Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 27 Mac 2014

Ulasam Filem: Captain America: The Winter Soldier



Walaupun ada beberapa ulasan dari beberapa web site yang mengatakan Steve Rogers lebih hebat dalam siri Captain America yang sebelum ini berbanding filem kali ini, tapi bagi aku yang suka filem lebih banyak aksi dari membebel melebalkan filem ini antara filem yang hebat (bukan terbaik ya?) yang tak rugi ditonton.

Walaupun tahap ketidaklogikannya tidak setanding Man Of Steel, namun siri Captain America kali ini lebih realiti berbanding Men Of Steel. Banyak konflik yang membuatkan kita cemas dan perlu bermain dengan fikirkan. yang penting ada babak terkejut uols! Dua kali aku terkejut hamster masa tengok filem ni. Pengikut komek Marvel Captain America mungkin dah tahu jalan ceritanya bagaimana. Namun, untuk aku yang tak mengikuti walaupun satu komek pun dari Marvel menganggap filem ini adalah kisah pertama yang aku tengok.

CGI dan kesan khas yang ada di dalam filem ini jangan cakaplah. Memang hebat. Aku nak ulas lebih lanjut  tentang teknik kecanggihan visual yang dia orang guna pun aku tak tahu langsung tentang semua tu. Apa yang boleh aku katakan hanyalah, hebat dan nampak real jika nak dibandingkan dalam filem I, Frankenstein yang mana CGi dia nampak tak real sikit.

Konflik yang berlaku di dalam S.H.I.E.L.D membuatkan aku terfikir-fikir sejak awal, siapa dalang yang sebenar? Sampaikan aku terfikir yang Nick Fury tu adalah dalangnya. Terkejut aku bila Nick Fury tetiba disahkan mati. Tup-tup di pertengah cerita dia hidup balik. Trick yang mana aku sebagai novelist tak terfikir nak buat macam tu. Leh selit trick tu kat novel akan datang ni. Hehehe...

Agak geram bila semua orang-orang dalam S.H.I.E..LD memburu Cap (Captain America). Ya lah, sakit hati kite ni bila hero cerita tiba-tiba jadi macam penjahat dalam cerita dia sendiri. Tak ke pelik tu? Nak tahu kenapa tiba-tiba Captain America kena buru dengan angota dalam S.H.I.E.L.D? Kenalah tengok sendiri. 

Dari 5 bintang aku bubuh 4.5 bintang berdasarkan dari minat dan kesukaan aku semasa menonton filem ini walaupun ada menguap 3 kali masa babak cakap-cakap. XOXO...



Mantap