Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 26 Jun 2014

MUNGKIN INI TAKDIRKU - BAB 17

| 17 |

KEADAAN dalam kelas riuh rendah. Hampir setengah jam waktu subjek Bahasa Melayu sudah berlalu. Tapi, tiada seorang guru pun yang datang menganti. Semenjak Cikgu Fauziah berpindah sekolah, guru kelas yang mengajar bagi subjek Bahasa Melayu sering kali bertukar-tukar. Hal itu menyebabkan pembelajaran setiap bab tergantung.

“Mana cikgu kita ni Zahid?” tanya Fyrul bosan pada Zahid yang duduk di sebelahnya.

Zahid yang sedang kusyuk dengan buku latihannya tersentak kecil.

“Mana aku tahu. Kau ingat aku pengetua sekolah ni ke? Nak ambik tahu pasal cikgu-cikgu baru yang bakal masuk mengajar kat sekolah ni?” jawab Zahid biasa. Walaupun kedengaran nadanya tenang. Tapi jika dinilai erti katanya, terlalu tajam menusuk ke kalbu.

Fyrul mencebikan bibirnya. Malas untuk menganggu fokus sahabat sekelasnya itu. Novel Di Hadapan Pulau, ditatap kosong tanpa dibaca. Novel karya A. Samad Said yang berkisahkan tentang suka duka segelintir penduduk di sebuah kampung ketika di zaman peperangan dunia kedua dulu, sudah habis dibaca. Novel wajib baca bagi pelajar tingkatan empat di sekolahnya untuk subjek Bahasa Melayu sastera.

Walaupun sudah habis dibaca sebanyak dua kali. Ada beberapa perenggan, ayat dan perkataan yang masih tidak difahami dari segi penggunaan ayat, makna perkataan dan ayat-ayat sasteranya. Hal itulah yang ingin ditanyakan kepada bakal cikgu barunya nanti.

Fyrul mengerling Rizal di sebelah kirinya. Terlentok-lentok kepala lelaki itu dek menahan ngantuk. Seawal jam sembilan pagi, Rizal sudah tertunduk-tunduk bagai belatuk melayan rasa mengantuknya. Itulah tabiat buruk Rizal yang sering dipamerkan tatkala dia ada peluang untuk tidur.

“Takkan kau tak tahu, Zahid. Takkan kau tak dengar cerita, cigku baru yang bakal menggantikan Cikgu Fauziah tu lelaki ke… perempuan?” Tanya Fyrul selepas agak lama diam. Dia kebosanan, sebeb itu dia sengaja mengacau fokus Zahid.

“Hisy kau ni Fyrul. Kan aku dah cakap tadi, aku bukannya pengetua.” Bentak Zahid separa menjerit. Terganggu fokusnya.

Fyrul bersungut perlahan. “Elleh, aku tanya aje nak marah. Tak spoting langsung. Benci.” Rungut Fyrul sambil menjeling sinis.

“Aku ada dengar juga Cikgu Ismail cakap semalam. Cikgu baru yang bakal mengantikan Cikgu Fauziah nanti, cikgu lelaki. Cikgu dari bandar.” Jawab Zahid tiba-tiba selepas rasa bersalah meninggikan suara pada Fyrul tadi.

Mendengarkan jawapan Zahid itu, Fyrul tersenyum. “Betul ke?” Tanya Fyrul beria. “Bujang ke… dah kahwin.” Sambung Fyrul lagi.

“Amboi kau.” Zahid melirik pada Fyrul. “Pantang erk? Aku dengar aje. Tak tahulah betul ke tak. Kalau pasal status perkahwinan cikgu baru tu… aku tak tahu. Sebab, aku tak sempat nak tengok biodata penuh dia. Nanti, kalau dia dah masuk kelas ni, kau tanyalah.” Jelas Zahid kembali menatap buku latihannya.

“Saja aku tanya. Zaman sekarang ni, susah nak dapat cikgu lelaki masih bujang. Kalau ada pun yang dah tua-tua bangka baru nak mengajar. Bosan.” Luah Fyrul, bosan.

“Nak buat macam mana. Dah dalam Malaysia ni, cikgu perempuan lebih ramai dari cikgu lelaki. Entahlah, ke manalah lelaki-lelaki kat Malaysia ni erk? Tak ada yang berjiwa pendidik langsung.” Tiba-tiba Zahid mencelah.

