Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 7 Mac 2014

Ulasan Filem: 300: Rise Of An Empire




SERIUS cerita ni sangat... sangat... sangat... mengantukan! Menguap pakej mengantuk tahap dewa masa tengok certita ni. Masa babak perlawanan tu pun tak mengujakan walaupun CGI filem ni ditahap Man Of Steel. Cuma babak darah mencurah-curah tu, nampak ke'kartoon'an visualnya. Banyak babak cakap!

Entahlah, kisah sejarah (mungkin) Greek ni, walaupun penuh pergolakan emosi dan kuasa, sedikit pun tak buat aku teruja nak tengok babak-babak yang seterusnya. Walaupun ada babak yang memerlukan emosi kebencian, aku tak rasa pun kebencian tu. Serius aku mengantuk tahap nak terlelap. Siap terlintas kat kepala otak aku, "bilalah nak habis cerita ni".

Mungkin disebabkan filem ini cerita di sebalik cerita, yang mana ada 'voice over' bercerita, mambuatkan aku pening dan, keliru antara suara watak dan suara 'voice over' tu. Kalau nak tahu jalan ceritanya bolehlah baca sinopsis di atas tu ye?

Ending dia? Menyedihkan!!! Ala-ala akan ada part 2. Buat sakit jiwa jek. Ala-ala ending The Hobit. Kisah Raja Dewa yang aku ingat adalah kisah utama dalam cerita ni rupanya muncul tak sampai 10 babak pun. Tetiba, perlawanan kedua yang baru bermula, tup! Terus kuar tulisan (title credit) dah. Dan aku pun tak berapa nak faham cerita ni. 

Apa-apa pun dari 5 bintang aku bubuh 2 bintang jek. Tu pun disebabkan CGI dia gempak. Kalau tak, aku buh 1 jek.

2/5*


Mantap