Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 31 Mac 2015

Tips Elak Beratur Lama Di Kaunter Pembayaran Supermarket


TIDAK dinafikan, setiap kali awal bulan, pasti supermarket terkenal yang ada di negara ini akan dibanjiri dengan manusia. Kebiasaannya dari golongan bekerluargalah. Masa gaji baru masuk nilah mereka mahu me-top-up barangan dapur di rumah mereka yang kehabisan stok. Pasti, keadaannya agak padar. Silap-silap, troli yang pihak supermarket sediakan TIDAK MENCUKUPI! Siap ada yang kena tunggu troli pelanggan lain yang sudah selesai membeli belah.

Keadaan ini biasanya berlaku hanya di bahagian barangan keperluan harian dan makanan. Untuk bahagian lain agak lengang. Selain harganya murah, keadaan supermarket yang luas menjadi salah satu faktor utama mengapa rakyat malaysia lebih suka membeli belah di supermarket berbanding di pasar-pasar basah lain. Selain kebersihannya lebih terjamin, ruang yang berpendingin hawa mungkin sebab lain mengapa mereka lebih suka membeli belah di supermarket.

Namun satu halnya adalah, seluas mana pun supermarket itu, tetap akan ada masalah bila mana kaunter pembayaran yang berderat tidak bisa menampung jumlah pelanggan yang ingin membuat pembayaran. Terkadang walaupun ada 15 kaunter (tidak termasuk kaunter ekspress), tetap pelanggan yang ramai terpaksa beratur menanti giliran untuk membayar barangan yang dibeli.

Anda nak protes macam mana pun ia tetap tidak bisa diselesaikan dengan mudah. Nak tak nak kenalah juga beratur. Terkadang terpaksa bersesak-sesak dengan pelanggan yang mahu lalu lalang kerana biasanya kaunter pembayaran ini terletak bersebelahn pintu masuk. Jadi, sebagai pelanggan kenalan saling bertolak ansur.

Walau bagaimanapun, kali ini iols ada tips macam mana nak elak beratur lama di kaunter pembayaran. Mungkin tak dapat membantu sepenuhnya, sekurang-kurang boleh juga gunakan salah satu atau semua tips yang iols share ni jika perlu. Berikut adalah tips-tipsnya:

1. Pilih kaunter TUNAI jika anda mahu membayar secara tunai. Kaunter yang menerima kad kredit selalunya slow kerana proses pembayaran untuk pelanggan yang membayar barangan menggunakan kad kredit memakan masa andai sever lembab! Itu belum kes kad over limited atau tak diterima. Lagilah lambat.

2. Jika anda membeli barangan kurang atau 10 items ke bawah, di nasihatkan pergi ke kaunter ekspress (limit kepada 10 barang sahaja).

3. Pilih kaunter yang mana cashiernya sudah memakai uniform supermarket dan bukan yang pakai baju biasa. Terkadang yang baju biasa ni dia orang pekerja baru atau part time. So, garenti terkial-kial dalam menguruskan proses pembayaran.

4. Selain memerhati pelanggan yang beratur panjang, sila perhatikan juga isi troli pelanggan yang beratur panjang. Pilih kaunter yang mana pelangganya membeli barangan yang paling minima. Elak beratur di kaunter yang mana pelangganya membeli barangan sehingga penuh troli.

5. Pilih kaunter yang cashiernya nampak manis dengan senyuman dan tangkas mengimbas barangan dan menguruskan proses pembayaran. Elak pilih cashier yang bermuka masam. Biasanya cashier yang muka masam ni moody dan tak ikhlas buat kerja. Secara tak langsung proses kerjanya akan slow.


6. Andai ada orang kedua yang menemani anda, tak kiralah kawan, keluarga atau saudara mara (haiwan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam supermarket), jika ada barangan yang hendak dibeli lagi tatkala anda sudah beratur di kaunter pembayaran, suruhlah mereka berlari-lari membeli barangan yang tertinggal dan anda pula terus beratur menanti giliran. Cara ini juga dapat mengelak anda terpaksa beratur kembali di barisan yang panjang hanya kerana masih ada barangan yang masih belum dibeli. Tidak tentu pasal waktu menunggu giliran anda untuk membayar menjadi dua atau tiga kali ganda lamanya.

7. Jadikan pilihan terakhir andai ada pelanggan yang memegang katelog promosi supermarket beratur di sesuatu kaunter pembayaran. Kebiasaannya pelanggan yang seriang memegang katelog promosi ni akan teliti semasa cashier mengimbas harga barangan yang dibeli. Andai barangan yang dibeli ada promosi dan bila diimbas harganya tidak pada harga promosi, pelanggan tersebut akan bising. Masa itu cashier akan panggil orang berkenaan untuk semak kembali. Bila disemak, rupanya promosi itu hanya untuk ahli kelab supermarket sahaja. Di situ pelanggan itu pasti akan cancel pembelian dan proses itu akan menyebabkan pergerakan kaunter pembayarans slow. Di nasihatkan kepada pelanggan semua sila baca terma dan syarat pada katelog promosi terlebih dahulu sebelum main kaut barang dan bawa ke kaunter pembayaran.

8. Pilih kaunter pembayaran yang mana setiap troli ada dua atau lebih penjaganya (contoh; suami isteri, family, atau kawan-kawan). Ini kerana, proses meletak barang di kaunter pembayaran lebih pantas jika satu troli ada dua penjaga/pembeli berbanding satu troli hanya ada seorang pembeli. Jika seorang pembeli biasanya, dialah yang kena letak barang atas kuanter, buat pembayaran dan memindahkan barangan ke dalam troli semula. Secara tidak langsung hal itu melambatkan proses pergerakan di kaunter pembayaran.

9.  Pilih kaunter yang ada dua pekerja (jika ada). Seorang menguruskan proses mengimbas harga dan pembayaran dan seorang lagi menguruskan proses pembungkusan. Kaunter yang mempunyai dua orang pekerja biasanya lebih pantas dari kaunter yang hanya ada seorang cashier sahaja.

10.  Pilihlah kaunter yang mana pelanggan yang beratur paling pendek. Insya-ALLAH, akan cepat sampai giliran anda.


Beriuktlah 10 tips elak beratur lama di kaunter pembayaran supermarket. Tips ini hanya berkesan untuk kaunter supermarket atau hypermarket sahaya ya? Tidak berkesan untuk minimarket dan pasar basah atau pasar tadi. Selamat mencuba!





Mantap