Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 30 Mac 2015

#11 Trivia novel PAPA NAK MENANTU


Alhamdulillah, pejam celik, pejam celik sudah setahun novel PAPA NAK MENANTU berada di pasaran. Jutaan terima kasih diucapkan pada semua pembaca dan pengemar novel di luar sana yang sudi memiliki novel ini. Terima kasih juga atas sokongan yang telah kalian berikan. Jasa dan budi baik kalian hanya ALLAH yang mampu membalasnya.

Pasti ramai yang tak tahu berapa lama novel ini disiapkan, inspirasi dari mana penulis ambil dan dari mana watak-watak yang dicipta itu wujud. Haa... kalau nak tahu, berikut adalah 11 trivia novel PAPA NAK MENANTU.

#PAPANAKMENANTU memakan masa hanya lebih kurang 30 hari untuk disiapkan manuskripnya. Ini rekod pertama penulis berjaya siapkan sebuah menuskrip penuh dalam tempoh berkenaan.

#PAPANAKMENANTU telah diinspirasikan dari idea asal penulis untuk sebuah proposal drama raya untuk stesyen TV swasta Malaysia dengan tajuk MENATU RAYA UNTUK ABAH. Disebabkan proposal itu sepi sehingga tarikh matang, penulis mengadaptasikan idea proposal drama tersebut dalam bentuk novel dan diolah mengikut situasi terkini.

#PAPANAKMENANTU mengisahkan seorang duda beranak satu yang inginkan menantu dengan harapan anaknya yang agak kasar bisa berubah lemah lembut. Ini kali pertama penulis buat watak seorang ayah yang inginkan menantu dan menjadi sebahagian dari watak utama.

#PAPANAKMENANTU ada dua nama watak hero iaitu Azrin Aidil dan Nazim. Untuk pengetahuan anda, watak Azrin Aidil dan Nazim benar-benar wujud. Penulis menginspirasikan personaliti dan kerjaya mereka ke dalam novel ini.

#PAPANAKMEMANTU asalnya bertajuk ABAH NAK MENANTU. Pihak editor dan penerbit novel tersebut telah menukar tajuk asal kepada PAPA NAK MENANTU. Penulis sendiri tidak tahu kenapa dan beranggapan bersesuaian dengan situasi masa kini.

#PAPANAKMENANTU asalnya menggunakan istilah ABAH untuk watak Pak Saad. Tapi diubah kepada PAPA oleh pihak editor dan penerbit. Kenapa diubah? Penulis tidak tahu sebab utama, dan mungkin pihak editor dan penerbit menyesuaian gelaran itu mengikut keadaan semasa. Tapi, bagi penulis mengapa menggunakan gelaran ABAH? Jawapan: Kerana lokasi cerita lebih kepada kampung. Jarang ada orang-orang kampung gelar ayah mereka dengan gelaran PAPA.

#PAPANAKMENANTU asalnya nama watak heroin adalah SYAHODAH, tapi telah diubah oleh pihak editor dan penerbit kepada SYAHIRAH. Mungkin disesuaikan nama itu kepada nama yang lebih moden barang kali. Penulis memilih nama SYAHODAH asalnya  bertujuan untuk membangkitkan konsep humor dan keunikan yang ada dengan nama itu. 

#PAPANAKMENANTU adalah novel ketiga paling tipis penulis selepas novel TANGISAN BERDARAH dan KAU KUSERU. Novel-novel penulis selain itu semuanya tebal.

#PAPANAKMENANTU memilih karier hero utama menjadi jurulatih gym adalah kerana, mengikut trend masa kini yang mana kebanyakan lelaki zaman ini berlumba-lumba membentuk badan dan otot masing-masing. Kononnya hendak mengikut edaran masa.

#PAPANAKMENANTU sebuah kisah kekeluargaan. Memang konsep karya penulis mementingkan kekeluargaan dan persahabatan selain cinta, romantik dan komedi untuk karyanya kali ini.

#PAPANAKMENANTU Adalah novel terbaru penulis untuk tahun 2014 selepas novel OPS! ZULAIKHA...


Itulah trivia novel #PAPANAKMENANTU yang mungkin kalian tak tahu. Sekali lagi terima kasih kepada semua yang telah memiliki novel #PAPANAKMENANTU. I love you all!!
















Mantap