Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 12 September 2014

Ulasan filem: The Maze Runner




Menonton filem ini anda akan rasa seperti menonton filem The Hunger Games. Jalan ceritanya hampir sama. Awal cerita agak slow sebab banyak dialog tapi tak mengantukan aku. Mungkin disebabkan setiap dialog penting untuk aku mengetahui apa kaitan dialog mereka untuk plot-plot yang seterusnya, sebab tu aku macam tak ada masa nak melelapkan mata. Menguap? Pada minit-minit awal adalah beberapa kali aku menguap. Tapi tak sampai tahap mata kuyu tak boleh dibuka.

Filem ini bermain dengan helah (trick) yang mana setiap apa yang berlaku ada kaitan di masakan akan datang. Terperangkap di satu kawasan kecil seperti pulau, membuatkan mereka-mereka yang ada di kawasan ini kebuntuan untuk meneruskan hidup sendiri. Lastly, setiap manusia yang dicampak ke kawasan kecil ini mejalani hidup sendiri persis manusia di zaman batu. Ada peraturan dan undang-undang yang mereka cipta.

Namun, kemucnulan Thomas dan Terissa (kalau tak silap) telah mengubah nasib mereka yang tersekat di kawasan kecil itu sejak tiga tahun lalu. Untuk keluar dari kawasan terperangkap tu, setiap dari mereka perlu melalui jalan maze atau jalan serabut yang mana setiap dari mereka perlu menyelesaikan jalan maze/serbut itu untuk menemui jalan keluar yang sebenar. Yang kejinya, jalan maze tu akan berubah setiap kali malam menjelma. Gigihlah Minho (salah seorang mangsa yang dicampakan ke kasawan ini) buat kajian jalan-jalan yang berjaya dia lepasi untuk menuju ke jalan keluar setiap hari, namun jalan maze tu akan berubah setiap kali malam menjelma. So, rasa macam sia-sia aje kerja dia cari jalan keluar tu selama ni.

Tapi, selepas muncul Thomas, terus nasib hidup mereka berubah. Yang mati tu biarlah mati, yang hidup teruskan hidup untuk mencari jalan ke luar. Akhirnya selepas berhempas pulas mencari jalan ke luar dan menghapuskan makhluk robot seperti labah-labah tu, (aku lupa apa nama labah-labah tu) mereka berjaya juga menemukan jalan ke luar. Ada babak sedih di hujung cerita bila salah seorang dari mereka yang baik dengan Thomas mati disebabkan mahu selamatkan Thomas. Menitis juga air mata ku sedikit dikala menonton babak tu.

Ending cerita, helah yang mereka lakukan rupa-rupanya... nak tahu kenalah tengok sendiri. Walau bagaimana pun ini baru maze pertama. Menurut watak terakhir, akan ada fasa ke dua untuk Maze Runner ni. So, sama-samalah kita nantikan The Maze Runner 2, tahun depan atau akan datang.

Dari 5 bintang aku mampu kasi 3 bintang sahaja. Suspens dalam cerita ni memang menjadi. Cuma bagi aku tak terasa ohsemnya...





Mantap