Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 3 Februari 2015

Corat Coret: Majlis Ulang Tahun ke 11 Siti Zone 2015


Buat pertama kalinya tahun ini iols menyertai sambutan ulang tahun untuk peminat setia Dato' Siti Nurhaliza, Siti Zoner yang sudah masuk tahun ke 11. Cuma tahun ini sedikit istimewa untuk majlis ini kerana, angka sebelas (11) menyimpan sesuatu yang tersirat. Selain ulang tahun Siti Zone yang ke 11, majlis ini turut meraikan kejayan Dato' Siti Nurhaliza yang telah memenangi 11 anugerah sepanjang tahun 2014 dan ulang tahun kelahirannya pada 11 januari yang lalu. Sebab itu hashtag #Sitizone3dalam1 telah dicipta oleh kakak ipar beliau, Rozi (rozisangdewi).

Sejujurnya, detik-detik iols menanti majlis ini dua minggu lepas, memang sangat menerujakan iols. Terasa sangat detik-detik waktu menuju ke 31 Januari terasa amat lambat. Sehinggalah tiba saat yang dinanti, keterujaan itu masih ada.

Dengan tema 'back to school' iols dengan BFF iols gigih mencari pakaian yang mengikut tema. Siap fening-fening dan berbalah dekat Whatsapp pakaian apa yang ingin dipakai. Sekejap nak pakai uniform pengawas. Sekejap nak jadi pustakawan, sekajap nak jadi ala-ala cikgu. Sudahnya, iols jadi pelajar biasa sahaja. 

Masa sampai di majlis tu, WOW! memang peminat-peminat DCT mengikut tema majlis. Pakaian semua ala-ala budak sekolah. Bergaya sakan dengan pakaian masing-masing.

Keterujaan iols bertambah lagi bila tengok hadiah-hadiahnya, sangat hebat. Seperti biasa, hadiah-hadiah untuk peminat sekadar hamper, barangan elektrik dan TV plasma beberapa buah. Memang best majlis ni, sebab di antara Siti Zoner dapat saling kenal mengenali. Bercampur dan bertukar pendapat dan minat yang sama


Walaupun majlis berlangsung agak lewat sedikit, namun majlis ini tetap berjalan lancar seperti yang dirancang. Permulaan acara dimulakan dengan rakaman video muzik 'Warna Dunia' yang mana, penglibatan kesemua Siti Zoner yang hadir amat-amatlah diperlukan. Walaupun apa yang berlaku tidak sama seperti ketika raptai tarian lagu Warna Dunia dibuat, Siti Zoner yang ada tetap spoting memeriahkan rakaman itu.

Majlis dimulakan dengan ucapan DCT, ikrar dan bacaan doa.  Loceng pertama untuk waktu rehat yang sepatutnya berbunyi pada jam 1 petang telah lewat dibunyikan disebabkan majlis perhimpunan sekolah yang habis lewat.

Habis sesi rehat (makan lunch), kelas pertama dimulakan. Iaitu kelas ejaan. Enam kumpulan telah dicari secara rawak dan setiap ketua kumpulan perlu menulis huruf-huruf yang disusun mengikut ejaan perkataan yang diberikan di belakang badan setiap ahli kumpulan dengan menggunakan belakang pen. Kumpulan mana yang dapat meneka perkataan yang diberikan, dialah pemenang.

Kelas kedua pula kelas Pendidikan Jasmani, kelas ni memerlukan setiap pelajar mengikut kelas (meja) bergambar di beberapa lokasi dengan situasi yang diberikan. Masa nilah huru hara keadaan dewan bila setiap kelas berpusu-pusu berselfie di lokasi dan situasi yang telah dinyatakan. Kelas mana yang berjaya mengambil gambar selfie or wefie or whateverlah yang terpantas, kelas mereka akan menjadi pemenang. Iols lupa kelas mana yang menang sebab keadaan dewan sangat huru hara masa ni. Selain itu ada juga permainan tutup-tutup mata. Lupa apa nama permainan tu. Sebab tak terlibat.

Kelas seterusnya adalah kelas pendidikan seni. Enam orang ketua kelas telah dipilih secara siapa cepat dia dapat, untuk membina arca yang berkaitan dengan DCT. Namun, masing-masing buat arca yang macam tak bentuk arca dari tanah liat. Pemenang yang telah berjaya untuk kelas ini telah membina sebuah arca berbentuk kucing berekor berpusing. Tahniah diucapkan.

Kelas terakhir, kalau tak silaplah. Kelas Sejarah kut. Setiap kelas perlu menghantar ketua kelas untuk naik ke pentas dan setiap ketua akan ditanya dengan soalan yang berkaitan dengan DCT. Pemenang untuk pertandingan ini dapat TV plasma kalau tak silap. Ketua sahaja yang dapat. Tahniah kepada Siti Zoner yang memang TV.

Di setiap kelas diselitkan dengan sesi cabutan bertuah. Hadiah seperti hamper, kad Touch 'N Go dan barangan elektrik menjadi habuan kepada yang bertuah. Banyak juga hadiah yang telah disponsor.  Semoga murah rezeki pada yang menaja itu.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar mengikut kelas sebelum DCT pulang. Namun, sebelum memulakan sesi bergambar, DCT telah menghiburkan weols semua dengan dendangan tiga buah lagu iaitu, Terbaik Bagimu, Love On Top, dan Lebih Indah.

Walaupun ada kekurangan di majlis ini, namun majlis ini tetap berjalan lancar dengan liputan media elektronik dan media cetak yang turut memeriahkan majlis ini. Sesungguhnya Siti Zoner yang hadir di majlis ini memang spoting habis! Uols memang terbaik! Cumanya, kepada Siti Zoner semua di harap dapatlah mengawal emosi dan keadaan diri bila berhadapan dengan DCT. Kita menyokong DCT sebaiknya dengan lebih berhemah dan lebih sopan.

Ini sahajalah kenangan yang iols ada di majlis ni bersama DCT.








Mantap