Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 24 Jun 2014

MUNGKIN INI TAKDIRKU - BAB 13


| 13 |

FAZURA melangkah semula ke kelas selepas selesai makan di kantin. Masa waktu rehat masih berbaki. Dia mengambil keputusan untuk terus kembali ke kelas tanpa melencong ke mana-mana. Dia hanya berdua bersama Intan. Sabrina pula meminta diri ke tandas sebentar tadi.

“Zura, macam mana dengan hand phone abang kau tu? Dah jumpa?” Tanya Intan tiba-tiba, sekadar ingin tahu. Langkah masih diteruskan menuju ke blok Gigih.

“Belum, aku pun tak tahu ke mana hand phone tu hilang.” Jawab Fazura acuh tidak acuh. Malas pula dia ingin memikirkan hal itu.

“Ntah-ntah, Fyrul dah jumpa dulu kut hand phone tu dalam beg dia. Lepas tu dia dah sorok awal-awal kat tepat lain. Sebab tu time abang kau check semalam, hand phone tu dah tak ada.” Intan sekadar berandaian negatif. Sengaja menyerabutkan lagi fikiran Fazura.

“Intan.” Fazura memberhentikan langkahnya lalu berpaling ke arah Intan dengan pandangan yang cukup membencikan. “Boleh tak jangan bahaskan hal ni lagi? Tiap kali aku fikir fasal hal ni, kepala aku berserabut kau tahu tak? Serabut!” Kata Fazura separa teriak. Sekali dengar seolah menengking.

Intan tertunduk diam dalam rasa cuak. Menyesal pula dia mengungkit perkara itu. Jika dia tahu inilah padahnya. Sudah pasti dia akan mendiamkan diri sahaja.

Fazura menyambung semula langkahnya. Sampai sahaja di kelas, dia terus berdiri tercegat di depan meja Fyrul. Meja itu kosong. Dilihat beg sekolah Fyrul yang tersandar pada kerusi. Di pandang beg itu hairan. Dia hairan, ke mana hilangnya telefon bimbit abangnya yang telah dimasukkan ke dalam bag itu semalam?

Beberapa saat kemudian dia kembali ke mejanya yang paling belakang. Dihenyak punggungnya di atas kerusi semahunya. Intan hanya mengikut.



“ERK…” Idham sedewa panjang selepas nasi goreng sambal sotong pemberian Fyrul habis dimakan. Terasa lega perutnya bila angin dapat dilepaskan melalui sedawa. Bekas tupperware ditutup semula.

“Amboi, sedawa tak tutup mulut. Macam mana syaitan tak masuk?” Perli Fyrul sambil menghabiskan sisa-sisa makananya.

“Dah makanan kau ni sedap sangat, sampai terlupa aku nak tutup mulut.” Balas Idham sambil memasukkan semula bekas tupperware ke dalam beg kertas bergambar Hello Kitty kepunyaan Fyrul.

“Minumlah air ni.” Pelawa Fyrul sambil menghulurkan bekas airnya yang berisi air sirap pada Idham.

Tersipu-sipu lelaki itu mencapai. Segan pula mahu menerima pemberian Fyrul itu. Sudahlah makanan diberi. Air minuman pun diberikan juga.

“Janganlah kau nak tersipu-sipu malu dengan aku. Minum aje. Kalau malu, kau jugak yang haus nanti. Silap-silap tercekik.” Usik Fyrul sambil melirik memandang Idham.

Idham hanya tersenyum lalu air di dalam bekas air di tangannya diteguk beberapa kali. Sedap air sirap itu melintasi salur kerongkongnya. Terasa selesa benar keadaan itu.

“Kau memang suka minum air sirap ke?” Tanya Idham sekadar berbasa-basi selepas puas meneguk air. Bekas air ditutup semula lalu diletakkan di tengah-tengah meja. Satu-satunya meja yang ada di dalam pondok maklumat di Taman Herba itu yang sedikit terselindung dengan pohon kayu manis yang kian merendang.

“Kenapa?” Tanya Fyrul hairan.

“Tak adalah, hari-hari kau bawak air sirap. Sebab tu aku tanya.”

