Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 26 Jun 2014

MUNGKIN INI TAKDIRKU - BAB 18

| 18 |

IDHAM menyuap makanannya pelahap sekali. Semalaman dia tidak menjamah makanan. Terasa enak masakan Fyrul melintasi kerongkongnya.

“Nah ambik air ni, minum. Aku tengok kau macam nak tercekik aje makan tu.” Pelawa Fyrul sambil menghulurkan bekas airnya kepada Idham.

Idham mencapai bekas minuman itu perlahan. Isinya diteguk rakus. Hari ini, manu bekal Fyrul bukan nasi goreng seperti kebiasaannya. Tetapi sekadar bihun goreng. Apa yang pasti, sambal sotong tidak pernah tertinggal.

Idham terbatuk-batuk. Dada ditepuk perlahan. Melancar salur makannya yang sedikir sesak sebentar tadi. Pedas sambil sotong menerjah salur penafasanya membuatkan dia tersedak dan pedas dibahagian hidung. Berair matanya menahan pedas.

“Idham, kau ni kenapa? Gelojoh sangat makan hari ni? Kan dah tersedak. Berair mata kau tu,” tanya Fyrul hairan. Hairan melihatkan Idham yang begitu perlahap menjamah makanannya hari ini. Kebiasaannya, tidak.

“Aku lapar sangat, Fyrul. Semalam petang sampailah ke pagi ni aku tak jamah apa-apa makanan.” Jawab Idham lancar. Tanpa disedari, dia telah terlanjur kata. Dia bersungut kesal. Kesal dengan jawapannya itu. Apa yang akan dia beri sebagai jawapan jika Fyrul menanyakan soalan yang bukan-bukan sebentar lagi?

“Kau tak makan dari semalam petang? Sampai pagi ni?” Tanya Fyrul terkejut. Membutang matanya memandang Idham. “Kenapa kau tak makan?” Tanya Fyrul cemas bersulam risau.

Idham gagau sambil berdehem menghilangkan perit pedas pada anak tekaknya. Rasanya sangat memeritkan. Walang seketika hatinya untuk mencari jawapan untuk pertanyaan Fyrul itu. Selain itu, dia juga berasa serba salah sama ada ingin berterus terang atau terus merahsiakan.

“Semalam, seharian aku sakit perut. Tak lalu nak makan. Pagi nilah baru aku rasa okey sikit.” Idham memilih untuk menipu.

“Lorr… ye ke? Kok ye pun lapar sangat, janganlah pelahap sangat makan. Bila tersedak macam ni, kan susah. Nasib baik kau tak sesak nafas ke, tercekik ke. Aku jugak yang susah nanti tau?” Keluh Fyrul sambil menggeleng-gelengkan kepala. Makananya masih belum dijamah. Sekadar dimain-mainkan dihujung garfunya sahaja.

Idham tersengih lalu menyambung semula suapannya. Perutnya masih lapar. Seleranya masih belum puas menjamah makanan masakan Fyrul yang sememangnya sedap dan menyelerakan itu.

“Risau jugak kau pada aku kan?” Tanya Idham bangga. Selama ini tiada siapa yang merisaukan dia selain keluarganya. Adanya Fyrul sebagai kawannya, dia berasa sangat bersyukur. Bersyukur kerana ALLAH telah megutuskan Fyrul untuk menjadi rakan sejatinya.

“Eh, tak ada maknanya aku nak risaukan kau. Aku cuma risau kalau kau tetiba rebah tak sedarkan diri kat Taman Herba ni. Dahlah kat sini tak ada orang lalu lalang. Satu kerja pulak aku nak bekejar ke bilik guru panggil cikgu sebab kau pengsan kerana tercekik kat sini.”

“Sampai hati kau erk? Kau lebih risaukan diri kau dari aku. Selfish betul kau ni.” Keluh Idham seolah merajuk.

