Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 22 Januari 2014

Video Di Sebalik Tabir - Siti Nurhaliza Live In Concert 2004


Duk mengemas bilik lama, tetiba terjumpa VCD Siti Nurhaliza Live In Concert 2004 ni. Bila buka dalam tu, surprise sangat! Lama tak tengok VCD ni (masa album ni dikeluarkan belum ada versi DVD yer). Kalau kita search kat YouTube, mungkin susah nak jumpa di sebalik tabir untuk Siti Nurhaliza Live In Concert 2004 ni sebab tak ramai yang suka upload. Kalau anda membeli album konsert ini yang versi VCD original, pasti ada CD ke 3 yang khas memaparkan video rakaman di sebalik tabir konsert ini. Ramai yang tahu dan mungkin ramai yang tak tahu, kan? Jadi, RUDIZONE dengan secara esklusifnya mengupload CD ke 3 tu, yang memaparkan perjalanan di sebalik tabir sepanjang konsert jelajah satu Malaysia Siti Nurhaliza ini yang telah dijalankan pada tahun 2004 dulu. Dah nak sepuluh tahun okey? Aku upload versi penuh lagi. Selamat menonton dan tergelak melihat gelagat Siti Nurhaliza di sebalik konsert dan di belakang pentas.

Maaf atas kualiti video yang tak clear ala2 vesi HD gitu. Maklumlah, versi VCD, faham-fahamlah you all, tengok kat TV pun tak clear, inikan pulak tengok kat lappy atau screen dia leh support HD, menangis tengok muka Tok Ti petak-petak. Mohon maaf juga ada beberapa bahagian stuck-stuck sebab... well VCD dah lama kan? Adalah calarnya hahahaha... Pasrah ajelah hahaha..





Mantap