Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 27 Ogos 2015

Ulasan Filem: SINISTER 2 (2015)


Sinister 2
Selepas kejadian malapetaka dalam filem pertama "Sinister", seorang wanita dan dua anak lelaki kembarnya yang berusia sembilan tahun telah berpindah ke sebuah rumah di pedalaman yang tanpa diketahui mereka sebenarnya telah ditanda untuk kematian.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 27 Ogos 2015
Genre: Seram
Durasi: 1 Jam 37 Minit
Pengedar: TGV Pictures
Pelakon: Shannyn Sossamon, Jaden Klein, Lucas Jade Zumann, Laila Haley, James Ransone, Tate Ellington
Pengarah: Ciaran Foy
Format: 2D

Ulasan Filem:

Jika anda dah tonton yang pertama, kena tontong yang kedua ni. Walaupun macam tak berapa nak berkait dari segi watak yang ada, tapi jalan ceritanya sama. Babak-babak terkejut ada beberapa kali berlaku.

Kisah seorang ibu dengan dua orang anak lelakinya yang terpaksa berpindah ke sebuah rumah yang berhampiran dengan gereja yang pernah berlaku insiden trajis. Mereka terpaksa berpindah demi mengelak menjadi mangsa penderaan si ayah/suami panas baran. Cumanya, permulaan cerita agak mengelirukan kerana babak bagaimana keluarga wanita itu boleh 'ditanda' untuk kematian tidak diceritakan dengan jelas. Tiba-tiba sahaja keluarga dia dhah diburu untuk kematian.

Mingkin prolog cerita ada babak tiga manusia mati dibakar pada salib di ladang jagung adalah kunci cerita yang mana endingnya baru tahu apa sebenarnya dah berlaku. Babak twistnya hanya sedikit bila mana pembunuh yang sebenar bertukar di tengah cerita.

Agak pening aku nak menghadam cerita ni sebenarnya. Dylan kalau tak silap watak si adik tiba-tiba dah boleh berinteraksi dengan roh kanak-kanak yang telah diugut oleh hantu seakan Joker (sama di Sinister 1). Seolah punca atau bagaimana Dylan boleh dipilih menjadi sahabat hantu kanak-kanak yang ada tu tidak diceritakan dengan jelas. Ke... iols yang terlepas tonton?

Ending cerita baru tahu siapa pembunuh yang sebenar. Twist berlaku. Mati-mati ingat hantu joker tu yang bunuh keluarga perempuan tu, rupa-rupanya abang kepada Dylan tu - yang egois tak boleh kalah dengan si adik. Yang mana andai abang si Dylan tu tak berjaya penuhi misinya merakan pembunuhan kejam keluarganya, dia akan lenyap di layar perak yang terbakar. Akhirnya abang Dylan lenyap terbakar kerana misinya tak berjaya. Habis!! Endingnya dah macam akan ada sambungannya lagi. Agaknyalah kut?

Menguap? Tak ada... Keterujaan? Hampir tiada. Suspens? Adalah sikit-sikit. Dari lima bintang iols bagi 3 bintang sahajor... hehehe...




Mantap