Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 20 Jun 2014

MUNGKIN INI TAKDIRKU - BAB 03


| 03 |

SABRINA berlari-lari anak menuju ke kelasnya. Apa yang telah dia dengar tadi di tandas lelaki perlu di sampaikan kepada Fazura.

“Zura! Zura!” panggil Sabrina lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Fazura dengan keadaan tercungap-sungap.

Fazura yang sedang seronok berborak dengan Intan, terganggu keseronokkan mereka bila Sabrina tiba-tiba datang mencelah.

“Hei minah. Relakslah, apa hal berserabut sangat ni?” tanya Fazura hairan melihatkan Sabrina yang tercungap-cungap di sebelahnya. Dadanya berombak kencang. Seolah baru selesai berlari mengelilingi padang sekolah.

“Faizul, Faizul, Zura,” jelas Sabrina tersekat-sekat. Nafasnya masih tercungap-cungap. Lelah dan penatnya dek berlari anak tadi masih terasa.

Fazura memandang Sabrina, pelik. Apa yang telah berlaku pada abangnya?

“Okey-okey. Kau bawa bertenang. Tarik nafas,” arah Fazura pada Sabrina.

Sabrina menuruti arahan itu. Ditarik nafasnya dalam-dalam.

“Okey, hembuskan perlahan-lahan,” arah Fazura lagi cuba menenangkan keadaan Sabrina.

Sabrina menghembuskan nafasnya perlahan-lahan dari mulut.

“Eh! Dahlah, macam senaman untuk ibu-ibu mengandung pulak,” ujar Sabrina tiba-tiba.

Sekelip mata, satu tunjalan menyinggah di kepalanya.

“Sakitlah,” rengek Sabrina selepas kepalanya ditunjal oleh Fazura.

“Aku cuba nak tenangkan kau punya tercungap-cungap tu, kau kata aku suruh kau buat senaman ibu mengandung pulak. Sengal,” sekali lagi Fazura menunjal kepala Sabrina. Tiada sedikit pun rasa hormat di dalam dirinya kerana menunjal kepada anak orang sesuka hatinya saja.

Sabrina tarik muncung sambil memegang kawasan kepalanya yang ditunjal oleh Fazura tadi.

“Ha, cakaplah apa yang kau nak cakap tadi tentang abang aku tu,” ungkit Fazura.

Intan di sebelahnya turut memasang telinga.

“Tadi, masa aku lalu depan tandas lelaki…”

“Kau mengintai budak lelaki ke?” Intan mencelah, terkejut.

Serentak Fazura dan Sabrina menunjal kepala Intan sambil berkata,

“Diamlah, sengal!”

Intan menyungutkan wajahnya. Merajuk.

“Aku terdengar perbualan antara Faizul…” Tiba-tiba Sabrina tersengih gatal sambil mengelip-ngelipkan kelopak matanya berulang kali.

Kepala Sabrina ditunjal lagi oleh Fazura.

“Sakitlah!” rengek Sabrina sambil mengusap-ngusap kepalanya.

“Aku tahulah kau minat kat abang aku tu, tak perlulah kau nak berfantasikan dia sekarang ni. Cerita kau tu habiskan dulu!” bentak Fazura, bengang. Pantang dia bila orang bercerita dengannya, orang itu syok sendiri tidak tentu fasal.

“Okeylah,” akur Sabrina. “Apa yang aku dengar, abang kau tu bergaduh di sebabkan seseorang dengan kawan baik dia,” jelas Sabrina beria-ia.

“Dia orang bertumbuk ke?” celah Intan terkejut. Terbutang matanya memandang Sabrina.

“Tak tahulah pulak. Sebab aku cuma dengar aje, aku tak mengintai. So, aku tak tahulah apa yang sedang terjadi kat dalam tandas tu tadi,” jawab Sabrina jujur.

“Abang aku tu bergaduh disebabkan siapa?” tanya Fazura hairan.

“Mesti fasal awek, kan?” Intan Mencelah.

“Bukanlah! Kalau fasal awek, sah-sah aku dah menagis air mata darah sekarang ni tau?” lekas Sabrina menafikan.

“Dah tu, fasal siapa?” tanya Intan beria.