“Taklah suka sangat. Aku bawak air sirap ni sebab, air sirap ni sedap di minum bila-bila masa aje. Lagi pun air ni tak cepat basi. Warna merah sirap ni macam menarik je kalau ditengok. Kalau tengok tu, mesti berselera nak minum.” Jawab Fyrul. Dia sendiri tidak tahu alasan yang jelas mengapa dia suka membawa air sirap ke sekolah.

“Kenapa? Kau tak suka ke?” Fyrul menanya pula.

“Tak adalah. Aku cuma tanya aje.”

Fyrul akur sambil menyuap habis makanannya ke dalam mulut. Bekas tupperware ditutup semula. Bekas air di tengah meja dicapai lalu dibuka penutupnya. Dengan rakus airnya diteguk.

“Kau pakai cincin?” Tanya Idham selepas terperasan akan cincin yang tersarung pada jari manis Fyrul yang sebelah kiri. Jelas berkilat cincin itu.

Fyrul tidak terus menjawab. Selepas puas meneguk air, barulah dia menyusun ayat untuk menjawab pertanyaan Idham itu.

“Cincin?” Fyrul melihat cincinya. “Ha’ah, aku beli kat bandar, minggu lepas.” Jawab Fyrul jujur sambil mengelap bibirnya dengan menggunakan sapu tangannya. “Kenapa?” Tanya Fyrul lagi.

“Besi ke silver?” Tanya Idham sekadar ingin tahu.

“Silver.” Sepatah Fyrul mejawab.

“Silver?” Tanya Idham, terkejut. “Mesti mahalkan?” Tanya Idham lagi sambil mencapai tangan Fyrul lalu dibelek cincin itu setelitinya.

“Taklah mahal sangat.” Jawab Fyrul sambil membiarkan Idham terus membelek-belek cincin di jari manisnya.

“Berapa?”

“Dua puluh ringgit aje.” Jawab Fyrul biasa.

“Mahal tu. Banyak duit kau erk?”

“Duit belanja aku, aku kumpul sikit-sikit. Aku kan selalu bawak bekal. So, duit belanja aku tak terusik la.”

“Oo…” Idham mengangguk akur. “Kalau kantoi dengan Cikgu Yusak yang kau pakai cincin ni, nahas kau. Silap-silap cincin ni kena rampas.” Jelas Idham lagi.

“Time subjek dia aku bukaklah. Aku tengok dia tu pun pakai cincin yang lagi pelik-pelik, boleh aje? Batu cincin dia, besar gila. Siap boleh buat baling anjing.” Jelas Fyrul. Dia sudah lali dengan perangai Cikgu Yusak merangkap cikgu disiplin di sekolah mereka. Pantang melihat pelajar lelaki memakai eksesori jari, pasti ingin dirampasnya.

“Dia kan cikgu, mana boleh kita pertikaikan?”

“Eh, boleh pulak macam tu erk? Kalau tak ada yang ajar, masakan ada pengikutnya kan?”

“Kalau kau berani sangat, cuba kau sound fasal cincin Cikgu Yusak tu.” Idham mencabar.

“Ah, tak kuasalah aku. Tak fasal-fasal cincin aku kena rampas, mak bapak aku pulak kena panggil mengadap dia kat bilik pengetua.” tolak Fyrul.

“Tahu takut.”

“Mana ada aku takut, cuma tak berani aje.”

Mereka berdua sama-sama tergelak sehingga memecahkan kesunyian taman itu. Kelas yang betul-betul mengadap ke Taman Herba itu hanya ada sebuah sahaja. Itu pun jauh dihujung Taman Herba ini. Jadi, keadaan Taman Herba ini agak sunyi.

“Eh, kau dah habis makan, kan?” Tanya Idham selepas tawa masing-masing mereda.

Fyrul mengangguk.

“Kalau macam tu jomlah balik kelas. Nanti lambat, naik angin pulak bapak angkat kau tu nanti.” Kata Idham selamba.

Fyrul memandang Idham pelik? Bapak angkat? Siapa bapak angkatnya? Bekas tupperwarenya dimasukkan ke dalam bag kertas.

“Bapak angkat aku? Siapa bapak angkat aku?” Tanya Fyrul hairan. Berkerut dahinya memandang Idham yang mula menyusun langkah untuk berlari.

“Cikgu Yusak la. Kan subjek dia lepas ni.” Jawab Idham sambil berdekah lalu melarikan diri.

