Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 25 Jun 2014

MUNGKIN INI TAKDIRKU - BAB 16

| 16 |

PETANG itu, Fazura telah menghantar SMS pada Sabrina untuk bertemu di taman rekreasi yang ada tidak juah dari rumah mereka. Ada sesuatu yang ingin diluahkan pada Sabrina. Sesuatu yang menjadi kemarahan dan kebenciannya. Api kemarahannya masih membara dan menjulang tinggi. Ia perlu diluahkan segera supaya tidak semakin parah.

“Apa halnya kau nak jumpa aku petang-petang ni, Zura? Macam ada hal mustahak aje? Mana Intan?” Tanya Sabrina bertubi-tubi. Dia dapat melihat wajah Fazura masam mencuka ketika ini. Pasti ada sesuatu yang telah berlaku pada sahabat baiknya itu.

“Sengaja, aku malas nak ajak Intan sekali. Kau tahu jelah dia tu. Minah sengal. Lurus bendul.” Jawab Fazura acuh tidak acuh. Sempat lagi dia megutuk salah seorang kawan baiknya itu.

“Tak baik kau kutuk dia tau?” Sabrina membela Intan.

“Hisy, aku ajak kau jumpa ni bukan nak bercakap fasal Intan. Tapi aku nak cakap fasal si sotong kering tu.” Marah Fazura, benci. Pandangannya dibuang ke arah taman permainan yang ada di tengah taman rekreasi itu.

“Fyrul?” Sabrina ingin memastikan.

“Yelah, siapa lagi? Kau ni macam baru aje kenal aku semalam kan?” Luah Fazura bosan. Bosan bila terpaksa mengulangi ayat-ayat yang sama. Sabrina dijeling sinis.

“Kenapa dengan dia?”

“Ini yang aku bengang ni,” luah Fazura geram. Meluap-luap marahnya pada Fyrul.

“Fasal apa?”

“Hand phone abang aku.”

Sabrina terkejut.

“Kenapa dengan hand phone abang kau? Dah jumpa ke?” Tanya Sabrina beria-ia.

Fazura membuang pandanganya lagi ke arah taman permainan. Dalam bengangnya terselit juga rasa hairan. Hairan bila masa Fyrul memasukan telefon bimbit abangnya ke dalam bag sekolahnya.

“Dah.” Jawab Fazura sepatah.

“Kat mana? Dalam bag Fyrul ke?” Lekas Sabrina menanya.

Fazura mengeluh kasar lalu menggeleng perlahan.

“Dah tu?” Sabrina bertanya lagi.

“Dalam bag sekolah aku.”

Sabrina terkejut. Terlopong mulutnya memandang Fazura.

“Siapa yang jumpa hand phone tu dalam bag kau?” Beria Sabrina bertanya.

“Abang akulah.”

Sabrina sekali lagi terlopong. Terkejut. Tidak menyangka dengan apa yang berlaku.

“Dah tu, abang kau macam mana?”

“Macam mana apa? Dia maki hamun akulah. Nasib baik dia tak belasah aku. Dalam pada dia maki aku, sempat lagi dia membela si Fyrul bapok tak sedar diri tu.” Keluh Fazura. Ada nada terkilan dalam kata-katanya. Terkilan bila mempunyai seorang abang yang tidak pernah membelanya sebagai adik.

Sabrina terdiam tidak terkata apa-apa. Dia masih terkejut dengan apa yang telah berlaku pada Fazura. Dia tidak menyangka, rancangan jahat Fazura akhirnya memakan dirinya sendiri.

“Aku tahu, dia sengaja nak kenakan aku.” Luah Fazura, benci. Membuat fitnah hanya atas dasar naluri kata hatinya sahaja.

“Siapa ‘dia’ tu?” Tanya Sabrina hairan. Siapa ‘dia’ yang telah dimaksudkan oleh Fazura?

“Siapa lagi kalau bukan Fyrul,” Jawab Fazura bosan. Benci pada Sabrina kerana buat-buat tak tahu walaupun dia sudah tahu siapa yang dimaksudkannya sejak tadi.

“Dia tahu ke yang kau nak kenakan dia, semalam?” Tanya Sabrina hairan. Setahunya, rancangan jahat Fazura itu dia dan Intan sahaja yang tahu. Masakan Fyrul boleh tahu?

“Tak.” Sepatah Fazura menjawab.

“Dah tu, macam mana kau tahu Fyrul nak kenakan kau pulak? Sedangkan kau yang nak kenakan dia kan?”

“Kau ni begoklah Rina.” Rungut Fazura benci sambil merengus kasar.

“Alamak, dia dah speaking sinetron da…” Bisik Sabrina perlahan.