“Eleh, nak merajuk konon. Buruknya lelaki merajuk. Tak gentlemen langsung.” Perli Fyrul sambil melirik memandang Idham.

“Oh, kalau lelaki merajuk tak gentlemen erk? Entah apa-apa manusia yang buat istilah tu. Mustahillah manusia tak pernah merajuk. Kalau tak boleh merajuk, kenapa ALLAH tu bagi perasaan tu kat semua manusia, kan? Mesti ada sebabnya. Istilah gentlemen dan macho ni, ciptaan manusia. Manusia yang suka hidup dalam dunia hipokrit. Belagak konon-konon macho. Walhal, dia orang nilah yang paling kuat merajuk.” Jelas Idham panjang lebar mengenai istilah ‘lelaki macho tidak sesuai merajuk’. Hal ini akan menghilangkan kemaskulinan seseorang lelaki itu katanya. Fakta itu langsung tidak boleh diterima oleh Idham. Sebagai manusia biasa kita ada hak untuk merajuk asalkan bertempat.

“Amboi, berfalsafahlah kononnya ya?” Perli Fyrul lagi.

“Ini bukan falsafah. Ini pandangan aku. Orang putih cakap opinion.”

“Aku tahulah tu. Tak perlulah kau nak perjelaskan dalam Bahasa Inggerisnya pulak. Biasalah manusia zaman sekarang ni lebih banyak hidup dalam dunia hipokrit demi untuk di pandang mulia dan tinggi. Walhal, pada hakikatnya, golongan macam nilah yang paling rendah martabatnya. Hidup dalam kepura-puraan.” Fyrul menyokong kata-kata Idham tadi.

“menggata aku, kau pun sama. Sekali imbas dah macam pakar motivasi pulak aku dengar. Boleh buat talk show sendiri ni. Ala-ala ‘Jangan Tidur Dulu’ tu. Pasti gempak talk show kau tu nanti.” Idham mengusik sambil tergelak-gelak.

“Apa pulak ala-ala ‘Jangan Tidur Dulu’? Aku nak buat ala-ala ‘Forum Perdana’. Baru ada faedah. Selain dapat ilmiah, dapat juga menginsafkan diri. Tak gitu?” Usik Fyrul balik.

“Apa-apa ajelah kau ni,” balas Idham tergelak-gelak. Malas dia mahu memanjangkan cerita. Fyrul turut tergelak.





TELEFON bimbit hampir lima minit berdering. Bunyinya semakin membingitkan telinga. Zach merengus kasar persis seekor beruang. Kesilauan cahaya mentari dari luar tingkap membuatkan matanya pedih dan berair. Tangannya meraba-raba meja yang ada di tengah-tengah ruang tamu itu. Mencari telefon bimbitnya yang terus menjerit melaungkan bunyi nada dering.

Zach membuka kecil kelopak matanya melihat pada skrin telefon bimbit. Nombor yang tidak pernah tersimpan dalam sim kad telefon bimbitnya tertera. Berkerut dahi Zach cuba mengecam nombor itu.

“Hello.” Sapa Zach lesu.

“Hello, kau baru bangun?” Tanya si pemanggil menjerit-jerit dari sebelah sana.

“Ha kau, ingatkan siapa tadi.” Selepas mendengar suara si pemanggil itu, barulah Zach dapat mengecam siapa pemanggilnya itu. Rakan komplotnya.

“Apasal suara kau serak-serak ni? Kau baru bangun tidur kan?”

“Apa hal kau call aku pagi-pagi ni?” Tanya Zach lesu.

“Pagi? Kepala otak kau pagi! Kau tahu tak? Lima minit lagi pukul 12.30 tengah hari? Kau lupa ke rancangan kita?” Tanya si pemanggilnya melengking suaranya.

“Aku ingatlah. Kau ni kecohlah minah. Aku tahulah bila aku nak bertindak. Dah kerja aku. Tahulah aku nak mulakan macam mana. Yang kau risau sangat ni apa hal?”

