Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 4 Mac 2014

Spaghetti Bolognese Ala Kampung

Wahhh... dah lama ngidam nak masak spaghetti, baru hari ni berkesempatan buat. Kalau tak silap, aku last buat resipi ni tahun 2012. Wahhh.. dah setahun lebih dah. Sebenarnya ini baru kali ketiga aku masak spaghetti ni, cane tu? Pastu memandai buat resipi sendiri. Bahan lain, beli yang segera dalam paket dan dalam tin. Hebat tak? Hahahaha...


Ha, tengok kat atas tu, menyelerakan tak, nak telan? Hahaha.. apa-apa pun bukan nak puji diri sendiri lah. Rasanya memang terbaik dan sedap sebab resipinya bukan dari Itali 100%. Aku dah ubah ikut tekak orang Malaysia. Hahaha.. okey, usah banyak ngobrol... ayuh aku share resipinya.

Okey, berikut adalah bahan-bahannya.



BAHAN-BAHAN KISAR

  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering - direbus selama 10 - 15 minit.

BAHAN-BAHAN LAIN

  • 1 paket perencah sos Spaghetti Bolognese Maggi.
  • 5 batang sosej dipotong tipis.
  • 20-25 bebola daging (beli yang dah siap kat Big Aeon) ~ potong ikut suka. Tak nak potong pun boleh. Kalau nak goreng atau bakar untuk seketika lagi sedap.
  • 2 tin tomato puri jenama Prego ~ Aku guna dua jenis. Satu jenis asli dan satu lagi ada cendawan.
  • 200g ayam cincang ~ nak guna daging cincang pun boleh.
  • Minyak secukupnya untuk menumis
  • 2- 3 helai daun limau purut ~ mayang halus
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

BAHAN MI

  • Spaghetti jenama San Rimo ~ ikut siaz kesukaan korang.


CARA MEMASAK KUAHNYA

  • Kisar Bahan-Bahan Kisar jadi seperti di bawah:


  • Dah kisar Bahan-Bahan Kisar, tumiskan bahan kisar tadi dengan minyak secukupnya. Seeloknya guna periuklah sebab kita nak buat kuah, kenalah guna peruk, baru kena.


  • Bila bahan kisar yang ditumis tadi dah naik minyak atau cilinya dah masak, masukan perencah sos Spaghetti Bolognese Maggi dan 700ml air.


  • Dah masukan air, kacau seadanya sampai perencah tadi tu sebati dengan bahan tumisan. Kemudian, masukan tomato puri yang dua tin tu. 

  •  Kemudian, masukan daging ayam kisar, sosej dan bebola daging tadi. Gaul sebati. Jika kurang air, anda boleh tambah lagi air. Manalah tahu anda lebih suka kuah yang banyak.


  • Gaul-gaulkan sehingga daging ayam kisar tadi hancur dalam kuah manakala sosej dan bebola daging sebati dengan kuah yang enak tu untuk tempoh seminit, kemudian masukan, garam dan gula secukup rasa. Kalau dah okey rasanya di tekak korang, baru masukan daun limau purut yang dimayang halus dan gaul sebati. Kalau malas, mayang besar-besar macam aku tu. Hahaha.. sorrylah daun limau purut ku dah kering. Malas nak petik kat pokok. Nampak tak kemalasan aku tu? Seeloknya kalau nak rasa dan bau lebih kuat dan serta merta. Gunalah daun limau purut yang masih segar.


Tara!!! Siap sudah kuah Spaghetti Bolognese Ala Kampung aku. Apa yang ala kampungnya? Ala kampungnya tu sebab aku bubuh BAHAN-BAHAN KISAR kat atas tu. Dalam resipi asal Spaghetti Bolognese mana ada cili kisar? Orang Itali tak mampu makan pedas macam orang Asian. Ahahaha.. agaknya kut. Selain tu, orang Itali tak tahu yang daun limau purut tu boleh bubuh dalam masakan, kut? Hahaha... so, rasa dan bau daun limau purut tu menambahkan lagi rasa dan aroma keasianan resepi aku ni. Nasib aku tak bubuh ketumbar, jintan manis dan kerisik. Tak memasal rasa rendang pulak, hahaha..

Okeh, kuah dah siap, sekarang penyediaan mi spaghettinya pulak. Ni cara mudah, kalau kau orang tak tahu jugak tak tau nak kata apa. Panaskan air dalam peruk. Masukan 4 sudu besar minyak masak ke dalam air rebusan. Bila air dah mendidih, masukan mi spaghetti yang keras macam lidi tu secara menegak sampailah dia lembik sendiri. Kemudian, kacau sampai masak, atau mi spaghetti bertukur warna putih kekuningan. Tak kisahlah kalau over cook ke apa, bukannya ada Chef Jo nak rasa kan? Asalkan tak mentah.


Okey, dah masak mi spaghetti tu, masa untuk dihidang dan di makan. Tada!!! Di bawah nilah Spaghetti Bolognese Ala Kampung yangs udah siap dihidang. Cane? Sedap tak? Garenti sedap!!! 



SELAMAT MENCUBA!!!


Mantap