Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 5 April 2014

5 Jawapan SENTAP untuk soalan berkaitan dengan 'BILA KAU NAK KAHWIN?'


Isu klise dan mungkin dah basi untuk semua orang yang belum berumah tangga atau masih belum menikah walaupun usia sudah ke 30 series. Kalau yang dah 40 series pulak, lagilah berdezup orang tanya. Yang dah 50 series, insyaALLAH, orang dah tak tanya. Kalau ada yang tanya jugak, jangan menyesal kalau kena hempuk dengan tangga besi atau kunyah dawai tanpa gigi.

Ya, soalan 'BILA KAU NAK KAHWIN?' dan seangkatan dengannya memang menjadi sesuatu yang sangat bosan pada golongan-golongan yang aku maksudkan di atas (insyaALLAH aku bakal melaluinya kelak). Kalau diikutkan, semua orang di dalam dunia ni nak kahwin. Kalau anda tanya pada budak darjah satu atau mungkin budak tadika, pasti ada yang jawab nak walaupun mereka masih belum tahu erti sebenar perkataan kahwin tu. Ini untuk orang Malaysia ya. Kalau di Indonesia mereka lebih selesa guna istilah 'Nikah', berbanding kahwin yang sepertinya tak kukuh ikatannya gitu.

Apa-apa pun sebelum aku menyenaraikan jawapan sentap yang aku reka sendiri ni, awal-awallah aku maklumkan pada kalian semua. Apa yang aku kongsikan ni sebagai nak kongsi aje. Tak digalakan untuk diikut dan aku tak akan bertanggungjawab atas segala kesan dan akibat andai ada di kalangan kalian yang mengikut cara atau mungkin jawapan sentap yang aku senaraikan di dalam posting kali ini. Mungkin ada jawapan yang kurang ajar dan mempersenda. Tapi, hati yang terguris lagi sakit menanggung beban dari kau orang yang lantang bertanya soalan yang menyentuh hulu hati untuk golongan seperti ini siapa nak jaga? Hati weols ni siapa nak ambik kisah? Korang tanya sesedap tekak korang aje kan?

So, sebelum nak tanya soalan keramat (katanya) ni, fikir-fikirlah dulu. Kasihanlah kat weols ni yang punya hati dan perasaan. Siapa tak nak hidup sempurna ada keluarga dan anak-anak, kan? Kalau tanya semut pun, mereka mesti nak ada kerabat keturuanannya jugak. Pokok pun nak berbuah jugak. Inikan pula manusia.

So, di sini aku senaraikan  5 (cadangan) jawapan sentap untuk soalan keramat yang berkaitan dengan 'Bila Kau Nak Kahwin?' tu.

SOALAN 1: BILA KAU NAK KAHWIN?
JAWAPAN: (Pandang dia berkali-kali dengan wajah blur untuk beberapa saat) KAU TANYA AKU KE? AKU INGATKAN KAU TANYA MAKCIK SEBELAH AKU TADI (sebut aje makcik walaupun kat situ hanya ada anda dan dia sahaja diketika itu). KALAU AKU NAK KAHWIN, SEMALAM DAH BOLEH KAWIN. DUIT DAH TERLEBIH-LEBIH DALAM BANK. CUMA AKU TAK SEDIA LAGI. (Buat-buat ada incoming call, lalu blah dari tempat kejadian)

SOALAN 2: BILALAH KAU NAK KAHWIN NI?
JAWAPAN: EH, AKU BELUM KAHWIN KE? (Buat-buat terkejut macam dah pernah kahwin 10 tahun lalu). AKU LUPA AKU BELUM KAHWIN. NANTI KALAU AKU DAH INGAT BALIK AKU GARENTI AKAN JEMPUT KAU YA? (Terus tukar topik lain)

SOALAN 3: BILA AKU NAK MAKAN NASI MINYAK KAU?
JAWAPAN: KALAU KAU MAKAN NASI MINYAK AKU, HABIS, AKU NAK MAKAN APA? MAKAN ANGIN? NAK MAKAN NASI MINYAK PERGILAH BELI SENDIRI (Buat muka tak bersalah dan tak puas hati lalu berlalu pergi). KRIK... KRIK... KRIK... KRIK...

