Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 8 Oktober 2014

Pernah tak anda SYOK SENDIRI di laman sosial?


Pernah tak anda minat seseorang di Facebook atau laman sosial yang lain? Sampai uolls gigih stalker segala status dia, like segala gambar-gambar dia, like status-status dia. Sampaikan setiap komen dia pun uolls gigih like. Wal hal tak ada kena mengena pun dengan uolls. Semuanya uolls lakukan sebab apa? Sebab tahap keminatan uolls pada si polan atau polinah tu terlalu tinggi sampaikan uolls nak tahu sangat perkembangan terkini dia. Kalau dia updated status pasal kecewa, uolls pun gigih search kata-kata semangat kat Google, tempek kat ruang komen dia. Malangnya dia like pun tak. Inikan pulak nak reply komen uolls siap bertag nama uolls.

Sampaikan dia update pasal berak sembelit pun uolls gigih like dan komen siap suruh beli ubat sembelit dekat farmasi. Bukan tu aje siap terangkan cara nak pergi farmasi tu lagi. Tak cukup itu, print screen Google Map siap buat arrow bagai. Ko mampooo??? Dengan harapan dia perasan yang uolls tengah stalker dia dan ambil berat pasal dia.  Uolls siap berdoa tanah tangan ni, adalah warna merah dekat inbox. Tapi apa yang berlaku, menyedihkan uolls!!! Hampeh dia nak inbox uolls.. kecewa dan kehampaanlah uolls di tepi kali masa tu sebab taktik like segala benda pasal dia dekat Facebook dan Insta tak berkesan.

Biasanya hal begini berlaku pada mereka-mereka yang tak berapa menarik, suam-suam kuku kekdahnya, bukan menjadi taste setiap makhluk yang ada dekat muka bumi ini kekdahnya. Macam iolls lah tu... tak ada siapa nak. So, mana yang hots kebaboom melertop tu, untunglah inbox hari2 berjuta masuk. Tu belum friends request dekat jutaan peminat setiap hari sampai lenguh jari nak tekan button approve.

Scenario begini sebenarnya akan dialami oleh semua orang. Tapi yang akan banyak alami adalah golongan seperti iolls lah.. Nak kata suam-suam kuku tak jugak. Kategori kelas ke tigalah senang cerita. Kau mampooo? kelaskan orang? HAHAHAHAHA!

Bila strategi like mengelike tak menjadi, kita ke next step iaitu dengan menghantar personal massege (PM) pada si polan atau polinah tu. Dengan harapan dia balas. Jadi, "Hi' pertama di hantar. Kalau tak ada reply tu, memang derita kecewa frust menonggenglah uolls dekat bus stop, walaupun dah 'seen' PM uolss tu. Tu konsepnya, uolls kena paserah kena reject dari awal. 

Tapi, lain ceritanya kalau si polan atau polinah yang uolls suka tu membalas "Hi" anda tu. Pasti anda akan teruja ya amat sampaikan rasa hati berbunga. Kalau boleh buat majlis kesyukuran, masa tu jugaklah uolls nak buat majlis tu. Wal hal dia reply pun "Hi" aje. Gembiranya uolls dah macam dia balas "Aku Cinta Padamu". Koser tau!

So, bermulalah episod mesej di inbox. Tapi malangnya, uolls tetap kecewa bila uolls aje yang bertanya, dia pulak menjawab. Tak pernah nak tanya uollls apa-apa. Jawab soklan uolls pun sepatah-sepatah aje. Ibarat macam jawab perkara yang wajib aje. Uolls punyalah gigih type mesej:

Uolls: Hye awak. Selamat pagi, tengah buat apa tu? Sihat tak hari ni? [9.09am]

Si Polan/Polinah: Sihat [11.11am]

Uolls: Alhamdulillah sihat. Kalau tak sihat cepat-cepat pergi jumpa doktor tau? Tengah buat apa tu?  [11.12am]

Si Polan/Polinah: Kerja [01.01pm]

Uolls: Sorry ganggu [01.02pm]

