Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 31 Mei 2014

Bila MAXIS naik taraf ke 4G, ramai yang memaki?


Baru-baru ni, aku ada terpandang iklan Maxis tentang access terbaru dia iaitu Maxis 4G katanyer melalui Facebook. Klik sini untuk lihat iklan. Aku pun ala tergelak-gelak sakan masa tengok iklan (seperti di atas) yang dipaparkan. Bila baca komen-komen yang ada kat gambar iklan tu, lagilah buat aku ketawa golek-golek.

Aku ingatkan aku aje mengalami masalah yang sama. Manusia yang duduk KL pun mengalami masalah yang sama rupanya. Inikan lagi aku yang duduk kampung ni. Lagilah azab coverage dia. Jujur aku cakap, coverage Maxis atau dulunya femes dengan Hotlink katanya, memang tak pernah berubah kat tempat aku ni dari dulu, sekarang dan selamanya. Kalau si Faizal kawan aku tu call aku, aku terpaksa keluar rumah nak bercakap. Sebab apa? Dalam rumah coverage tak ada. Ko rasa? Tapi, sejak bertukar kepada line Digi, alhamdulillah, walaupun bergolek-golek atas tilam pun, bar line tetap penuh. Siap ada 3G lagi ko... ko hade Maxis???

Kesian kat mak aku tu yang guna line Maxis, kalau dia call anak-anak dia, terputus-putus suara. Terpaksa duduk tepi tingkap. Nampak tak kehampehan coverage Maxis ni yang tak pernah nak upgrade dari dulu sampai lah sekarang. Lepas tu yang tak boleh blah, call talian khidmat pelanggan dia, KENA TOLAK KREDIT!!! Kau rasa??? Nak carut tak??? Inilah satu-satunya operator yang caj panggilan ke talian khidmat pelanggan dia oramg. Sangat-sangat-sangat hampeh! (Ni masa aku call dululah, tapi kalau sekarang dah free, tahniah aku ucapkan)

Aku pernah guna broadband Maxis suatu ketika dulu. Kekonon murahlah, sebulan RM28 hengget jek kalau tak silap. Nak tahu apa? TAK BOLEH CONNECT INTERNET DENGAN SEMPURNA! Nak buka Google, kena refresh berkali-kali. ON jam 8 malam, pukul 11 pagi esoknya dah terminate. Jujur aku cakap. Modem dia, aku hempas dalam tong sampah. Kembali pakai Celcome. Okey sikit.

Aku tak faham kat Maxis ni . Coverage 2G pun ada yang tak ada, ada hati nak upgarde kepada 4G... please lah Maxis, setarakan dulu line seluruh Malaysia. 3G pun tak stable, ada hati nak ke 4G. Ingat, pelanggan anda bayar kos setiap bulan untuk guna khidmat yang sepatutnya. Bukannya bermasalah aje. Fikir-fikirlah ke depan sikit jangan nak untung aje. Tak baik tau menipu orang. Lingkup korang tak lama lagi dek dosa sendiri.

Berikut antara komen-komen yang telah menarik hatiku untuk aku share dari Facebook Maxis (https://www.facebook.com/maxis).




Okey, yang ini pulak komen-komen negatif dari iklan Maxis yang ini.

 


Kat atas tulah di antara komen-komen yang aku pilih. Bukan tak ada yang puji. Ada, tapi jumlahnya sangat ciput. Yang mengeji yang banyak. Tapi, kalau anda rasa rajin dan gigih nak buat aduan pada Maxis ni boleh buat aduan di sini. Cubalah tengok dia feedback ko ke tak. Yg penting siap nak mintak nombor IC bagai nak buat report tu. Tak koser... 

Aku pakai Maxis ni pun sebab mak aku pakai Maxis kekonon kalau dia call aku tak semahal dia call Digi aku. Kalau mak aku dah pakai Digi, memang aku buang terus nombor Maxis aku ni. Memang line macam hampeh kat sini. Sibuk nak upgrade line sedangkan kat kawasa-kawasan terpencil macam kampung aku ni tak di upgrade kan lagi. Masih 2G... sedihlah ko Maxis. Baik kau gulung tikar aje. Meniaga jual air kat pasar minggu. Lagi berkat agaknya... hahaha...

Apa-apa pun, kepada yang sayang-sayang Maxis tu, teruskanlah sayang-sayang anda okey? Dulu okeylah, bila Hotlink selalu ada ganjaran, ada plan yang menarik. Sejak Hotlink dah malap hilang dari permukaan bumi, trus Maxis adalah pilihan terakhir untuk orang beli. Sorry Maxis, bukan nak mencarut ke apa. Aku cakap ni dari pengalaman guna servis ko yang tak pernah okey sejak dulu lagi.

Mungkin akan ada yang mengeluarkan kenyataan, "Dah tahu coverage dia orang teruk, kenapa masih guna?" Kami menggunakan line dia orang nak bagi mereka peluang baiki line dia orang supaya mereka berjaya. Ada tu terikat dengan kontrak. Tapi, kalau peluang yang kita beri tu tak di hargai, pasrah ajelah ya Maxis ko kena carut bagaiCabbury bagai. Okey...Sekian, terima kasih!



Mantap