Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 3 Ogos 2014

Ulasan Filem: Guardians Of The Galaxy



Lama dah tak buat review filem. Bukan sebab tak ada masa. Cuma malas ya amat selain busy mengerah otak untuk buat novel. Kali terakhir review filem Spiderman kalau tak silap. Nampak tak betapa lamanya dah tak mereview? :)

Okey kali ni aku review filem aksi dari Marvel ini. Sebagai seorang pengemar filem aksi, aku merasakan filem ini amatlah menarik untuk ditonton. Lebih-labih lagi filem ini mengabungkan elemen aksi, suspens dan humor yang boleh dikatakan ada untuk setiap minit . Disebabkan watak utama di dalam filem ini ala-ala macam banyak, nama hero utamanya pun aku lupa. HAHAHA... 

Menguap? Sejujurnya ada juga part menguap. Minit-minit pertama aku dah menguap bila dijamu dengan babak sedih bila ibu Peter mati akibat penyakit yang aku tak pasti penyakit apa. Lepas ibu dia mati tetiba dia kena culik dengan penjenayah angkasa lepas yang berwarna biru. Namun, babak ibu Peter mati tulah jantung cerita ini.

Dah nama filem fiksyen dan aksi, jadi adalah watak-watak aneh muncul dalam filem ini. Aku tak berapa pasti filem ini mengambarkan suasana tahun bila, yang pasti bukan Suasana Hari Rayalah ye? Tapi aku rasa zaman canggihlah. Sebab manusia boleh pergi pelenet lain dah macam naik bas ekspress. Sekejap je sampai. Imaginasi orang barat memang tak terjangkau gitu. Malaysia punya filem? Balik-balik hantu yang muncul dari kubur berasap. AHAHAHA... 

Filem ini kisah ikatan persahabatan. Mengajar kita betapa sikap setiakawan itu penting dalam apa jua tindakan atau keputusan yang dibuat. Walaupun perkenalan mereka berlima dimulai dengan pertengkaran disebabkan perebutan batu infiniti tu, namun hujungnya mereka menjadi sebuah kumpulan yang hebat untuk menjaga galaxy ini. Batu infinity yang penuh berkuasa itu berjaya diserahkan kepada pihak yang bertanggung jawab.

Mujur Ronan (watak jahat), dapat ditewaskan . Walaupun watak jahat berjaya ditumpaskan, namun di hujung cerita muncul tajuk 'Guardians Of The Galaxy Return'. Maksudnya apakah itu??? Tunggu ajelah tahun depan atau dua tahun lagi kalau ada kemunculan sambugannya dan menurut peminat cerita ni akan ada sambungan. Tunggu dan lihat sahajalah.

Apa-apa pun dari 5 bintang aku kasi 4 bintang sebab bagi aku elemen humor, aksi, dan persahabatan yang digaul menjadi satu di dalam filem ini membuatkan filem ini menarik dan berjaya mengusir ngantuk aku bila ada babak kelakar. Tak rugi tengok!







Mantap