Si Polan/polinah: ...seen ... [01.03pm]

Uolss: Busy ke? [1.25pm]

Si Polan/Polinah: Yup [02.25pm]

Uolls: Sorry ganggu ;) [02.26pm]

Si Polan/Polinah: ...seen... [2.59pm]

Uolls nampak tak macam mana cara komunikasi antara uolls dan si polan atau polinah yang ulls suka bagai nak rak pinggan tu? Komunikasi berat sebelah kan? Uolls gigih bermukadimah bagai reply mesej dia. Sedangkan dia, jawab SEPATAH aje uolls! Dan yang paling penting, perasaan tak masa yang dia ambil untuk reply mesej uolls tu? Nak jawab "sihat" aje pun memakan masa dekat sejam lebih. Acane tuh? Wal hal bila olls stalker status dia, setiap 15 minit ada update, sampaikan bulu hidung dia terkeluar dari kelopak hidung pun dia update kat Facebok. Lepas tu, komen pulak, setiap 10 saat bereply uolss!!! So, sentap tak bila PM uolls tak berreply???

Sudahnya bila diri dah terasa macam terhengeh-hegeh, dan mula feeling-feeling kena talak 13 bila tengok dia update status dan balas komen dengan status dia bukan main laju, tapi balas PM uolls labat ya amat! Mulalah uolls unfollow dia... So aman hidup uolls sebab tak dapat tahu apa-apa update pasal dia. Namun, jangan sangka habis di situ yer? Sedang syok uolls tengok wall, tetiba keluar pulak aktiviti dia mengelike status dan kawan-kawan uolls yang terpilih.

Uolls tak hangin? Uolls punyalah gigih like status dia dan segela benda tentang dia, tapi sekali pun dia tak likeuolls punya status. Hanjing tak??? Dari unfollow terus uolls unfriend! Kalau dah geram sangat terus BLOCK! Kelas! Bila perasaan tidak berbalas, block adalah jalan penyelesaian katanya. Bedukalaralah uolls sendirian di tepi perigi mengenang nasib diri yang di reject, walhal si polan atau polinah tu tak pernah pun accept kau sebagai kawan dia, ini kan pulak couple dia!

Uolls pernah alami situasi macam tu? Mesti pernah, kan? (terkecuali pada yang budjet retis dan hot tu). Iolls pun pernah. Malangnya tak berbalas. Hobatnya, Iolls unpren dia... puas hati iolls... paling menyirap kekadang membandung, bila tetiba dia up status begini:

Nak unfriend kawab yang tak ada fungsi dan senyap dalam FB ni. Yang tak pernah komen atau like status aku. Kita tengok siapa yang kena.

Tup-tup uolls refresh balik page profile dia, butang friends dan jadi 'Add Friend'. Uolls tak hangin? Dah tu, yang uolls duk inbox dan like segala jadah yang ada kat timelines dia tu hape? Dia ingat polong uolls ke yang like semua tu? Keji tak manusia macam tu? Bila ada pertandingan yang memelukan orang like gambar dia untuk memilih pemenang seperti pertandingan "Mister Globalisasi", "Miss Pamp Toilet" dan seangkatan dengannya, barulah dia terhegeh2 nak copy paste memngemis mintak like di inbox uolls.

Pernah jumpat makhluk gitu? Pergunakan uolls yang tak berapa nak elok macam iolls ni untuk kepentingan diri dia? Kalau iolls memang iolls tak likelah kalau sebelum masuk pertandingan tu dia dak kekwat dengan iolls...

Tu kira okey lagi. Yang tetiba nak pinjam duit pun hade. Tu lagi keji!




So, uolls semua pasti pernah mengalami situasi yang iolls membebelkan di atas kan? Mesti adakan? Iolls pun pernah alami scenario cengini. Tapi taklah banyak kali. Sebab prinsip iolls sekarang senang aje, ko kekwat dengan aku, ada aku heran? Aku tetap bahagia dengan life aku. Gitulah...