“Elleh, dari manalah fakta kau dapat tu. Kau tak baca ke kat blog-blog internet? Ada motif diskriminasi dalam pemilihan calon yang nak menyambung pelajaran dalan ijazah sarjana muda pendidikan. Kat luar sana tu, beribu-ribu lelaki lepasan SPM dan STPM yang apply nak masuk UPSI dan IPTA dalam kursus pendidikan tau? Tapi permohanan mereka semua ditolak selepas wujudnya Malaysin Eductors Selection Inventory (MEdSI) atau interview saringan yang lain.

Hakikatnya ramai lelaki-lelaki yang apply course tu. Cuma… yelah, manusia kan? Tak banyak pun, mesti ada sikit pemikiran kolot. Bila nampak lelaki lembut sikit aje, terus cop sebagai role model yang tak baik. Lelaki-lelaki lembut ni kononnya akan mempengaruhi pelajar-pelajarnya untuk berkelakuan seperti mereka.

Orang kita ni, sibuk nak bangunkan negaralah. Nak majukan negaralah. Nak naikan nama negaralah. Tapi masih berfikiran sempit dan suka diskriminasi terhadap sesebuah golongan. Disebabkan penolakan permohonan mereka nilah, ramai golongan ini ke kancah negetif. Bila dah melarat, baru sibuk nak benteras. Buang masa.

Ingat apa, golongan lelaki selembut sutera ni, mereka ingat semuanya negetif ke? Kalau nak tahu, golongan macam nilah yang lebih serius dalam mendidik pelajar-pelajar. Tak akan sesekali mencampur adukkan hal peribadi dan hal luar dalam sekolah. Ni tidak, sibuk pentingkan guru lelaki yang keras-keras. Bila timbul isu cikgu ada skandal dengan pelajar, gangguan seksual dan membuntingkan pelajar. Baru sibuk nak menunding jari kepada ibu bapa. Yang kononnya tak mendidik anak dengan betul.

Kalau golongan lelaki lembut ni jadi cikgu. Tak akan ada timbul hal-hal macam ni. Cikgu baling kerusilah. Skandallah. Syok sendirilah. Ah! Please.” Keluh Fyrul tersangat hampa dengan sistem kemasukan pelajar ke IPT untuk jurusan pendidikan. Mereka seolah pilih kasih dan memilih bulu.

“Amboi, panjang lebar kau berceramah.” Kata Zahid sambil tergelak-gelak. Bulu latihannya ditutup. Wajah Fyrul di pandang lama.

“Kau kena ingat Fyrul. Mungkin, pihak kementerian ada alasan lain kenapa dia buat interview dan penapisan tu semua. Mungkin sudah terlalu ramai cikgu lelaki lembut kat Malaysia ni. Sebab tu ia perlu ditapis. Cuba bayangkan, kau jadi cikgu, tapi student kau sibuk kata kau, pondanlah, bapoklah dan lain-lain. Kau tak rasa sakit hati ke? Tak fasal-fasal timbul istilah, ‘cikgu lembut mengamuk kat sekolah’. Kan lagi susah?” Zahid meluahkan pendapatnya. Ada beberapa fakta Fyrul tadi di anggap salah.

“Lantaklah, kalau student aku tu nak cemuh atau ejek aku. Yang penting, subjek yang aku ajar tu dia orang perlu skor. Aku tetap menganggap, hal ini pasti ada diskriminasinya.” Fyrul tetap dengan pendiriannya.

“Suka hati kaulah Fyrul. Aku tak boleh nak mengiakan kata-kata kau dan malas nak panjang lebarkan ulasan kau tadi yang sememangnya berjela.” Perli Zahid.

Fyrul hanya mencebik.


Bersambung BAB 18...



Segala nama watak dan jalan cerita adalah rekaan penulis semata-mata. Tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah mati. Jika ada nama tempat, syarikat, lokasi dan kata nama khas, penulis sekadar memasukan dalam konteks fiksyen semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan nama tempat, syarikat, lokasi dan kata nama khas yang sebenarnya.

Mungkin jalan cerita di dalam novel ini ada menyentuh sedikit sensitiviti sesetengah golongan. Jadi, anggaplah apa yang diceritakan sekadar untuk hiburan semata-mata. Harap maklum.


Mantap