Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 2 Disember 2014

Video: Senaman Johor RObik (J-Robik)


Wahai warga Johor yang suka sangat duk ber Poco-Poco. Tahukah anda di Johor pun ada satu tatacara senaman berirama (katanya!) yang mengabungkan pelbagai muzik etnik di Malaysia tau? Mana yang selama ni duk bangga-banggakan senaman Poco-Poco yang memang kita dah tahu asal usulnya dari mana, apa kata uolls beralih pada J-Robik ni. Lagu-lagunya pun best. Walaupun durasi senaman tidak lebih 40 minit, tapi sudah cukup untuk cergaskan badan dan mengeluarkan peluh.

Kalau tak percaya cubalah. Iolls dulu masa dekat PLKN (PLKN katanyerrr!) gigih buat senaman ni setiap petang. Gigih sebab dipaksa. Kalau tak, iolls lebih rela bantai tidur dalam bilik sambil bergolek-golek. Menampilkan pelbagai lagu etnik di Malaysia, termasuk Zapin. Mana-mana nak nafas baru dalam bersenam selepas bosan dengan Poco-Poco, boleh layan video dekat blog iolls yang vasss ni untuk senaman uolls secara streaming... kelasss!!!




Jika posting ini melanggar hakcipta lagu-lagu yang ada, yang berkaitan boleh berhubung terus dengan penulis melalui email ini: hasrudijawawi@yahoo.com
Tindakan akan diambil sesegera yang mungkin. Tiada sedikit/sesen pun di ambil dari posting ini. HARAP MAKLUM.





Mantap