Macam mana nak atasi masalah ni ya? Sebab, iolls yakin, uolls punya taste pada seseorang tu kekadang tinggi melangit sangat, walaupun kalau uolls cermin diri uolls sendiri, uolls akan takut tengok diri uolls sendiri dekat depan cermin. Nak yang gojes-gojes aje. Siapa nak yang butuk, kan?  Cara nak atasai masalah taste ni mudah sahaja. Sedar diri. Kalau kau chantek macam Miss Universe 2012 tu lainlah ceritanya. Kalau kau handsome badan katang ke, tu lainlah cerita. Pilihan depan mata melambak siap kena buat list.

Tapi kalau setakat macam iolls ni, baik sedar diri ajelah. Tak payah nak over feeling kau boleh dapat yang cando-cando. Paserah ajelah siapa yang nak kat kau. Kau jugak yang akan derita kecewa kalau kena reject. Anggap ajelah tak semua yang kita nak kita akan dapat.

Tak perlulah uolls nak rasa rendah diri dengan keadaan diri uolls yang suam-suam kuku tu. Bersyukur itu lebih baik dari mengharap perkara yang mungkin mustahil akan berlaku. Mungkin anda kesunyian, sebab tu gigih PM si polan atau polinah yang uolss suka kekonon dia akan jadi pengisi kesunyian uolls, walaupun dah terang-terangan dia busy memanjang updates status dan layan komen-komen dekat setiap status dia. Sekurang-kurangnya, uolls ada family yang selalu support uolss, ada kawan-kawan baik yang selalu berada di sisi uolls kala susah dan senang.

Tapi, kalau tetiba uolls dah dapat someone yang memang uolls taste, jangan pula abaikan family dan kawan-kawan yang selalu bersama uolls kala susah dan senang. Tu keji namanya. Kenalah pandai bahagikan masa uolls dengan kekasih dan dengan kawan-kawan baik. Jangan bila dah ada kekasih, uolls tetap hajak dia kalau uolls nak hangout dengan teman-teman. Pasti akan ada yang meluat nanti.

Kepada yang rasa diri dia hot, di anugerahkan TUHAN berwajah elok, jangan nak kekwat sangat. Bila-bila masa aje TUHAN boleh tarik balik keindahan kau tu. Masa tu baru kau rasa macam mana perasaan terhegeh-hegeh pada si polan atau polinah yang kau minat. Sila jengah-jengah profile Facabook orang yang selalu like banyak kali status-status ko. Manalah tahu ada sinar harapan yang menanti ko. Gitu....

Pada yang kena block secara tiba-tiba sebab uolls terlalu banyak kali like status dan PM kerap kali pada si polan atau polinah yang uolls suka tu, paserah ajelah. Jangan ikut emosi, memaki hamun siap print screen profile si polan atau polinah itu untuk menghentam. Bukan salah sesiapa, salah uoll sendiri sebab over feeling sangat. Bila dah tak dapat mulalah mencarut dekat PM siap hambur dengan kata-kata kesat. Kalau iolss pun iolls akan block siap report lagi supaya FB ko kena hack dengan Facebook.

Okeylah, banyak dah iolls membebel ni. Hope, apa yang iolls kongsikan ni dapatlah buat uolls hilang bosan sikit baca artikel merepek iolls ni. Andai uolls pernah alami situasi yang iolls ceritakan ni, kita senasib. Pernah lalui suatu masa dulu. Tapi sekarang dah tak lagi. Iolls lebih menghargai diri sendiri dari terhegeh-hegeh pada orang tak sayang kita. Anggaplah nilai diri kita lebih tinggi dari mereka semua. Orang tak heran, iolls lagi berjuta-juta kali tak heran. Bila sampai waktunya nanti, uolls akan dengan senang hati meromove si polan atau polinah tu tanpa ada rasa kecewa yang tertinggal. Kalau uolls remove dia dari Facebook uolls pun, dia tak rasa apa-apa dan dia tak akan tahu. So, buat apa uolls pula nak kecewa kerana dia, bukan? Teruskan jalani hidup uolls yang lebih positif dan mengembirakan!




Mantap