“Tak guna kau Idham. Kau perli aku ya?” marah Fyrul bengang lalu menyusun langkah mengejar Idham yang sudah jauh dihadapan.





“WOI, relaks la. Jangan lari laju sangat. Tunggu aku.” Panggil Fyrul jauh dibelakang. Termengah - mengah dia mengejar Idham di depan.

“Kau janji dulu jangan nak pukul aku bila kau nak jalan dengan aku.” Pinta Idham inginkan persetujuan. Dia tahu, Fyrul pasti bengang dengan usikanya tadi.

“Yelah, aku tak akan pukul kau.” Jawab Fyrul memperlahankan langkahnya.

Idham memberhentikan langkahnya serta merta lalu menanti Fyrul menghampirinya.

“Kau ni pun kalau ya pun nak carikan aku bapak angkat, carilah yang baik sikit. Tak naklah yang segarang Cikgu Yusak tu. Sah-sah aku kena rotan je dengan dia hari-hari kalau dia jadi bapak angkat aku.” Jelas Fyrul tidak setuju.

Idham hanya tergelak-gelak. Nafas mengahnya kembali mereda.

“Penat aku berlari tau?” Rungut Idham.

“Siapa suruh kau lari?”

“Dah kau kejar.”

Mereka berdua berdekah lagi.

Senyap seketika.

Idham memandang Fyrul serba salah. Ada sesuatu yang ingin diberi tahu pada Fyrul. Tapi dia takut apa yang akan di beri tahu Fyrul nanti akan membuatkan Fyrul marah padanya. Dia tidak mahu hal itu berlaku. Tapi, sebagai kawan sejati, dia perlu berterus terang apa sebenarnya yang berlaku semalam di kelas. Dia tahu, akibat dia tidak berterus terang semalam, Fyrul telah mendapat malu.

“Kau apa hal pulak Idham? Tetiba aje senyap?” Tanya Fyrul hairan. Tiba-tiba sahaja Idham menyepi. Wajahnya juga kelihatan janggal.

Idham tersenyum kelat memandang Fyrul. Dia masih serba salah sama ada dia perlu berterus terang pada Fyrul atau tidak. Langkah terus menapak seiring dengan Fyrul menuju ke kelas mereka di Blok Gigih aras dua.

“Emmm… sebenarnya aku ada sesuatu nak bagi tahu kau.” Jawab Idham semakin serba salah. Dia masih was-was sama ada perlu atau tidak dia berterus terang.

Fyrul memandang Idham hairan. Macam berat saja apa yang ingin Idham sampaikan. Sehingga menampakkan wajahnya yang kalut. “Apa dia?” Tanya Fyrul biasa sambil menanti kata-kata seterusnya dari Idham.

“Aku harap kau tak marahkan aku.” Kata Idham seolah meminta jaminan.

Fyrul semakin hairan. Langkah semakin dilambat-lambatkan.

“Marah? Kenapa pulak aku nak marah? Kau memang nak suruh Cikgu Yusak jadi bapak angkat aku ke? Kalau yang itu aku marah.” Fyrul meneka-neka. Dalam serius sempat juga dia mengusik.

Idham tidak tertawa.

“Sebenarnya apa yang aku nak bagi tahu pada kau ni adalah…” Tersekat di situ. Serba salah untuk Idham menghabiskan kata-katanya. Dia takut Fyrul akan marahinya. Tapi dia terpaksa juga berterus terang.

“Apa dia?” Tanya Fyrul tidak sabar. Terlalu lembab Idham ingin menyampaikan apa yang ingin dia disampaikan. Fyrul bosan menunggu.

“Fasal hand phone abang tiri kau tu.” Terlepas juga kata-kata itu dari mulut Idham.

Langkah Fyrul terhenti serta merta lalu di pandang wajah Idham, serius.

“Kau ke yang ambik hand phone abang aku tu?” Tanya Fyrul seolah tidak percaya. Dia tidak boleh terima jika hal itu betul-betul berlaku. Sukar untuk dia menerima Idham sebagai kawannya lagi, jika Idham benar-benar telah mencuri telefon bimbit abang tirinya. Dia tidak suka berkawan dengan seorang pencuri.

“Bukan.” Lekas Idham menyangkal.

“Dah tu?” Semakin serius Fyrul bertanya demi mencari sebuah kepastian yang sebenar.

