Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 9 Februari 2015

Hilangkan Bau Ketiak!


MASALAH bau ketiak? Memang sangat merendahkan keyakinan diri kita jika berada di khalayak ramai. Lagi-lagi kalau berada di majlis-majlis rasmi yang mana dibuat di luar kawasan berbumbung. Memang tak menyelesakan untuk mereka-mereka yang senang berpeluh atau kadar metabolisma badan seseorang yang agak tinggi.

Semua orang tahu, peluh adalah punca utama masalah bau badan terutama dibahagian terkepit seperti ketiak. Kalau tidak ditangani, 10 batu orang yang berjalan di belakang anda dah boleh hidu kebusukannya. Kalau uols tengah jalan2 tetiba ada beberapa orang yang berjalan di belakang anda  rebah. Faham-fahamlah ya? Itu bermakna bau badan ada memang busuk ya amat!

Jadi, kalau anda ada masalah bau badan yang datangnya dari ketiak, di nasihatkan janganlah bekerja di tempat terkuap atau pengudaraannya yang terhad seperti di dalam pejabat kecil dan sebagainya. Pasti bau itu akan lebih terpekung dan semerbak menghantui rakan-rakan anda.

Biasanya orang yang ada masalah bau badan ni terkadang dia tak sedar yang bau badan dia kuat. Maklumlah dah hari2 hadap bau yang sama. Ala-ala dan imun gitu. So, rakan-rakan atau insan-insan di sekelilingnya sahaja yang tahu betapa hapraknya bau badan dia.

Sejujurnya iols memang ada masalah bau badan ni. Kekadang tak konfident nak berhadapan atau berjalan di khalayak ramai sebab iols boleh bau badan iols sendiri. Sudahnya iols akan ke toilet. Dengan kuasa tisu basah, iols lap ketiak then sembur lagi deodorant. Tapi, bau badan yang melekat pada pakaian tu tetap ada. Nak sembur perfume pada bahagian yang berbau tu bimbang campuran bau perfume dengan bau ketiak tu bakal menghasilkan bau yang lebih ekzotik. Sudahnya iols paserah dan tahan malu ajelah.

Macam-macam jenama tau iols dah guna. Tapi tetap juga meninggalkan bau yang tidak diingini. Baik deodorant yang ada campuran pewangi, baik yang tak ada campuran pewangi. Sama aje. Tetap meninggalkan bau yang amat mencengkam kalbu.


So, baru-baru ni iols ada cuba guna satu produk ni yang TANPA BAHAN KIMIA katanya. BERKESAN! Sebelum ni dah beberapa kali iols belek-belek deodorant ni. Tapi disebabkan jenama dia macam tak terkenal dan tak ada iklan2 di TV. Buat iols letak balik dan memilih jenama hebat (kononnya) seperti gambar dekat atas tu. Sudahnya, bau badan tetap hader. Koser tau. Membazir sungguh. Baik yang roll on, baik yang spray, sama jek.

So, iols tekad beli deodorant yang bersumberkan natural crystal ni untuk pertama kalinya. MAHAL! Yang 60g pun, dah RM16++ kalau tak silap. Yang besar RM24++ kalau tak silap. Ingatkan murah. Tapi, demi hendak mencuba, iols pun belilah sambil tutup mata. Balik tu terus guna. 

Hari pertama iols macam dah tersenyum. Tak ada bau okey! Tapi, keadaan itu buat iols tak berapa yakin lagi sebab iols duduk rumah aje. Tak berpeluh sangat. So, lusanya iols pun pergi shopping. Mengukur shopping mall, gitu. Memang terasa ketiak macam dah berpeluh. Masalah ketiak berpeluh ni kita tak boleh atasi dengan apa-apa deodorant pun. Kalau dah berpeluh, ia akan berpeluh kecuali anda sumbat liang peluh anda di bahagian ketiak tu. Itu lain ceritanya.

Dah penat mengukur shopping mall, ilos balik rumah dan try cium baju iols di bahagian ketiak. TAK BAU HAPAK macam sebelum ni! Terus iols yakin dengan produk ni. Tak rasa kerugian pun beli walaupun mahal dari harga deodorant-deodorant yang lain-lain tu. Kalau ada bau pun, tak kuat mana pun. Yang penting HAMPIR TIADA BAU!

Lega sagat selepas guna deodorant ni. Walaupun pembungkusannya nampak biasa, keberkesanannya yang lebih penting. Selain tu ia tiada bahan kimia. Dan bersumberkan natural crystal, dan bebas alkohol! Yang penting TIDAK MELEKIT LANGSUNG! Tu yang menariknya produk ni. Nak tahu produk apa? Tengok gambar dekat bawah ni.


Smelly-No-More dari Total Image. Itulah nama produknya. Memang berkesan untuk hilangkan masalah bau badan yang berasal dari ketiak anda. Boleh didapati di Watson. Cara guna, selepas mandi, basahkan stick atau deodorant ni dengan sedikit air, dan sapu di bahagian ketiak uols. Pastikan kalau nak pakai deodrant ni, ketiak dalam keadaan bersihlah. Iaitu selepas mandi. Kalau ketiak asalnya dah memang berbau, then uols sapu atau sagat deodorant ni sampai habis pun, bau ketiak tak akan hilang. So, pastikan ketiak anda dicuci dahulu sebelum pakai apa-apa deodorant.

Syukur sangat masalah bau badan dari ketiak iols sudah dapat diatasi. Selemat mencuba!

p/s: walau bagaimana pun, keberkesan deodorant ini bergantung pada kadar bau badan anda. Kalau dah guna deodorant ni pun bau badan tetap hado. Tak dapat iols nak menolongnya. Sila merujuk kepada doktor pakar ketiak. Sekian, terima kasih.






Mantap