Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 2 Oktober 2014

Ulasan Filem: ANNABELLE (2014)




DIA punya trailer buat kita excited nak tengok. Rasa macam tak sabar menanti waktu tayangannya. Namun, selepas ditonton, emmm... bolehlah. Mungkin citarasa setiap orang berbeza. Termasuk juga aku. Aku terlalu mengharapkan filem ini sebuah filem seram yang lebih hebat dari The Conjuring. Banyak babak cemas dan babak yang buat kita teruja.

Namun sepanjang masa aku menonton filem ini, perasaan aku sangat lemau. Babak cemas, dah dapat ditebak dari awal. Persoalan yang cuba dibangkitkan pun kita dah dapat jangka sejak awal. Tahulah kisah ini berlaku pada era TV belum ada warna, tapi tema klise drama seram MELAYU memang banyak giler dekat filem ini. 

Iblis melekat dekat dinding, dikejar hantu, iblis cuba membunuh orang yang beriman sebab tak nak mereka ganggu urusan iblis itu sendiri. Semua itu memang dah berulang kali dibuat untuk filem Malaysia. So, aku menguap di mana-mana. Apa maksud menguap di mana-mana tu? Maksudnya, dekat mana-mana plot pun aku ada menguap sebab mengantuk. 

Seperti yang aku cakapkan, persoalan yang cuba diselesaikan melalui filem ini tidak menerujakan (ayat baru ke hape?) aku. Lepas tu suspens yang dia buat sangatlah tak jadi. Terutama dekat babak Mia yang masih di tingkat yang sama semasa dia dalam lif tu. Kalau nampak iblis itu merangkang semakin menghampiri Mia mungkin lebih cemas dan suspens. Ni??? Babak terkejut iblis tiba-tiba muncul, orang Korea dah lama buat. Babak  'Bom!" hantu tu keluar dah dapat dirasa bila akan berlaku.

Filem As Above As Below bagi aku lebih suspens dan mendebarkan dari filem ini. Mungkin pada yang memuji filem ini dan yang bagi 5 bintang, ada yang marah baca komen aku ni. Tapi, ini komen dari sudut aku minatnya aku pada sesebuah filem seram itu. Dekat The Conjuring, persoalan yang cuba dirungkai sangat best. Buat kita terus nak tonton apa yang ada di sebalik cerita. Tapi Annabelle ni? Macam kita dah boleh tahu jalan ceritanya sejak minit-minit awal.

Tiada sesuatu yang buat kita terfikir, "Oh... rupanya dia ni nak tu." , "Eh, kenapa dia pulak yang jahat?", "Eh, apa kaitan dia tu dengan jiran sebelah ni?" Semua jawapan persoalan tu dah ada sejak minit-minit pertama. Dah boleh agak patung Annabelle tu pasti berpuaka sebab dah puja. Sebab awal-awal cerita pengarah dah ceritakan serba sedikit tentang hal itu. Tentang masyarakat dulu2 yang gemar memuja pantung. Dari ayat-ayat dengan tulisan merah tu, dah buat penonton fikir ending dia.

Dan seperti yang dijangka, endingnya memang sepeti yang aku jangka. Patung tu nakkan tuan baru. Pengakhiran ceritanya, tak bombastik walaupun happy ending. Tak memasal, kuar ayat, tentang sahabat baik yangs anggup berkorban demi sahabat baiknya. Pantung tu seperti biasa masih ada dan mencari mangsa baru. 

Dari 5 bintang aku mampu kasi, 2.3 bintang sahaja. Rasanya Dark House lebih bombastik dia punya suspensnya. Menonton drama ini ibarat anda menonton drama seram yang difilemkan. Tapi, tetap juga menarik untuk ditonton. Jangan ada yang terpengaruh pulak dengan komen aku ni? Kalau rasa tak yakin dengan komen aku, silalah tonton. Seperti yang aku typekan awal-awal tadi, selera orang berbeza-bezakan? Selamat menonton!!







Mantap