Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 4 Mei 2014

Dato' Siti Nurhaliza - Jaga Dia Untukku



Single terbaharu daripada penyanyi tersohor Malaysia, Dato' Siti Nurhaliza berjudul JAGA DIA UNTUKKU telah dilancarkan di stesyen radio HOT.FM beberapa hari yang lalu. Jika menurut penyanyi no. 1 Malaysia ini, lirik lagu ini yang dicipta oleh kakak iparnya sendiri, Rozi atau dikenali sebagai Sang Dewi (kalau salah mohon maaf). Lirik lagu ini telah dicipta semasa DCT dalam keresahan dan kesedihan semasa beliau dalam perjalanan ke New Zealand untuk berjumpa dengan suami beliau yang telah ditimpa kemalangan suatu ketika dulu.

Ibaratnya Kak Rozi cuba mengambarkan keresahan dan kegelisahan adik iparnya diketika itu melalui bait2 lirik yang ada di dalam lagu ini. Kalau salah informasi, aku mohon maaf. Tapi dari apa yang DCT cerita di konsertnya di KLCC Februari 2014 lalu, begitulah ceritanya.

Ramai yang menyukai lagi ini yang versi konsert, tapi bagi aku, aku lebih suka yang versi studio. Apa-apa pun aku tak sabar nak beli album penuh DCT. Macam membazir pulak beli satu per satu lagu di iTune. Kepada pengemar dan peminat DCT, selamat mendengar single terbaru DCT ini.

Lirik: JAGA DIA UNTUKKU

Verse 1
Mahu ku bersama
Mahu ku kesana
Diriku tak disini lagi

Waktu tak bicara
Lama terasa seakan terhenti mengiringiku

*
Tenanglah duhai jiwa
Tebarkan tulus doaku
Kepadanya saat ku tiada

Chorus
Oh Tuhan, jaga dia untukku
Kala ku masih jauh
Bagai menghitung resah
Berkepingan berderaian

Oh Tuhan, jaga dia untukku
Selamanya ku ada
Mencipta syurga bersama
Menyayangi, mendampingi dia

Verse 2
Terbangkan diriku
Bersayap seribu biar detik menjadi laju
Langit pun mendengar
Jadi penawar mengusir debar jatuh ke dasar

*
Chorus

Bridge
Mungkinkah ini memulakan kita
Lambang cinta
Ku dan dia

Chorus 2x

Tekan butang 'play' untuk mendengar lagu.


Audio yang dikongsikan di atas sengaja direndahkan kualitinya demi menjaga hakcipta kualiti yang asli. Walau bagaimana pun, andai perkongsian ini yang tidak mengait serbarang keuntung walaupun sesen telah melanggar hakcipta dan sebagainya, yang berkenaan bolehlah berhubung terus dengan penulis melalui email ini hasrudijawawi@yahoo.com untuk tindakan pantas memadam audio yang dikongsikan di posting ini.

Untuk mendapatkan kualiti audio yang lebih jelas dan berkualiti tinggi, anda boleh mendownload lagu ini di laman web iTune ini https://itunes.apple.com/my/album/jaga-dia-untukku-single/id868712053

atau

Untuk pengguna Maxis, untuk muat turun CRT "Jaga Dia Untukku" Dato' Siti Nurhaliza
Maxis: Type *131*381895# and press call/send

Detail:
Artist: Dato' Siti Nurhaliza
Title: Jaga Dia Untukku
Composer: Aubrey Suwito
Lyricist: Sang Dewi
Published by Siti Nurhaliza Production
Distributed by Universal Music Malaysia Sdn. Bhd

"Sokonglah industri muzik tanah air"


Mantap