Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 28 Disember 2014

Gambar: DATO' SITI NURHALIZA BANTU MANGSA BANJIR 2014


Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Mungkin itulah perumpamaan yang sesuai untuk mangsa banjir yang telah melanda negara sejak beberapa hari yang lalu. Kesengsaraan, kesedihan dan keperitannya hanya yang lalui sahaja yang tahu rasanya. Iolls pernah laluinya walaupun tak sebesar yang mereka lalui, kesengsaraan, kesedihan dan keperitnya tetap sakit untuk ditelah. Namun pilihan apa yang kita ada? Hanya redha yang mampu dilakukan. Semoga bertabahlah mereka-mereka yang ditimpa musibah bah yang sukar untuk ditebak ini.

Kala iolls menaip ni pun, iolls tengah risau dengan keadaan awan hitam yang berarak sejak matahari terbit pagi tadu sehingga sekarang yang entah ke mana awan itu mahu pergi. Iolls risau awan-awan itu menitiskan airnya kala air parit dan sungai masih berada di paras bahaya. Semalam, hujan lebat yang tidak sampai 30 minit pun sudah menenggelamkan hampir keseluruhan kawasan dapur rumah iolls. Malamnya, tidur tidak selena selalu kerana bimbang hujan turun lebat secara tiba-tiba.

Di harap bumi meresapi air yang tertakung, laut menerima lebihan air tawar dan awan memilih lokasi terbaik untuk menitiskan butiran jernihnya. Mentari, segeralah menyejat air bah yang masih belum kering sebanyak yang boleh dan bawalah wap awan itu ke kawasan tandus yang mana tumbuh-tubuhan dan kehidupan di atas muka buminya memerlukan air mu.

Kala, orang duk memuji, memaki, mengeji dan mencarut para ahli politik dan sebagainya, iolls di posting ini ingin memuji tindakan DIVA POP NO 1 Malaysia, Dato' Siti Nurhaliza yang sudi melawat bersama bantuannya kepada mangsa banjir di kampung halamannya, Kuala Lipis, Pahang. Walaupun sumbangannya tidaklah sebanyak yang diharapkan, ia tetap memadai dan memberi sedikit rasa gembira kepada mangsa banjir yang sedang berdukalara. 

Kala segala bantuan sampai dengan label dan cetakan sticker nama syarikat, nama persendirian dan sebagainya pada barang-barang bantuan yang diberi, Dato' Siti hanya menggunakan bag biasa yang hanya bercorak bunga-bunga. Sama-sama bergotong royong memasak untuk mangsa banjir. Sangat bangga iolls dengan sikap rendah diri penyanyi kesayangan iolls dan kesayangan Malaysia ini.




Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Berbakti tidak perlu fikirkan darjat diri, andai berkemampuan, bantulah seikhlas hati.

-Hasrudi Jawawi-






Mantap