Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 28 Mac 2014

Filem: GOL & GINCU


Tetiba rindu pulak nak tonton filem ni. Suka filem pasal gadis-gadis gedik yang suka mencapar diri untuk melakukan sesuatu perkara yang dia rasa tak boleh buat, tapi akhirnya boleh. Tengok filem ni teringat balik novel GOL Dan LIP GLOSS ku itu. Cuma kisahnya tak adalah macam kisah filem ni. Cuma jalan ceritanya sipi-sipi nak sama hehehe... dah kata diinspirasikan dari filem ni hehehe...

Tengok balik Ashraf dalam filem ni, tersenyum sendiri. Sekarang, dia dah berjaya kat Indonesia sebagai pelakon. Loghat dia bercakap pun dah gaya2 seberang itu. Nampak tak permainannya kat situ? Pelakon Malaysia yang nak berlakon kat sana kena fasih berbahasa Indonesia. Jadi, Malaysia pun kalau nak ambil pelakon Indonesia, kenalah suruh dia orang fasih berbahasa Malaysia baru amek berlakon. Ni, balik-balik ambil Randy Pangalila tu, tapi tetap baik hati kekalkan watak dia sebagai orang seberang... apa laaaa... apa-apa pun selamat menonton!



Nota Kaki*: Video di atas diambil dari sumber Google Doc. Kami hanya kongsikan sahaja. Jadi, andai video ini sudah tidak bisa dimainkan lagi atas sebab-sebab tuan punya file sudah memadam video di atas itu adalah diluar kuasa kami. Kami juga tidak bertanggungjawab atas pelanggaran hak cipta. Sekian, harap maklum.



Mantap