Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 21 Ogos 2014

Ulasan Filem: LUCY



FILEM ni banyak guna fikiran. Mengisahkan prihal penggunaan otak seorang manusia. Dari filem ni korang akan tahu, makhluk yang paling banyak guna otaknya adalah, ikan lumba-lumba. Manusia pun guna fungsi otak sikit aje. Kalau manusia boleh guna 100% fungsi otak dia, seseorang itu boleh jadi macam Lucy ni. 

Dari filem ni kita boleh tahu dari sisi fiksyennya, yang mengawal semua benda di dalam dunia ini bukan molekul atau jirim. yang mengawal dunia ini sebenarnya, MASA. Kenapa masa? Kenapa tak chips komputer? Kenapa tak sebuah komputer atau sebagainya? Ia akan terungkai dari filem ini. Disebabkan empat bungkus dadah jenis terbaru yang diberi nama CHC4 kalau tak silap. Kalau silap maaf lah ya? Dadah jenis ni hanya boleh didapati dalam badan wanita mengandung semasa proses pembentukan tulang janinnya kalau tak silaplah. kalau overdose boleh bawa kematian.

Dadah ni paling power. Siapa guna boleh buat seseorang itu menggunakan otaknya melebihi tahap yang sepatutnya. Lucy dalam cerita ni adalah 'kambing hitam' untuk menghantar dadah jenis ni kepada pembeli. Dadah tu disimpan dalam usus dia.

Tapi entah macam, dia kena tangkap, dan dibelasah, sampaikan bungkusan dadah tu pecah dalam perut dia, dan masuk dalam sistem darah dia terus dia jadi power. Power dia setiap saat akan bertambah.. Dia boleh rasa balik apa yang berlaku pada diri dia sejak dia janin lagi. Sampailah satu tahap dia boleh kawal semua molekul dan jirim yang ada di sekitarnya.

Part paling best, masa dia nak dapat kuasa sepenuhnya, dengan memasukan keempat-empat bungkusan dadah biru CHC4 tu ke dalam badan dia supaya dia boleh guna otak dia 100%. Masa part dia undurkan waktu tu, dia dapat lihat bagaimana bumi ini terbentuk dan bagaimana alam ini terbentuk. Dia dapat tengok dari kaca mata seorang tuhan kononnya. Menarik!

Ending dia? Dia akan berada di mana-mana. Apa maksud dia berada di mana-mana tu? Kenalah tengok sendiri. 

Dari 5 bintang aku kasi 3.2 bintang. Tak ada part yang buat aku mengantuk, tapi rasa bosan tu ada sikit. Terbaik!!!








Mantap