“Masa aku nak ambilkan bekas air kau kat bawah meja kau semalam, aku ternampak Fazura…” Idham mula resah untuk menghabiskan kata-katanya. Takut jika Fyrul tidak percayakan kata-katanya dan menganggap dia cuba memburuk-burukkan Fazura, adik tirinya.

“Nampak Fazura buat apa?” Desak Fyrul.

“Aku nampak dia masukan hand phone abang kau tu dalam beg kau,” Jelas Idham takut-takut.

“Apa?” Fyrul terkejut. Terbutang mata memandang Idham. Terlopong mulutnya mengadap Idham. Terkejut dengan apa yang diberitahu oleh Idham. Dia tidak menyangka, Fazura sejahat itu. Tapi… benarkah kata-kata Idham itu? Takkanlah Fazura sejahat itu untuk mengenakan dia?

“Aku harap kau tak fikir aku cuba memburukkan Fazura. Aku cakap apa yang aku nampak aje.” Jelas Idham sayu dan mengharap agar Fyrul mempercayai kata-katanya.

“Tapi… abang aku dah check hand phone tu dalam beg aku semalam. Tak ada pun hand phone tu dalam beg aku?” Tanya Fyrul hairan. Jika benar apa yang Idham beri tahu itu, mengapa semasa abangnya memeriksa beg sekolahnya, telefon bimbit itu tidak ditemui?

“Aku dah pindahkan hand phone tu ke tempat lain,” jawab Idham serba salah. Tertunduk wajahnya memadang lantai simen.

“Kau pindahkan ke mana?” Tanya Fyrul beria.

“Aku masukkan dalam beg Fazura balik, pagi tadi.”

“Apa?” Fyrul terkejut lagi. Semakin membuntang matanya memandang Idham.

Idham di depannya tertunduk-tunduk bersalah.

“Maaflah kalau aku buat kau marah. Bukan niat aku nak mendiamkan diri masa abang kau check beg kau semalam. Cuma aku takut nak bersuara. Takut abang kau belasah aku dan tuduh aku yang bukan-bukan. Aku tak nak keadaan semakin rumit.” Jelas Idham walaupun tidak ditanya.

Perasaan marah yang mula berputik di hati Fyrul tadi alih-alih saja mati selepas mendengarkan perjelasan Idham yang berniat baik itu. Ada betul juga tindakkan Idham mendiamkan diri semalam. Jika dia bersuara, secara tidak langsung, mungkin dia juga akan terlibat dalam kes itu. Semakin rumit pula.

Fyrul mula mengukir senyuman lalu dihadiahkan kepada Idham yang kelihatan serba salah dihadapannya.

“Dahlah, aku tak marah pun.” Kata Fyrul biasa. Senyuman terus diukir lalu dihadiahkan kepada Idham.

“Betul ke kau tak marahkan aku?” Tanya Idham inginkan kepastian.

“Betul.” Tiada apa yang ingin dimarahkan. Semuanya sudah berlaku. Masa, tidak bisa di ulang semula.

“Kenapa kau tak bagi tahu pada aku semalam sebelum kita balik kelas selepas makan?”

Idham terdiam. Bukannya dia tidak mahu memberi tahu. Jika Fyrul tahu lebih awal sebelum abang tirinya memeriksa begnya, dia takut Fyrul bakalan bergaduh dengan Fazura.

“Tak apalah. Aku tahu kau berniat baik nak tolong aku kan?” Akur Fyrul selepas melihatkan Idham senyap tidak menjawab. “Dahlah, jom balik kelas. Lambat pulak nanti.” Ajak Fyrul lalu mereka berdua melangkah seiringan menuju ke kelas mereka.


Bersambung BAB 14...


Segala nama watak dan jalan cerita adalah rekaan penulis semata-mata. Tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah mati. Jika ada nama tempat, syarikat, lokasi dan kata nama khas, penulis sekadar memasukan dalam konteks fiksyen semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan nama tempat, syarikat, lokasi dan kata nama khas yang sebenarnya.

Mungkin jalan cerita di dalam novel ini ada menyentuh sedikit sensitiviti sesetengah golongan. Jadi, anggaplah apa yang diceritakan sekadar untuk hiburan semata-mata. Harap maklum.

Mantap