Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 31 Mei 2014

10 Fakta Tentang Lelaki dan Penafiannya


Posting ini diterbitkan sekadar ingin berkongsi yang ke arah suka-suka. Tidak melibatkan diskriminasi jantina atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengannya. Fakta dan penafian telah diambil dari sumber Google Search. Jadi, diharap tak ada timbul isu berbangkit atau isu sensitif dari posting ini. Anggap sahaja posting ini sekadar untuk hiburan semata-mata.

Wahhh awal-awal lagi dah bagi amaran keras gitu. Bukan apa, manusia ni kan pelbagai jenis. Aku tak naklah nanti timbul isu bukan-bukan pulak. Aku sebagai penulis blog ini sekadar ingin berkongsi sahaja. Harap maklum.



10 Fakta Tentang Lelaki

Fakta Penafian
1. Lelaki suka dipeluk, ini kenyataan. Hampir 100% lelaki rasa selamat dalam pelukan wanita yang dicintainya. Fakta ni macam peliklah. Kalau kau suka peluk lelaki, sah-sah kau kena cop gay. Yang pasal selamat dalam pelukan wanita tu, merepek! Sah-sah wanita kaum yang lemah. Kau yang kena lindungi wanita. Sewel ke hape?
2. Lelaki tidak suka bila teman wanitanya ada kawan lelaki. Dia akan merasa cemburu. Kalau dia sanggup membiarkan teman wanitanya ada kawan lelaki itu bermakna dia sanggup mengorbankan perasaannya untuk teman wanitanya supaya teman wanitanya tidak terasa terkongkong. Ni lagilah merepek, kalau kau tak nak awek kau berkawan dengan lelaki, kau hantar awek kau ke sebuah plenet yang semuanya perempuan. Tapi kau jangan menyesal kalau dia jumpa kau balik dia dah tak berselera dengan kau!
3. Lelaki tidak suka diuji kesetiaannya. Hati-hati kerana lelaki mempunyai perasaan yang sangat rapuh. Kenyataan yang sebenar, kau tu takut kantoi, kan? Dah couple, tapi kat inbox FB, WeChat dan Whatsapp penuh mesej-mesej gedik dengan perempuan lain. Tapi, handphone awek kau, gigih pulak kau nak check, kan?
4. Lelaki suka wanita bertanggung jawab. Kau ingat perempuan suka ke, lelaki tak bertanggung jawab? Apa punya statementlah ni.
5. Bila Seorang lelaki menyatakan yang dia OK selepas anda menyakitinya. Dia berbohong! Ya, memang dia bohong. Dalam diam duk meluahkan perasaan pada kawan perempuannya yang lain.
6. Bekas kekasihnya sentiasa ada di fikirkannya tapi andalah yang ada di hatinya. Lelaki macam ni tak boleh anda jadikan kekasih atau suami ya wahai wanita semua. Kalau dia ada 10 bekas kekasih sebelum ni. Tak ke bercampur aduk nama perempuan dalam kepala dia? Kau rasa dia akan ingat nama kau tak?
7. Lelaki mudah jatuh hati pada wanita yang yang beri perhatian padanya dan baik terhadapnya. Betul! Kalau 10 wanita beri perhatian pada dia dalam satu masa. Kesemuanya dia suka. Kau nak ada pakwe macam tu? Pantang ada perempuan lebih sikit kat dia, terus jatuh hati.
8. Setelah seorang lelaki jatuh cinta pada seseorang wanita, dia akan sering tertanya-tanya, mengapa dia tidak menemui wanita ini sebelum ini. Kalau kau dah jumpa dari awal, tak adalah kau membujang sampai sekarang. Apalah kau ni.
9. Jika seorang lelaki memberi seribu satu alasan setiap kali anda ajak keluar, perlulah anda faham, dia mungkin ada sebab yang kukuh. Agak-agak sebab apa? Biasalah, dia pun ada life dia jugak. Nak work out, nak tengok bola, nak tu nak ni. Nak lepak dengan kawan-kawan dia. Tapi kalau awek dia nak lepak dengan kawan-kawan dia, macam-macam soalan dia tanya. Bila awek dia tanya dia soalan macam-macam kat dia, tahu pulak dia marah.
10. Jika dia mengatakan dia tidak peduli, sebenarnya dialah orang yang paling peduli tentang anda. Pedulilah sangat. Dalam diam dia duk luahkan perasaan pada kawan perempuan dia yang lain kalau kita tak peduli pasal dia.



Mantap