Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 22 Julai 2015

Audio: KONSERT LEBIH INDAH BERSAMA DATO' SITI NURHALIZA



Sebuah rakaman konsert Dato' Siti Nurhaliza khas untuk siaran bersempena Hari Raya Aidilfitri 2015. Telah bersiaran di RTM1 pada Hari Raya Pertama yang lalu pada jam 9.05 malam. 

Konsert ini seperti kombinasi Konsert Lentera Timur dan Unplugged Dato' Siti Nurhaliza yang telah berlaku sebelum ini di Istana Budaya. Rakaman telah dijalankan di Angkasapuri dan dihadiri ratusan peminat beliau dari serata tempat termasuk ahli Siti Zoners yang sentiasa ada di setiap konsert beliau. Kelainan untuk konsert ini, Dato' Siti Nurhaliza telah menyanyikan semula lagu Saleem Iklam berjudul Suci Dalam Debu dan Bukan Aku Tak Cinta secara medley. Selain itu, beliau juga telah menjeput artis undangan Tegar dan Akim untuk berduet besama.

Sebuah lagi konsert yang menarik dan terbaik dari Dato' Siti Nurhaliza untuk peminat-peminatnya bersempena Lebaran ini. Selamat mendengar!



Mantap