.

Aksi semakin menarik pada jam kedua. Bertambah menarik bila masuk sejam 15 minit yang terakhir. Banyak aksi pergaduhan, tembak menembak dan letupan yang berlaku. Apa-apa pun filem ni memang menarik dari segi motif ceritanya. Bukan semata-mata kisah manusia robot, tetapi terselit kisah kasih sayang sesama isteri, anak dan suami.

Elemen kekeluargaan yang diterapkan melaui filem ini memang terbaik baik aku dan memang menyentuh kalbu. Tak pastilah cerita ni cerita baru atau cerita lama yang dibarukan, tapi sebagai penonton yang tak pernah mengikuti perjalanan kisah Robocop sebelum ni, filem ini menarik untuk ditontotn.

Dari 5 bintang aku bubuh 3 bintang.

3/5*****




Mantap