Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 26 Disember 2014

Ulasan Filem: Night At The Museum: Secret Of The Tomb (2014)



Jika anda sudah menonton filem ini siri yang pertama dan kedua, anda harus menonton yang ketiga ini kerana jalan cerita, humor dan suspensnya agak menarik. Yang pasti lebih banyak babak-babak kelakar yang bersahaja.

Jika nak dibandingkan dengan siri yang pertama dan kedua, yang pertama lagi best. Kalau nak bandingkan siri kedua dan ketiga ni, yang ketiga lebih best! Walaupun jalan cerita hampir 90% berlaku hanya di dalam muzium sahaja, tetap banyak babak kelakarnya. Memang tak kering gusi semasa menonton.

Jika siri satu Larry bertembung dengan pelbagai generasi dan puak manusia, siri kedua dia bertemu dengan pelbagai jenis insan ternama, siri ketiga ini lebih kepada artifak purba yang berbentuk manusia dan haiwan yang mana semuanya akan hidup kala malam menjelma. Jadi, CGInya pasti lebih banyak untuk siri yang ketiga ini.

Jalan cerita masih sama iaitu mengenai Tablet emas yang membuatkan semua artifak dan benda di dalam muzium itu bernyawa. Cuma kali ini tablet itu mengalami masalah. Setiap hari tablet emas itu akan mula mereput dan rosak. Jika tablet itu rosak, maka semua benda dan artifak yang ada dekat muzium itu akan mati.

Jadi, misi Larry kali ini adalah untuk menyelesaikan masalah kerosakan pada tablet itu. Cumanya babak flash back pada awal-awal cerita aku tak berapa faham apa kaitan dengan cerita ini. Mungkin aku tak fokus. Babak itu mungkin berkaitan bagaimana tablet itu berjaya dibawa keluar dan bagaimana salah satu keranda raja zaman firaun boleh terpisah dengan keranda yang lain. Mungkin kut?

Agak-agak Larry berjaya tak selesaikan masalah tu? Macam mana dia baiki masalah tablet yang mula merosak tu? Ada babak touching giler dekat ending! Nak tahu, kenalah tonton sendiri.

Apa-apa pun dari 5 bintang aku kasi 4 bintang. Cerita ni kalau anda tengah stress memang boleh hilangan separuh stress tu. Memang anda akan gelak-gelak dengan babak lucu selamba setiap watak-wataknya termasuk artifak yang ada dan dialog-dialog lucu yang ditutur setiap aktor yang ada. Memang best!






Mantap