Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 12 November 2014

Album Digital: Soundtrack BIAR MEREKA CEMBURU


RUDI ZONE mempersembahkan sebuah album digital SOUNDTRACK novel BIAR MEREKA CEMBURU karya A. DARWISY. Dengan usaha sama penulis novel tersebut sebagai pemilih lagu, maka lahirlah album digital soundtrack khas di Blog Rudi Zone sahaja untuk novel ini. Lagu-lagu yang ada di dalam album digital ini adalah pilihan penulis sendiri yang mana menurut penulis setiap melodi dan lirik lagu-lagu pilihannya kena dengan jalan cerita dalam novel BIAR MEREKA CEMBURU ini.

Kepada peminat A. DARWSY, anda bolehlah dengar lagu-lagu yang ada di dalam album ini untuk merasa feel CEMBURU yang cuba penulis sampaikan melalui lagu-lagu yang ada. Walau bagaimana pun, lagu-lagu yang ada tidaklah mengambarkan 100% mood cerita di dalam novel ini. Tapi, kalau nak tahu kisah sebenar dalam novel BIAR MEREKA CEMBURU ini, bolehlah dapatkan di pasaran atau belian secara atas talian di sini selepas 15 September 2014.

Pilihan lagu dari penulis mengandungi lagu-lagu lama dan banyak lagu hasil nyanyian duet dari artis terkenal dunia. Juga menampilkan 5 buah lagu bonus khas untuk anda pilihan penulis dan pihak RUDI ZONE sendiri. 

Kulit Novel


Berikut adalah sinopsis novel ini:

Nadia, satu-satunya konduktor bas di KL ini yang kalau dirapikan penampilannya, pakai cantik-cantik, agaknya berduyun-duyun lelaki yang jatuh cinta. Tetapi dalam kesederhanaannya itu jugalah, dia masih berjaya menambat hati dua orang jejaka. Seorang pemandu bas dan seorang lagi anak tengku. Bukan main lagi kan? Dia keliru. Hendak memilih cinta yang mana satu sedangkan hendak bercinta pun dia tidak tahu!

Rostam, pemandu bas yang malu tapi mahu orangnya. Punyalah berat mulut hendak meluahkan perasaan kepada konduktor basnya sendiri. Apabila datang kekuatan dalam diri untuk berterus-terang, datang pula pesaing yang membuatkan dirinya rasa tercabar. Dia perlu cepat melafazkan kata-kata cinta tetapi sempatkah dia? Tapi jangan tak tahu, dia juga ada peminat fanatiknya sendiri. Tiap-tiap hari mengajaknya kahwin! Perempuan berani mati yang sanggup terjun bas apabila dia menolak cinta perempuan itu. Dahsyat!

Iedil, anak tengku, lelaki yang punya segala-galanya. Termasuklah kekasih hati. Tetapi entah bagaimana, boleh pula dia berkenan dengan konduktor bas seorang ini. Sampai sanggup naik bas tiap-tiap hari ke tempat kerja semata-mata mahu berjumpa dengan si konduktor cantik ini. Tapi bukan senang! Sebab dia kan sudah ada kekasih hati. Aduh, macam mana ni?
Pitam!!! Di sana menanti, di sini menunggu. Di kota Paris, Nadia membuat istikharah. Jangan main-main, istikharah di Paris! Kau mampu?

Berikut adalah kandungan lagu yang ada di dalam album ini:


1) Intrig Cinta | Siti Nurhaliza
2) Cinta Hati | Shila Amzah
3) Hujung Dunia | Hanie Soraya
4) Pasti Sempurna | Kristal ft. Ronnie Hyper Act
5) Matahari | Hafiz
6) Nobody Wants To Be Lonely | Christina Aguilera ft. Ricky Martin
7) Could I Have This Kiss Forever | Whitney Houstan ft. Enrique Iglesias
8) Whenever You Call | Mariah Carey ft. Brian McKnight
9) Tell Him | Celine Dion ft. Barbra Streisand
10 Cemburu | Sandy Sandoro *Bonus Track
11) Vidi Aldiano | Cemburu Menguras Hati*Bonus Track
12) Cemburu | Lullaby Band *Bonus Track
13) Warna Dunia | Dato' Siti Nurhaliza *Bonus Track




Klik sekali pada Tajuk lagu untuk dengar. Mungkin lagu memakan masa lama sedikit untuk diputarkan. Harap maklum!
Jika posting ini melanggar hakcipta lagu-lagu yang ada, yang berkaitan boleh berhubung terus dengan penulis melalui email ini: hasrudijawawi@yahoo.com
Tindakan akan diambil sesegera yang mungkin. Tiada sedikit/sesen pun di ambil dari posting ini. HARAP MAKLUM.







Mantap