“Mana aku tak risau? Aku nak benda ni cepat mula dan cepat habis. Aku dah bengang gila dengan budak tu.”

“Peh, kau ingat kerja gila ni boleh settle dalam masa dua, tiga hari ke? Kau tahu tak ini kerja gila yang pernah aku buat? Seumur hidup aku tak pernah aku nak buat kerja ni ni. Kalau dia betul-betul syok pada aku macam mana?” Zach meluahkan kebimbanganya mengeni kesan rancanganya jika rancanganya berjaya.

“Lagi bagus. Kau jadilah couple dia terus. Bahagia hidup kau.” Jelas si pemanggil sambil tergelak-gelak.

“Kepala otak kau berjambul. Kau gila ke apa? Sejahat-jahat aku ni, aku tak pernah buat benda ni tau?” Bentak Zach. Mata yang layu dek terasa mengantuk yang bersisa tiba-tiba menjadi segar bugar.

“Itu semua pandai-pandailah kau nak control feeling kau tu. Kau nak pasang pendinding ke, nak pakai tangkal ke. Itu terserah kau. Apa yang aku nak, benda ni cepat dimulakan. Kau buatlah sampai dia lentok-lentok kat kau.” Jelas si pemanggil keras.

“Bayarannya?” Zach mengungkit.

“Nanti aku kasilah kau. Boleh tak kau jangan risau? Kerja tak buat lagi dah nak tuntut bayaran. Orang kalau baru kerja pun, hujung bulan baru dapat duit tau? Kau belum buat apa-apa dah nak tuntut bayaran. Buat kerja tu dulu!” Bentak si pemanggil.

“Okey, kalau kau tak bayar, nahas kau.” Zach memberi amaran.

‘Tut…tut…tut…” Panggilan ditamatkan.

“Kurang asam minah ni. Aku belum habis cakap dia add call? Mangkuk tandas betullah.” Bentak Zach bengang. Bengang bila panggilan diputuskan tatkala dia belum habis bercakap.

Zach mengaru kepalanya. Ragu-ragu dengan kerjanya. Was-was sama ada dia boleh lakukan atau tidak kerja yang telah ditugaskan padanya.

“Boleh ke aku buat perkara bodoh ni? Geli geleman aku.” Getik Zach kegelian.

Alah Zach, merompak, menyeleweng, memperkosa dan menyamun kau boleh buat. Takkan sekadar nak mainkan hati seorang insan kau tak boleh? Kau kan kacak, macho dan maskulin. Sesiapa pun boleh cair dengan ayat-ayat power kau tu. Kata-kata hati jahat Zach mula mengalunkan kata hasutan.

Zach mula mengukir senyuman. Tiada apa yang tidak boleh dia lakukan. Semua kerja jahat telah dia lakukan. Setakat ingin menghancurkan hati seorang insan yang tidak pernah bersalah padanya, itu bukan kerja susah. Semuanya hanya dihujung jari. Tiba-tiba Zach memetik jarinya, tanda dia yakin rancangannya akan berjalan lancar dan berhasil.

Sekejap kemudian dia mula menyusun langkah menuju ke bilik air. Dia perlu bersiap-siap untuk melancarkan rancangan jahatnya. Tidak sabar pula ingin meraih habuannya nanti.





SABRINA memandnag Intan, hairan. Kemudian dia berkalih memandang ke arah meja Fazura di sebelahnya. Kosong. Ke manalah Fazura ni pergi? Sabrina tertanya sendiri. Beberapa saat kemudian, Fazura muncul di muka pintu. Keadaan dalam kelas agak riuh rendah. Cikgu Shila yang mengajar subjek Bahasa Inggeris ada musyuarat tengah hari ini. Jadi, dia tidak dapat mengajar.

“Kau ke mana Zura?” Tanya Sabrina selepas Fazura kembali duduk di tempat duduknya.

