Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 22 Januari 2014

Video Di Sebalik Tabir - Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall, Landon.


Posting sebelum ni aku pos video Di Sebalik Tabir Siti Nurhaliza Live In Concert 2004, kali ni aku upload pulak video Di Sebalik Tabir Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall, Landon. Kalau anda tonton video ni, anda akan perasan wajah Dr. Fazley (masa muda remaja teruna gitu) sangat banyak dan dia salah seorang orang kuat untuk konsert ini. Mati-mati masa tu ingatkan DCT bercinta dengan Dr kacak itu. Rupanya, salah orang da...

Banyak babak-babak lucu dalam video di sebalik tabir ini. Terutama ketika DCT panggil Nurul Shukor dengan gelaran, "Tak gitu bang?". Aku tergelak-gelak masa tengok part tu ( minit ke 22.32). Selain itu, kita boleh tengok betapa gigihnya seorang Diva Pop Malaysia bersiap-siap untuk menjayakan konsert ini. Walaupun ramai yang mengatakan konsert ni hanya mendapat sambutan sekadar suam-suam kuku, kau rasa kau mampu buat konsert kat hall tu? Kat Dewan Orang Ramai pun kau belum tentu leh buat konsert kan? RUDIZONE upload khas untuk peminat DCT dan peminat konsert ini.

Seperti video sebelum ini, maaf kualiti video tahap VCD jek.. bukan HD... so, kalau tak clear tu, sorry yer? HD convert ke VCD maybe boleh terima. Tapi kalau VCD convert ke HD, memang tak akan leh celar you all. Kecuali kalau dicovert dari master copy yang asal. Tu lain citer. Hehehe... Selamat menonton!






Mantap