Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 27 Februari 2014

Ulasan Filem: NON-STOP



BAGI aku filem ni memang penuh dengan suspens yang banyak dan buat kepala otak aku bekerja keras sebab nak kena fikir dan menjangka siapa sebenarnya penjahat dalam cerita ni. Walaupun pengambaran hanya di dalam kapal terbang, tapi konflik yang cuba diceritakan sungguh menjadi.

Masa dia terima mesej dari seseorang yang tidak dikenali, bermulalah suspens dan konflik cerita (rujuk sinopsis di atas). Bila mangsa pertama mati dibunuh oleh hero cerita ini sendiri membuatkan aku berfikir. Cerita ni mesti ala-ala cerita dalam novel thriller yang mana setiap yang terjadi disebabkan hero sendiri kerana hero dia pernah mengalami masalah psikologi. Setiap helah yang terjadi disebabkan watak hero itu sendiri tanpa dia sedari.

Memang tak mengantuklah tengok cerita ni sepanjang 1 jam 40 minit. Tak ada babak bercakap yang meleret-leret atau penerangan. Setiap dialog memang suspens dan buat penonton semakin teruja nak tahu siapa sebenarnya penjahat yang sebenarnya.

Babak cemas tak banyak tapi tetap ada bila pesawat yang membawa 150 orang penumpang itu membuat pendararan kecemasan. Bila dah nak ending baru tahu siapa penjahat yang sebenar. Tebakan aku meleset! Rupanya, orang yang nampak baik dan cuba nak menolong tu lah manusia yang keji. Kalau nak tahu siapa menusia yang cuba merampas pesawat dan mengugut AS$150 juta tu, kenalah tengok sendiri. Ada dua individu yang terlibat. Salah seorangnya adalah programer alat telekomunikasi terhandal.

Dari 5 bintang aku bubuh 4 bintang.

4/5*



Mantap