Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 27 Januari 2014

Video Persembahan Para Pemenang ANUGERAH JUARA LAGU 28 - TV3


ANUGERAH JUARA LAGU ke 28 baru sahaja tamat malam tadi dengan mempertandingkan 12 buah lagu terbaik sepanjang tahun 2013. Kemeriahkan dengan konsep 'Game On' membuatkan setiap persembahan artis yang bertanding kelihatan sedikit menarik dan unik walaupun tak banyak.

Bagi aku konsep 'Game On' tu macam menarik, cuma teknologi visual Malaysia masih belum sampai tahap yang boleh dibanggakan sebab kerealan (ada ke, perkataan ni?) untuk montaj dan iklannya nampak sangat screen hijaunya.

Persembahan yang memang tak mengikut tema bagi aku malam tadi adalah persembahan Alyah dan Hafiz. Tetiba ada api-api ala2 konsep Thor terenter frame gitu dan tanah kering ala-ala kegersangan gitu. Seperti biasa, fashion tak kena konseip Najwa Latif tetap tidak menarik minat aku untuk melihat persembahan mereka. Ala-ala citrawarna gitu. Konsep Frozen atau maybe silver untuk beberapa penyanyi dan kumpulan lelaki memang tak berapa nak kena. Aku mengklasifikasikan konsep rambut silver (kononnya) itu sebagai konsep rambut beruban. Hahaha...

Hafiz yang memenangi persembahan terbaik buat aku macam... erk! Terkejut gitu. Konsep ala-ala video klip lagu PUNCAK KASIH nyanyian ZIANA ZAIN, tetiba bleh menang persembahan terbaik. Penatlah Alyah duk melutut bagai, siap jemput Azri Iskandar (tetiba) kat stage. Satu pun tak menang.

Lagu BAHAGIAMU DERITAKU memang aku tak kisah dia menjadi juara sebab, Malaysia memang terkenal dengan lirik-lirik puitis untuk lagu berentak slow. Kau buatlah lagu RAP yang lirik or dialognya sangat meruntum kalbu, tetap tak leh nak menang. Walaupun rap pada lagu Aku Pelat (persembahan pertama) banyak yang tersirat dan tersurat.

Apa-apa pun benda dah lepas, para pemenang pun dah tahu, tahniah diucapkan pada pemenang. Nak mempertikaikan pun, nanti ada yang kata kita ni cuba mempertikai rezeki Tuhan. Alhamdulillah sahajalah. Banyak-banyak artis kena view camera, aku tersenyum melihat camera view pasangan ZIZAN dan EMMA MAEMBONG, sweet aje, walaupun muka Zizan poyo gila masa tu macam nak kena pijak laju2. Apa-apa pun selamat melayan video yang aku buat khas untuk blog kesayangan aku ni.

Keputusan Penuh AJL termasuk 12 lagu yang tercalon:


1. Aku Pelat (Salammusik)

2. Takkan Terpisah (Black)

3. In Love With You (Aizat Amdan & Noh Saleh)

4. Hanya Aku (Hyper Act) - Naib Juara AJL28

5. Bosan (Stacy)

6. Bahagiamu Deritaku (Hafiz) - Juara AJL28 dan Persembahan Terbaik AJL28

7. Penglipur Lara (Hazama dan The Penglipurlara)

8. Ikut Rentakku (Jaclyn Victor) - Vokal Terbaik AJL28

9. Sahabat (Najwa Latif feat Sleeq dan Syamkamarul)

10. Tanda Tanya (Azlan dan The Typewriter)

11. Kau Yang Terindah (Alyah)

12. Kalau Aku Kaya (Awi Rafael dan Altimet) - Ketiga AJL28




Mantap