Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 10 Januari 2015

The Woman In Black: Angel Of Death (2015)



Sebelum tengok filem ni aku membayangkan yang ia sebuah filem seram yang tak buat kita senang duduk dari minit-minit awal sampailah ending. Ada babak suspens di sana sini dan persoalan yang mengejutkan di akhir cerita. Namun, bila dah menonton... aku macam.. krik... krik... krik... krik... Sampaikan terlintas di dalam hati, 'boleh tak aku forward ke minit-minit tengah?'.

Permulaan cerita memang slow. Suasana panggung yang gelap bertambah gelap bila plot cerita banyak berlaku di waktu malam yang tidak punya banyak sumber cahaya. Mungkin bersesuaian dengan zaman atau tahun cerita yang belum berapa nak maju kut.

Aku mengharapkan banyaklah plot perempuan berbaju hitam ni muncul memeriahkan suasana. Tapi malangnya, perempuan berbaju hitam yang kekonon malaikat maut ni hanya muncul untuk beberapa saat aje. Tu pun posing tepi pokok.. moteppp??? Yang lain nampak mata, tangan dan jari jemari aje. Sangat menjimatkan props dan mekap. Tu pun bayangan hantu ala2 macam CGI aje, tak memerlukan pelakon untuk disolek dengan gaya seram.

Jalan ceritanya dah dapat ditebak dari awal. Dah tahu apa yang bakal berlaku pada budak tu. Cuma ada yang tak puas hati kenapa hero sanggup korbankan diri untuk budak kecil tu. Kalau tak mesti hero dan heroin dah berbahagia bersama katanya. 

Jalan cerita memang dalam banglo lama tu ajelah. Babak seram tu adalah beberapa kali. Babak suspens dia yang ala menjerit-jerit tak banyak pun. Tu pun babak yang tetiba bam! Aje. Yang tak puaskan hati aku bil perempuan berbaju hitam tu tak banyak babak. Babak dia ala2 muncul nak tak nak aje. Rasa macam tajuk tu tak kena pulak dengan cerita. Banyak flash back yang mana setiap flash back barsangkut paut dengan hantu tu.

Dari 5 bintang aku kasi 2.9 sahaja. 








Mantap