Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 4 Mei 2014

Ulasan Filem: The Amazing Spider-Man 2




Bolehlah untuk filem ni. Ada unsur komedi yang boleh buat penonton gelak. Andrew Garfield berjaya memegang watak Spiderman walaupun pakej seorang hero tu tak berapa nak ada pada dia. Nak kata dia handsome, kurang sedikit. Nak kata badan dia ketak-ketak, pun tak juga. Mungkin bersesuaian dengan karektor Spiderman tu sendiri.

Aku tak pasti filem kali ini berkaitan atau tidak dengan Spiderman yang sebelum ni sebab yang Spiderman 1 pun aku tak pasti aku dah tengok ke belum. Tapi sebagai penonton aku boleh fahamlah cerita ni dan seolah tiada kena mengena dengan kisah sebelum ini. Mungkin ada kena mengena tapi sedikit sahaja yang mana aku tak perasan. Nampak sangat aku tak mengikuti filem ini sebelum ini. Jadi tak salah kalau aku beri ulasan untuk filem ini dan tidak berkaitan dengan dwilogi atau trilogi filem ini sebelum ini.

Mengantuk? Menguap? Yes, sejujurnya ada beberapa kali aku menguap mengantuk sejam yang pertama. Banyak babak membebel dan percintaan antara Peter dengan Gwen. Rasa macam nak forward aje. Babak semakin menarik bila watak Electro mula menganas. Masa tu barulah tak mengantuk. Dalam pergaduhan tetap Peter (Spiederman) boleh buat lawak. Di situ dah buat mood  suspens penonton reda seketika dengan gelak tawa babak lucu itu.

Itu pun 45 minit yang terakhir bartu babak pergaduhan dan kerosakan bandar berlaku. Minit-minit yang sebelum itu banyak babak-babak main tarik tali dalam percintaan Peter dan Gwen. So, hampir 50% cerita ni pasal cinta antara Peter dan Gwen. Dah macamm pelik sedikit di situ.

Apa-apa pun, dari 5 bintang aku kasi 3 bintang. 


Mantap