“Fasal, mat lembut tulah,” jawab Sabrina sambil menjuihkan bibirnya ke arah Fyrul yang sedang kusyuk dengan buku amali Sains di tempat duduknya tidak jauh dari mereka.

Fazura dan Intan serentak memandang Fyrul. Melopong mulut masing-masing.

“Kau biar betul?” tanya Fazura seolah tidak percaya.

“Buat apa aku nak tipu? Kau tahu, si Izwan kawan baik abang kau tu, kutuklah fasal abang tiri kau tu.”

“Eh tolong sikit okey? Dia bukan abang tiri aku. Aku mana ada abang pondan macam dia tu,” pintas Fazura tidak boleh terima kenyataan yang Fyrul sememangnya abang tirinya.

“What everlah. Abang kau tu marah si Izwan tu sebab si Izwan tu kutuk si sotong keding tu,” sambung Sabrina lagi sambil menjeling sinis pada Fyrul. Sengaja ingin membuat hati Fazura terbakar.

“Ya ke?” terkejut Fazura bila mendengar cerita Sabrina itu. Tidak sangka pula selama ini abang kandungnya sendiri telah membela Fyrul.

“Kau pasti ke, suara yang kau dengar tu suara abang aku?” tanya Fazura ingin kepastian.

“Mestilah pasti. Sah-sah aku kenal suara abang kau tu kan?” jawab Sabrina sambil melirik memandang Fazura. Dia memang pantang nama Faizul disebut. Mulalah dia meroyan tidak tentu fasal.

“Entah-entah telinga kau pekak kut,” sampuk Intan.

“Sengal!” serentak Fazura dan Sabrina menunjal kepala Intan buat kali keduanya.

“Apa kau orang ni, main tunjal-tunjal kepala orang? Tak baik tau? Bapak aku bayar zakat fitrah untuk aku tau?” Intan bersungut.

“Dah kau tu lembab sangat. Aku tunjal kepala kau dengan harapan kau akan sembuh dari begok kau tu,” jelas Fazura sinis.

Tertunduk-tunduk kepala Intan. Dia tidak mahu membalas kata-kata Fazura itu.

“Begok tu apa? Adik beradik beruk ke?” tanya Sabrina terpinga-pinga.

“Ni lagi satu begok. Begok tu maksudnya kurang pandai, lembab. Begok tu dalam bahasa Indonesia,” jelas Fazura beria.

“Amboi, perlu ke nak masukan bahasa Sinetron Bawang Merah Bawang Putih kau dalam cerita ni?” Perli Sabrina.

“Kita kena pelbagaikan bahasa kita.” Fazura menjawab.

“Yelah tu. Masalahnya, kau pelbagaikan bahasa yang berunsurkan…”

“Lucah.” Intan menyampuk.

“Lembab!” Fazura dan Sabrina menunjal lagi kepala Intan.

“Kau tu, boleh tak jangan menyampuk. Kalau menyampuk benda yang tepat, tak apa. Ini, entah apa-apa aje kau nak mencelah,” seranah Fazura.

Sabrina gelak mengejek Intan.

“So, apa kau nak buat sekarang?” Tanya Sabrina menukar topik perbualan.

“Kita tunggu dan lihat aje. Aku akan buat si lembut tu dibenci oleh abang aku. Biar tak ada sesiapa yang sanggup membela dia,” jawab Fazura sinis sambil memandang geram ke arah Fyrul yang sedang duduk di tempat duduknya. Terangka satu rancangan jahat untuk mengenakan abang tirinya itu.

Sabrina dan Intan turut memandang sinis ke arah Fyrul.

Bersambung BAB 4...


Segala nama watak dan jalan cerita adalah rekaan penulis semata-mata. Tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah mati. Jika ada nama tempat, syarikat, lokasi dan kata nama khas, penulis sekadar memasukan dalam konteks fiksyen semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan nama tempat, syarikat, lokasi dan kata nama khas yang sebenarnya.

Mungkin jalan cerita di dalam novel ini ada menyentuh sedikit sensitiviti sesetengah golongan. Jadi, anggaplah apa yang diceritakan sekadar untuk hiburan semata-mata. Harap maklum.



Mantap