Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 26 Julai 2015

The Best Of DATO' SITI NURHALIZA Live in Concert (2015)



Sebuah album digital khas untuk menghargai penyanyi kesayangan Malaysia, Dato' Siti Nurhaliza eksklusif hanya di blog Rudi Zone sahaja. 16 track lagu telah dipilih mengikut citarasa iols melalui album dan petikan persembahan konsert Dato' Siti Nurhaliza yang telah berlasung sejak pembabitan beliau dalam bidang seni sehingga tahun 2015. Menampilkan lebih 10 lagu secara solo dan medley telah di gabungan dalam satu album.

Lagu-lagu yang terkandung di dalam album ini adalah berdasarkan pilihan tuan tanah blog. Jadi, andai ada yang rasa lagu yang dipilih bukan yang terbaik, mohon maaf di pinta. Melalui album ini anda boleh mendengar perubahan ton suara Dato' Siti Nurhaliza dari konsert pertama sehinggalah yang terbaru. Suara beliau untuk Konsert Mega Bukit Jalili 2001 agak besar berbanding dengan persembahan konsert-konsert beliau yang lain. Jadi dimaklumkan kebesaran suara beliau untuk medley: Kau Kekasihku, Sempadan, Kurniaan Dalam Samaran dan Purnama Merindu termasuk lagu Gelora Kasih bukan kami yang besarkan suara Dato' Siti Nurhaliza. Sesungguhnya itu memang suara original beliau ketika konsert itu berlangsung.

Apa-apa pun selamat mendengar dan berdendang!



Mantap