Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 28 September 2014

Ulasan Filem: DARK HOUSE (2014)



Sebuah filem seram yang... bolehlah. Awal cerita banyak babak-babak dialog yang melibatkan kelebihan si hero yang aneh. Bila masuk plot dia mencari rumah yang telah diwasiatkan kepada si hero yang bernama Nick tu, barulah plot cerita berkembang. Kalau tak, balik-balik pasal Nick dengan wife dia dan BFF dia yang tinggal satu rumah.

Sebuah rumah lama yang dah bergalih tapak dek banjir besar yang pernah melanda kawasan pendalaman itu menjadi misteri kerana struktur binaannya masih cantik. Cuma rumah tu dah dihanyutkan sampai ke tengah hutan.

Hasil carian dengan bantuan tiga pekerja dari pejabat tanah telah menemukan rumah lama itu. Cerita ni banyak helah. Lebih bermain dengan trick plot yang endingnya macam tak disangka-sangka. Kemunculan sekumpulan lelaki berkapak di sekitar rumah itu menimbukan suasana cemas bila setiap dari lelaki berkapak itu memburu mereka. Situasi jadi cemas bila salah seorang pekerja dari pejabat tanah tu menjadi korban pertama. 

Apa yang pasti, selepas Nick, isterinya dan kawannya menjejakan kaki di kawasan pendalaman tu, mereka tak boleh keluar dah. Pusing-pusing duk sampai ke kawasan rumah lama tu lagi. Ada keanehan berlaku bila mana pekan yang sebelum ni ramai penduduk tiba-tiba sepi. Rupa-rupanya pekan tu memang tak ada orang! Manusia-manusia yang mereka temui di sebuah restoran sebelum ni sebenarnya.... IBLIS!! Hebat tak permainan filem ni?

Penemuan mayat salah seorang pekerja pejabat tanah yang mati tu telah membongkar satu rahsia. Rupa-rupanya manusia-manusia yang ada di dalam kawasan pendalaman itu bukan manusia sebenar! Sebaliknya??? Hanya dua orang sahaja manusia sebenar. Siapa manusia sebenar tu? Yang mana iblis? Dan yang mana malaikat? Semuanya akan terjawab dalam filem ni.

Hujung cerita akan terjawab, apa kaitan Nick dengan rumah lama itu. Ending nya aje best. Permulaan dia agak slow dan buat aku menguap sampai meneteskan air mata. Punyalah gigih aku tahan kelopak mata supaya tak terlelap. Keji tak?

Dari 5 bintang aku kasi 2.5 bintang untuk filem ini.





Mantap