Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 19 Mac 2014

Album KONSERT LENTERA TIMUR - DATO' SITI NURHALIZA


Meh dengar lagu-lagu yang terdapat di dalam album Konsert LENTERA TIMUR Dato' Siti Nurhaliza ni.
Akhirnya, selepas mengalami beberapa masalah sebelum ini, muncul juga album audio Konsert Lentera Timur Dato' Siti Nurhaliza di pasaran. Konsert yang telah berlangsung akhir September tahun lalu ini telah dirakam dan dicovert dalam bentuk compact disk (CD) dan dujual khas untuk peminat Dato'Siti Nurhaliza. Buat masa ni versi audionya dulu dipasarkan. Manakala bersi video dalam bentuk DVD, mungkin akan berada di pasaran tidak lama lagi. Mungkinlah...

Kalau diikutkan dari rakaman dalam album ni, kalau tak salah aku ini rakaman dari konsert kedua. Sebab di akhir lagu Dato' Siti ada sebut pasal Permaisuri Pahang mencemar duli ke konsertnya yang mana pada konsert tersebut aku turut ada. Duduk baris kedua dari stage ko! Meletop tak? Mendengarkan rakaman konsert ini telah mengimbau kembali kenangan manisku semasa menghadiri konsert ini.

Cuma dalam album ni, tak banyak Dato' Siti berdialog. Lagu terus bersambung-sambung tanpa ada slot Dato' Siti berbicara dengan perminat selain di akhir lagu. Pemisah di setiap track lagu diasingkan dengan cara lagu tiba-tiba perlahan, tup tup sambung tanpa diduga. Ada beberapa lagu medley yang sepatutnya bersambung, tapi dipisahkan dan menghasilkan mood 'terputus'. Hal itu membuatkan mood mendengar aku hilang untuk seketika untuk setiap pertukaran track lagu yang seterusnya. Untuk album konsert selepas ini aku harap pihak SNP atau Universal Music dapat ubah cara memisahkan setiap track lagu tu. Untuk lagu medley sepatutnya tak perlu dipisahkan. Baru gempak.

Berikut adalah senarai lagu-lagu yang terkandung di dalam album ini:

CD 1
1. Senandung Pak Yong & Ala Dondeng
2. Nirmala
3. KurikLKundi
4. Bunga Melur
5. Mahligai Permata
6. Patah Hati
7. Janji
8. Kau Pergi Tanpa Pesan
9. Citra Budaya
10. Syair
11. Masri Manis
12. Kaparinyo
13. Sulam Sembilan
14. Jangan Ditanya
15. Joget Kasih Tak Sudah
16. Joget Pahang
17. Bulan Yang Mesra
18. Empat Dara
19. Hati Kama

CD 2
1. Instrumental OTM
2. Cek Mek Molek
3. Laksamana Raja Di Laut
4. Ketawalah Lagi
5. Bahtera Merdeka
6. Biarlah Rahsia
7. Rampaianku
8. Damak
9. Balqis
10. Ya Maulai
11. Cindai
12. Popaleh Weh

Untuk mendengar sedikit sedutan dari album ini anda boleh tekan butang 'play'di bawah. Namun kalau butang 'play' tidak terpapar, itu bermakna player tersebut sudah mencapai limit dimainkan. Sila refresh atau cuba dengar dilain masa. Harap maklum.



Untuk mendengar full version lagu -lagu yang ada di dalam album ini silalah dapatkan album ini yang original di pasaran dengan harga RM39.90 (kembali pada harga album DCT masa dulu-dulu  dengan SRC). Sokonglah industri muzik tanah air.

Jika ada sebarang aduan, pemansuhan dan apa sahaja mengenai posting dan audio yang dikongsikan di blog ini, anda bolehlah berhubung terus dengan penulis melalui email ini hasrudijawawi@yahoo.com . Pihak kami akan menghapuskan serta merta audio yang dikongsikan andai melanggar hakcipta. Audio yang dikongsikan bertujuan untuk promosi SAHAJA tanpa mengaut seberang/sesen pun keuntungan. Harap maklum.



Mantap