Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 5 Februari 2014

Video Persediaan SITI NURHALIZA LIVE IN CONCERT 2014





SUNGGUH teruja nak ke konsert DATO' SITI NURHALIZA yang bakal berlangsung selama dua hari berturut-turut bermula 7 Februari 2014 ini sehinggalah 8 Februari 2014. Konsert yang bakal diadakan di Plenary Hall, KLCC ini telah mendapat liputan media sejak sebulan yang lalu. Konsert ini lebih ke arah konsert amal. Walaupun ada yang mempertikaikan prihal harga tiket, rasanya sungguh berbaloi dengan kreabiliti Dato' Siti Nurhaliza yang sudah bertaraf diva jika nak dibandingkan dengan penyanyi yang sekadar suam-suam kuku tapi harga tiket konsert mengalah harga tiket konsert Beyonce. Hahahaha... Ops! Berikut adalah petikan media dari majalah Media Hiburan berkaitan dengan konsert ini.


Kesinambungan daripada Projek Amal Simplysiti dan Yayasan Nur Jiwa bagi membantu magsa banjir di Kuantan baru-baru ini, penyanyi tersohor dan nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza tampil dengan konsert amal Dato' Siti Nurhaliza Live In KLCC pada 7 dan 8 Februari 2014 di Plenary Hall, KLCC.

Konsert ketiga daripada pertubuhan yang diasaskan bersama suami tercinta itu berkonsepkan 'Where The Heart Is' menyaksikan Siti bakal menyanyikan lebih 15 buah lagu selama hampir dua jam.

Objektif utama konsert ini adalah bagi mengumpul dana bagi membantu golongan memerlukan terutamanya anak yatim, fakir miskin, orang kurang upaya dan mangsa bencana alam.

"Konsert ini saya adakan semata-mata ingin membantu mereka yang memerlukan. Kita mensasarkan kutipan lebih RM1 juta sepanjang dua malam persembahan.

"Keseluruhan keuntungan daripada konsert kita akan salurkan terus ke Yayasa Nur Jiwa. Diharapkan, akan lebih ramai pihak yang membeli tiket bagi sama-sama meringkan beban mereka," kongsi Siti di sidang media konsert itu pada petang semalam.

Konsert yang bertemakan warna putih sebagai lambang kesucian itu akan diadakan selama dua malam berturut-turut dengan menampilkan beberapa segmen serta lagu-lagu hit pilihannya.

Tiket-tiket untuk konsert ini adalah terhad pada harga RM800, RM518, RM388, RM238, RM118 dan RM88 dan boleh didapati secara online di www.redtix.airasia.com bermula 13 Januari 2014. ~ Media Hiburan Online


Berikut pula adalan video yang telah dijanjikan. Sungguh rapi persediaan yang telah dibuat oleh DCT. Semakin teruja nak tengok konsert ini Sabtu nanti.



Mantap