“Aku rasa, dia dah jumpa hand phone yang aku masukan dalam beg dia tu sebelum abang aku datang nak check beg dia. Lepas tu, dia simpan hand phone tu, dan hari ni dia masukan hand phone tu dalam beg aku balik secara senyap-senyap.” Itulah andaian Fauzra ketika ini.

Sabrina terangguk-angguk faham. Andaian Fazura itu mula dinilai satu per satu. Ada betulnya juga andaian Fazura itu. Mungkin Fyrul telah menemukan telefon bimbit itu lebih awal dan dapat menangkap, semua itu adalah taktik Fazura untuk mengenakannya. Jadi, Fyrul telah menyimpan telefon bimbit itu di tempat lain semasa Faizul memeriksa begnya. Dan hari ini, dia telah memasukkan telefon bimbit itu ke dalam beg Fazura semasa Fazura tiada di mejanya untuk mengenakan Fazura semula. Andaian itu di terima bulat-bulat oleh akal fikirkannya.

“Betul juga kata-kata kau tu erk? So, apa kau nak buat sekarang?” Tanya Sabrina ingin tahu apa rancangan terbaru Fazura untuk mengenakan abang tirinya itu.

Fazura tidak terus menjawab. Berkerut dahinya memikirkan sesuatu. Mindanya terus bekerja keras untuk merangka satu rancangan baru untuk mengenakan Fyrul.

“Wait and see…” Hanya itu sahaja jawapan Fazura buat setakat ini. Wajahnya mula mengukir senyuman sinis. Satu rancangan jahat mula terangka di dalam kotak fikirannya.

Sabrina terangguk-angguk akur. Dia tahu, Fazura sudah ada rancangan baru untuk mengenakan Fyrul. Dia hanya mampu tunggu dan lihat sahaja dan mengharap agar rancangan jahat Fazura selepas ini akan berjaya.





TELEVISYEN terpasang sendiri. Zach yang sedang duduk dikerusi panjang di depan televisyen itu langsung tidak fokus mindanya pada drama yang ditayangkan. Sebaliknya mindanya jauh menerawang entah ke mana. Memikirkan sesuatu yang mungkin akan menjadi kenyataan dan mungkin tidak sama sekali. Sebuah drama Melayu yang ditayangkan di kaca TV langsung tidak diendahkan. Hidupnya tenggelam dalam arus fantasinya sendiri ketika ini.

Lamunan yang mengasyikan dan membahagiakan itu terencat bila telefon bimbitnya tiba-tiba berdering. Dia terkejut. Dipandang telefon bimbitnya buat seketika sebelum dicapai.

“Siapa pulak yang call aku petang-petang macam ni? Kacau aku aje nak berangan,” rengus Zach sendirian. Skrin telefon bimbitnya di pandang. Dia mengeluh halus bila melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbitnya.

“Hello, ada apa kau call aku ni?” tanya Zach kasar.

Senyap. Zach mendengar kata-kata si pemanggil.

“Kau nak suruh aku buat apa?”

Senyap.

“Kau biar betul? Bayaran macam mana?”

Senyap. Tertunduk-tunduk Zach mendengar. Kata-kata dari si pemanggil didengar dengan teliti.

“Okey. Aku tak kisah. Janji bayarannya kau bayar separuh dulu. Aku tak suka aku dah buat kerja, bayarannya kemudian. Aku tak nak macam tu. Aku nak kau bayar aku separuh dulu. Baru aku buat kerja aku.” kata Zach serius nadanya. Seolah memberi amaran dan mengingatkan.

Senyap lagi. Zach tersengih-sengih puas.

“Kalau dah deal, bila kau nak aku buat kerja bodoh tu? First time aku buat kerja yang aku boleh anggap bangang macam ni.” Luah Zach sambil tergelak-gelak.

Senyap.

“Okey, kerja akan aku buat selepas kau bayar aku.”

Senyap.

“Okey, bye.”

Panggilan ditamatkan. Zach tersengih puas sendirian. Ada tugasan baru untuknya esok. Tugasan yang membawa keuntungan. Walaupun untungnya tidak banyak, janji dia dapat duit untuk teruskan hidup.




Bersambung BAB 17...


Segala nama watak dan jalan cerita adalah rekaan penulis semata-mata. Tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah mati. Jika ada nama tempat, syarikat, lokasi dan kata nama khas, penulis sekadar memasukan dalam konteks fiksyen semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan nama tempat, syarikat, lokasi dan kata nama khas yang sebenarnya.

Mungkin jalan cerita di dalam novel ini ada menyentuh sedikit sensitiviti sesetengah golongan. Jadi, anggaplah apa yang diceritakan sekadar untuk hiburan semata-mata. Harap maklum.



Mantap