Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 6 Ogos 2015

Ulasan Filem: Fantastic 4 (2015)


Filem aksi, fantasi dan sains fiksyen ini mengisahkan tentang empat orang yang memperolehi kuasa luar biasa setelah menjelajah ke sebuah dunia yang merbahaya. Mereka kemudian perlu belajar mengawal kuasa mereka dan bekerjasama mempertahankan bumi dari serangan luar.

Klasifikasi: P13
Genre: Aksi / Fiksyen Sains / Fantasi
Tarikh Tayangan: 6 Ogos 2015
Bahasa: English
Pengedar: 20TH CENTURY FOX
Pengarah: Josh Trank
Pelakon: Kate Mara, Miles Teller, Jamie Bell, Michael B. Jordan, Toby Kebbell


ULASAN RUDIZONE:

Sejujurnya aku cakap, Fantastic 4 yang versi sebelum ni lagi best, lagi kelakar dan lagi hebat berbanding yang versi 2015 ni. Versi 2015 ni dia lebih kepada nak bagi tahu macam mana dia orang boleh ke demensi lain dan dapatkan kuasa. Sejam pertama penuh dengan bebelan dan penerangan tentang mesin dimensi yang telah Reed berjaya selesaikan dari ciptaan Victor. Cara mereka ke demensi lain nak dapat kuasa tu pun terlalu ringan. Disebabkan sikap tiga dari mereka  (Reed, Victor,  Jhonny) yang masa tu tengah mabuk2 sebab dah berjaya siapkan mesin demensi mereka, tak memasal yang tak bersalah jadi mangsa.

Mereka berempat termasuk Ben telah berjaya ke demensi lain yang mana planet itu hanya dihuni satu kuasa hijau. Disebabkan mereka terlalu taksub, tenaga dekat planet yang mereka pergi melalui mesin merentas demensi tu meletus dan mengakibatkan Victor terkorban. Tetapi Victor tak mati pun. Sebaliknya dia jadi makhluk perantara antara manusia di bumi dan tenaga yang ada dekat planet aneh yang aku tak tahu apakah nama plenet tu.

Hampir 86% plot-plotnya membebel. Aksi hanya pada 15 atau 18 minit terahkhir bila Victor berjaya dibawa balik ke demensi manusia malangnya telah dikuasai oleh kuasa plenet lain tu yang tak suka manusia merosakan plenet mereka. Macam tulah kisahnya. So, untuk mengalahkan Victor yang dah jadi jahat disebabkan tenaga hijau dekat planet tu, mereka berempat termasuk Susan yang tak memasal dapat jugak kuasa halimunan  melawan Victor. Seperti biasa Victor kalah. Dan akhirnya mereka, Susan (kuasa halimunan), Ben (manusia batu), Jhonny (kuasa api) dan Reed (Elastik), nekad menerima kuasa yang mereka perolehi seadanya dan telah meminta menteri pertahanan negara dia orang sebuah kawasan untuk mereka sahaja  yang kuasai untuk bermain dengan kuasa memasing. Tamat!

Mengantuk giler aku tengok citer ni. Menitis air mata aku. Rosak celak dengan masakara aku tau! Hampeh betul. Nyesal jugak tengok. Ingatkan lagi best dari sebelum ni yang ada humor2nya. Yang ni humor tak ada langsung. Dengan pelakonnya aku tak kenal sangat. Tu sebab jadi tak best kut. Bosan dan tak teruja pun. Bila dah habis, aku siap tertanya, "Eh, dah habis ke? Macam tu aje?"

Dari 5 bintang aku kasi 2.1 bintang aje. 0.1 tu pun aku nak sedapkan hati aje. Hahaha.. apa-apa pun citarasa setiap orang berbeza. Manalah tahu cerita ni kena dengan jiwa anda dan meletakan filem ini best film of the year... terserah pada anda.




Mantap