SOALAN 4: AKU DAH KAHWIN, GILIRAN KAU BILA?
JAWAPAN : AKU? (Buat wajah terkejut 40%), AKU BELUM AMBIK NOMBOR GILIRAN LAGI. NANTI KALAU AKU DAH AMBIL NOMBOR GILIRAN, AKU BAGI TAHU KAU BILA GILIRAN AKU YA? (Gelak sambil letak kedua tangan di dada mata jeling atas)

SOALAN 5: KAU NI TUNGGU APA LAGI? LAGI LAMBAT KAU KAHWIN LAGI SUSAH KAU NAK DAPAT ANAK NANTI.
JAWAPAN : (Gelak buat-buat) KAU CONFIRM KE, KALAU AKU KAHWIN AWAL BOLEH DAPAT ANAK? KALAU AKU MANDUL MACAM MANA? REZEKI, JODOH, MATI, SEMUA TU RAHSIA ALLAH. KAHWIN NI BUKAN SEBAB NAK ANAK AJE. KALAU BOLEH, NAK MASUK SYURGA ANAK BERANAK . (Senyum plastik lalu berlalu pergi).

Haaaa... itulah 5 jawapan yang tak berapa sentap sebenarnya sebab aku dah tapis. Lima kali olah jawapan tu supaya nampak sopan penggunaan ayatnya. Kang aku guna ayat carutan, kurang ajor plak kan?


So, kepada kalian yang di luar sana, kalau nak tanya soalan yang berkaitan dengan 'kahwin' pada kawan-kawan, saudara-mara, adik-beradik dan sebagainya yang belum kahwin, fikirlah 10 atau sekurang-kurangnya 50 kali sebelum nak bertanya. Siapalah kita ni nak tahu bila masa seseorang tu kahwin kan?

Kau orang jangan ingat, kahwin, dapat anak, tua, mati, habis. Belum lagi. Kau mati kelak, anak-anak kau tu penentu kau kena belasah tahap apa dalam kubur nanti. Kau masuk neraka tahap mana kat akhirat nanti. Kau kahwin (untuk yang lelaki sahaja), bini kau sanding atas pelamin tak bertudung, rambut sanggul tinggi-tinggi (khas untuk yang beragama ISLAM sahaja) tu, kau ingat masa tu dosa dia masih kat bahu dia ke? Sah-sah dah kat bahu kau tau? Ada anak perempuan, tetiba seksi ya amat, kau jugak kena heret sampai ke pintu neraka kat sana kelak. Yalah, benda tak rasa lagi, memanglah akan ada yang kuarkan statement, dosa masing-masing, kubur asing-asing. Dah tu, yang kau tanya soalan bila nak kahwin kat orang lain tu apa hal? Kalau dia kahwin, kau ke yang merasa nikmat dan bahagianya? Tak kan?

Pada yang perempuan pulak yang dah kahwin tu, tak yahlah ambik tahu pasal kawan yang belum kahwin pasal bila dia nak kahwin. Dia (kawan perempuan) tak kahwin lagi tu makananya dia tak bersedia lagilah tu. Tak nak beri beban pada suami dia dengan dosa dia andai dia tak sedia lagi. Kau yang dah kahwin tu jagalah laki kau baik-baik. Badan tu jaga sikit. Lepas kahwin jangan nak bambam sangat. Laki cari lain, nyesal tak sudah. Aurat kena jaga betul2.

Apalah gunanya kahwin andai hanya untuk keseronokan duniawi aje kan? Kat dalam kubur dan akhirat kena belasah tak sudah-sudah. Sebab tu sebelum kahwin kena fikir masak-masak dulu. Kebanyakann (tak semua) lelaki yang dah kahwin ni, dalam senyap duk cari 'kawan perempuan' tau? So, isteri-isteri di rumah tu jangan tak check smartpon suami korang. Terutama suami yang ada akaun WeChat lah... Whatsapp lah, Facebook lah, dan sebagainya tu. Check sikit inbox dia.

Okey, aku dah macam emo skrg ni. So far aku belum melalui gelombang pertanyaan begitu. Tapi aku yakin aku bakal lalui tak lama lagi. Tunggu ajelah. Aku dah siap sedia dengan jawapan aku. Lagi sentap dari jawapan yang aku list kan kat atas. Kepada yang dah mengalaminya dan dah macam kehabisan idea nak bagi jawapan apa untuk soalan sedemikian, jawapan aku ni maybe boleh dijadikan inspirasi pada uols... selamat mencuba! Hehehe...



Mantap