Fazura menjeling sinis pada Sabrina sambil tersengih puas. “Aku ke toilet kejap.” Jawab Fazura nak tak nak.

“Amboi, ke toilet lama gila? Kau ke toilet ke… sibuk mengintai Andy kat dalam kelas dia?” Perli Sabrina serkap jarang.

“Hisy, tolonglah. Tak kuasa aku nak mengintai anak teruna orang.” Sangkal Fazura lekas. “Kalau aku nak jumpa dia, aku terus aje pergi kelas dia. Tak perlulah nak mengintai-ngintai macam kau.”

“Masalahnya, Andy tu teruna lagi ke?” Tiba-tiba Intan mencelah.

Fazura dan Sabrina saling berpandangan. Terkejut dengan pertanyaan Intan itu. Perlahan-lahan Fazura dan Sabrina memandang hairan pada Intan.

“Yelah, macamlah kau tak tahu. Si Andy tu kan playboy sekolah ni. Sah-sahlah dia sering bertukar pasangan.” Menggelabah Intan menjelaskan bila direnung oleh Fazura dan Sabrina serentak.

“Kau ni Intan sesuka hati aje menuduh. Kau ingat Andy tu jenis yang suka meragut kesucian orang ke? Dia cuma main-main aje dengan perempuan-perempuan yang duk tergedik-gedik dengan dia tu. Dia tak pernah nak buat benda-benda tak senonoh tau.” Fazura menyangkal. Yakin dengan kata-katanya.

“Macam kau kan?” Sabrina mencelah.

“Sengal!” Kepala Sabrina ditunjal kasar oleh Fazura. Berdecit-decit dia kesakitan.

“Aku ni bukan jenis tergedik-gedik kat Andy tu tau?”

“Alah, yang kau confident sangat cakap Andy tu jenis tak merosakkan kehormatan orang apa hal? Kau ada bukti ke? Lelaki Zura, macam kucing. Takkan nak tolak ikan yang dah kat depan mata?” Sabrina sangsi dengan belaan Fazura terhadap Andy tadi.

“Kan abang aku sekelas dengan dia. Aku tahulah. Abang aku cakap Andy bertukar-tukar perempuan tu bukan dia jadikan awek. Dia sekadar bertaruh dengan kawan-kawan dia aje. Kalau dia berjaya mainkan hati budak perempuan tu, dia dapatlah duit taruhan.”

“Yelah tu.” Rengus Sabrina buat-buat percaya. Padanya, lelaki semua sama saja. Suka ambil kesempatan kepada kaum Hawa.

“So, apa cerita pasal si sotong kering tu?” Sabrina menukar topik perbualan. Intan yang terus membisu di sebelah Fazura dijeling sekilas.

Fazura mengukir senyuman puas. Dia sudah merancang sesuatu untuk mengenakan Fyrul. Sesuatu yang akan memberi kesan yang paling teruk dalam hidup Fyrul. Dia pasti rancangannya nanti akan membuatkan Fyrul akan dibenci oleh semua orang.

“Kau tunggu dan lihat saja.” Jawab Fazura sinis.

Sabrina dan Intan saling berpandangan. Langsung tidak memahami maksud sebenar di sebalik kata-kata Fazura itu. Tapi mereka tahu, pasti ada sesuatu yang keji akan dilakukan oleh Fazura terhadap Fyrul tidak lama lagi.




Bersambung BAB 19...


Segala nama watak dan jalan cerita adalah rekaan penulis semata-mata. Tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah mati. Jika ada nama tempat, syarikat, lokasi dan kata nama khas, penulis sekadar memasukan dalam konteks fiksyen semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan nama tempat, syarikat, lokasi dan kata nama khas yang sebenarnya.

Mungkin jalan cerita di dalam novel ini ada menyentuh sedikit sensitiviti sesetengah golongan. Jadi, anggaplah apa yang diceritakan sekadar untuk hiburan semata-mata. Harap maklum.


Mantap